Kereta mereka di parking di bawah pohon.
"Seriously? Fun fair??!" kata Jason sambil mengerling memandang ke arah Mei yang teruja.
"Kenapa? Takut eh...." usik Mei sambil mencucuk-cucuk pipi Jason dengan hujung jarinya.
Jason menggapai tangan Mei dan menariknya mendekati ke arahnya.
'Glup' Mei menelan air liurnya.
Tak menyangka gurauannya tidak menjadi malah dia yang terkena sendiri.
Merah merona pipi Mei.
'Dupdap' jantung mereka berdua berdegup laju.
Wajah Mei diperhatikan satu persatu.
'Mata Mei yang Hazel bulat'
'Bulu mata Mei yang lentik semula jadi'
'Hidung Mei'
Dan akhirnya bibir Mei yang merah lembab membuatkan jiwanya makin tak tentu arah.
Jason mendekati Mei.
Tangannya memegang kedua belah pipi Mei.
'Cup' dahi Mei di kucupnya.
Jason sendiri tidak menjangka dia akan melakukan itu.
Mata Mei membulat. Terkelip-kelip terpaku dengan tindakan Jason tadi.
"Jom" Jason segera keluar dari kereta. Meninggalkan Mei yang masih terpaku di dalam kereta.
Malu usah kata. Gelabah dengan telatah dirinya sendiri.
Jason menoleh memandang ke dalam kereta.
Dia berjalan menuju ke pintu di sebelah Mei.
'Tuk2' tingkap kereta diketuk.
Mei menoleh ke arah tingkap.
'Jom' isyarat Jason.
Mei mengelabah malu sambil menggapai handbagnya dan terburu-buru membuka pintu kereta sehinga terlanggar Jason yang masih memandang ke arahnya.
"Woo..sayang.. Relax.." kata Jason sambil tergelak dengan telatah Mei.
Mei memandang geram ke arah Jason.
Mei menghayunkan handbagnya ke tubuh Jason.
"Aww..okay. Okay.. Sorry..Baik awak stop. Kalau tak saya jerit." ugut Jason sambil Cuba mengelak dari dipukul Mei lagi.
"Jeritlah..Jerit! Nak jerit apa? Ingat orang kisah ke? Ish.." kata Mei tak henti-henti Cuba memukul Jason dengan handbag miliknya.
"Tolong! Ada stalker! TOLONG!!!" Jason tak mengalah. Dia betul-betul menjerit di tengah-tengah jalan parking lot.
*Orang ramai yang lalu lalang berhenti dan memandang ke arah mereka berdua.
Mei cepat-cepat menekup mulut Jason dengan tangannya yang kecil apabila menyedari yang orang ramai memerhati mereka.
Mei terpaksa menjengketkan kakinya kerana ketinggiannya.
"Shhh! Senyaplah. Orang pandang." bisik Mei di telinga Jason.
*Di balik tangan yang menekup mulut Jason, senyuman terukir.
Jason sengaja mengusik Mei, tak sangka pula yang Mei akan menutup mulutnya sebegitu rupa.
*'Hehe.. It's okay..kami berdua okay...Kami bergurau je. Don't worry okay.' terang Mei pada orang ramai yang masih memandang telatah mereka berdua.
'Ada yang tertawa memandang mereka. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka'
Orang ramai tadi lama kelamaan semakin berkurangan. Beredar dari situ.
'Pek!' Mei menampar geram bahu Jason.
'Ahh! Sakitlah..' adu Jason sambil mengosok2 bahunya yang sakit ditampar Mei.
"Padan muka! Jomlahhh.." kata Mei selamba dan berlalu pergi meninggalkan Jason yang masih tercegat di parking kereta itu.
"Eh sayang! Tunggulah!" jerit Jason sambil mengejar Mei.
'Dia ni! Ishhh malu lah!' langkah kakinya terhenti apabila mendengar jeritan Jason itu.
Mei terus berlalu pergi meninggalkan Jason.
Malu punya pasal. -lol
Jason mengejar Mei sambil ketawa.
Jason menghadang jalan Mei dengan muka Tak bersalah tersengih.
"Ish! Tepilah gila!" bentak Mei sambil menolak Jason ketepi.
Mei menuju mendekati kaunter tiket.
'Gila? Em yelah kut..' sengih Jason sendirian.
"Gila kan awak sorang je sayang!" jerit Jason di tengah-tengah ramai orang.
'What!!" Mei buat-buat Tak kenal.
'Nak kena dia ni!" Mei dengan idea jahatnya.
Setelah selesai membeli tiket, Mei mendekati Jason Dan segera menarik lelaki itu memasuki kawasan permainan.
Jason kaku di hadapan sebuah bangunan lama yang dihiasi dengan patung-patung menakutkan.
'Aduh... mati Aku!' getus hati Jason.
"Eh? Dah senyap? Tadi ada orang tu bukan main bising, potpet2.." sindir Mei sambil menahan gelak.
"Wait! Rumah hantu? Ape Sayang ni.... tempat macam ni pun nak masuk ke?" rungut Jason.
"Lah...dah beli ticket, kena lah main semua sekali.. Yang roller coaster tu semua xde pula awak takut?" bebel Mei sambil bercekak pinggang memandang Jason.
"Tu lain lain... ni nonsense je! Hantu? Huh?" perli Jason.
"Ke awak takut?" tanya Mei sambil merenung tajam Jason.
"HAHAHA.. lawak sangat awak ni! Takut dengan benda macam ni?" bantah Jason, Tak memgaku yang dia takut sebenarnya.
Jason mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila Mei masih merenungnya dengan senyuman jahatnya.
"Game lain jelah eh sayang?" pujuk Jason sambil menarik-narik pergi tangan Mei dari situ.
"NOPE! Awak dah janji tau!" ugut Mei sambil memgecilkan mata bercekak pinggang memandang ke arah Jason.
"Yelahh" akur Jason sambil berdiri kaku di hadapan bangunan itu.
Kerenah Jason langsung tak dihiraukan, Mei terus menarik tangan Jason apabila giliran mereka berdua tiba.
"So? Jomlah!" kata Mei sambil menarik tangan Jason masuk ke dalam rumah hantu itu.
'Ehhh sabarlah sayang!" kata Jason apabila tangannya ditarik paksa masuk ke dalam rumah hantu yang gelap gelita itu.
'Risiko anda sendiri tanggung' sign board merah darah di pintu masuk rumah hantu itu membuatkan Jason semakin takut.
'Krekkk... Dum!'
Bunyi yang menakutkan Dan kuat di belakang mereka berdua membuatkan mereka menoleh ke belakang.
Pintu masuk di belakang mereka berdua ditutup.
Mei memandang ke arah Jason sambil tersenyum teruja.
Mei cuba meninggalkan dirinya keseorangan di situ, Jason cepat-cepat menarik tangan Mei hingga tubuh Mei hampir dengannya.
"Awak ni pelik lah sayang.. Selalunya girls yang takut masuk sini" bisik Jason.
"Well.. ni Mei lah.. Hahahahah" Mei berlagak.
Lantunan bunyi ketawa Mei di ruang yang sunyi sepi itu membuatkan mereka berdua terdiam.
Mei menoleh memandang Jason sambil menekup mulutnya.
Dia sendiri berasa seram apa lagi Jason yang sudah pucat di sisinya.
"Jom... Don't worry okay sayang, saya Kan ada! Berani hantu-hantu tu kacau awak.. saya makan dia nanti!" pujuk Mei supaya Jason tidak takut.
"Lol.. macam mana awak nak makan?" tanya Jason.
"Macam ni... Aumm!" kata Mei sambil melakonkan bagaimana harimau menerkam mangsanya.
'Jason tersenyum melihat telatah Mei'
'Comel!!!' jerit hati Jason.
"Ha! Senyum pun... Macam tu lah.." kata Mei sambil menarik kedua belah pipi Jason.
'Dah jom!' kata Mei.
Tangan Jason ditarik.
Mereka berdua melangkah lebih dalam lagi.
Jason seperti dipukau.
Yang dia nampak telatah Mei tadi.
'Aumm!!' Jason tersenyum lagi sendirian.
Gerak Geri dan genggaman Mei diperhatikan Jason.
'Senyuman masih tak lekang di bibir Jason'
'Parah!'
Hantu dan bunyi yang menakutkan langsung tak dipedulikan lagi.
Mei yang terjerit-jerit takut sendirian.
Genggaman tangan masih Tak dilepaskan.
Hantu-hantu tu semua pelik dengan Jason.
Tadi bukan main takut.. ni senyum2 sorang2 pula!
Hantu tu pula yang rasa scary! LOL!
Akhirnya mereka tiba di pintu keluar.
Mei menarik Jason keluar dari rumah hantu itu kerana sangkaannya Jason terlalu takut.
'Mei tak henti-henti bercerita tentang apa yang berlaku pada mereka di dalam tadi'
'Jason senyap tiada respon sambil memandang ke arahnya'
'Mei memanggil Jason berkali-kali'
'Dia ni takut sangat ke sampai jadi macam ni?' Mei kerisauan.
"Sayang!!" jerit Mei di telinga Jason.
"Argh!!! Kenapa??!!" jerit Jason terperanjat.
"Awak tu yang kenapa? Okay ke tak?" tanya Mei pelik.
"Okay.... Wait, kita dah keluar ke? Bila?? Kejap nya!" tanya Jason pelik.
"Hah? Baru je lah.. Awak dah kenapa? Jangan pelik2 eh sayang.." Mei mula gelabah serba salah kerananya Jason bertingakah pelik seperti itu.
"Hah..Hahahah.." Jason tergelak tak percaya.
Jason memandang Mei yang sedang menatapnya dengan pandangan kerisauan.
"Saya okay.. jangan risau. Jom Kita nak main game apa lagi ni?" tanya Jason sambil menarik tangan Mei pergi dari tempat itu.
"A...Ha! Makan jom!" jawab Mei lambat.
Mereka beratur di sebuah kedai cotton candy.
"Ramainya..." rungut Mei.
Jason kasihankan Mei.
Dia tahu yang Mei dari kecil lagi sangat suka kan cotton candy.
Dulu, setiap Kali bermain dengannya, mereka berdua akan pergi ke kedai cotton candy berdekatan dengan rumahnya untuk membeli cotton candy buat Mei.
Kalau Mei menangis, Jason akan berlari ke kedai itu untuk memujuknya dan kembali pada Mei dengan cotton candy di tangannya.
'Ha!' Jason ada idea.
Mei menoleh pelik ke arah Jason yang berdiri di belakangnya.
"Hello?! Gais! Boleh tak bagi isteri saya beli dulu? Dia teringin sangat! Pregnant.. Please?" kata Jason lantang sambil merangkul bahu Mei.
'Mei mendongak memandang Jason tak percaya'
'Gila!'
Orang ramai yang beratur di hadapan mereka tadi memberikan laluan kepada Mei supaya dia jadi orang pertama.
Mei memandang geram ke arah Jason dengan pipinya merah, malu.
'Go' kata Jason.
Mei perlahan-lahan berjalan menuju ke hadapan mendekati kaunter kedai itu dengan tersenyum malu.
Selesai membeli, Mei mendekati Jason yang menunggunya di bangku di hadapan kedai itu.
Mei memandang geram ke arah Jason.
"Hai" kata Jason sambil tergelak melihat wajah Mei.
Dia tahu yang Mei sedang geram dengannya.
"Meh duduk sini.." pujuk Jason sambil menarik tangan Mei supaya dia duduk di sebelahnya.
"Awak ni.. malu tau." kata Mei sambil memukul Jason.
"Alah..sayang sebenarnya happy Kan? Tak payah beratur lama. Macam lah saya Tak Tau, cotton candy ni kan favorite awak.. dari dulu!" kata Jason dengan muka tak bersalah.
'Dia ingat?' Mei terharu. Tak jadi marah.
"Nak!" pinta Jason sambil mengangakan mulutnya minta disuapkan.
"Mengada!" kata Mei sambil menyuapkan Jason sedikit cotton candy itu.
Selepas berehat sebentar mereka meneruskan aktiviti seterusnya.
Mei berdiri di hadapan kedai patung sementara menunggu Jason membeli minuman.
Jason yang selesai membeli minuman menghampiri Mei dari jauh.
Jason menyedari yang Mei sedang leka memandang ke arah patung di kedai itu.
'Still macam dulu' bisik hati Jason.
"Sayang.. hold this" kata Jason sambil menghulurkan kedua minuman itu.
Mei menyambut minuman yang diberikan Jason sambil memandang ke arah Jason yang sedang bermain permainan menembak itu.
'Ting' satu persatu tin minuman yang disasarkan jatuh.
Jason bermain seperti seorang professional.
"Sayang..awak pilih lah yang mana awak nak" kata Jason sambil merangkul bahu Mei.
"Ha? Eh..Awak yang menang saya pulak yang pilih kenapa?" kata Mei malu.
"Pilih lah.. Saya main sebab awak. Saya Tau awak nak sangat Kan? Cepatlah.." kata Jason lembut.
Mei memandang Jason.
'Terharu'
Mei menunding jari ke arah patung girl bergaun kuning.
Pemilik kedai itu mengambil patung itu dan memberikannya kepada Mei sambil tersenyum.
Mereka berdua kemudian berlalu pergi dari kedai itu.
"Sekejap!" jerit pemilik kedai itu tadi sambil berlari ke arah mereka berdua dengan memeluk sebuah patung.
"Nah.. baru lah sepasang!" kata pemilik kedai itu dan berlalu pergi.
"Thanks" balas Jason.
"Saya pun Ada.." Jason berlagak sambil menayangkan patung itu kepada Mei.
'Mei tergelak melihat telatah Jason'
Mereka berdua kemudian berlalu pergi meninggalkan kawasan Fun Fair itu.
Mereka perlu pulang awal kerana esok mereka berdua akan mulakan hari pertama intern.
*Dalam kereta-perjalanan pulang.
Mei tak henti-henti bercerita tentang apa yang berlaku pada mereka di dalam rumah hantu itu.
Jason seakan Tak percaya dengan apa yang berlaku.
'Angau sangat aku tadi' bisik hati Jason apabila menyedari yang dia langsung tak sedar apa yang berlaku semasa di dalam rumah hantu itu.
'Gelak ketawa mereka memenuhi suasana di sepanjang perjalanan pulang'
*Rumah Mei.
"Nah.. awak amik patung Saya, saya amik awak punya.." kata Mei sambil memeluk erat patung milik Jason.
"Owh..nanti kalau rindu dekat awak, saya peluk lah patung awak ni? Macam tu?" kata Jason.
'Mei mengiyakan'
'Masing-masing berat hati Tak mahu berpisah sementara'
"Sayang. Ingat eh... jangan mengatal dengan perempuan lain. Saya Tau siap awak nanti!" sempat lagi Mei memberikan amaran.
'Hahahah' Jason tergelak melihat wajah Mei yang acah kak long kawasan.
"Ish! Orang serious ni!" marah Mei sambil memukul Jason.
"Okay2... awak pun sama sayang! Kalau orang usha awak, awak kata saya ada boyfriend, tak pun kata saya ada husband" pesan Jason dengan riak serious.
'Mei menganguk mengiyakan'
"Nanti bila kita free, Kita date okay?" kata Jason lagi seperti Tak mahu berpisah dengan Mei.
"Okay sayang.. ingat! Jangan mengatal!" pesan Mei lagi sebelum keluar dari kereta.
"Iya... Good luck tau esok!" kata Jason sambil melambai ke arah Mei.
"You too! Fighting!" jerit Mei.
Mei memerhatikan kereta Jason berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahnya.
Patung berkot hitam itu dipeluk erat.
Belum apa-apa dia dah sedih berpisah dengan Jason.
Sorry late update!
Tinggal lagi satu chapter je! TAPI!! jangan Lupa stay tuned untuk Season 2 pula.
Pape pun, stay happy healthy and safe okay.