'Adam?!?!? Diorang dah dapat berita dari Adam?' dengan tak semena-mena, hatiku mulai berbunga lagi; hampir 3 bulan aku tak bersua muka mahupun menerima apa-apa berita darinya. Sudah tentu aku menjadi agak teruja untuk mendengar khabar berita darinya kini.
'Sayang, mungkin papa nak balik!' Aku melihat ke arah perutku selari tersenyum dengan perasaan teruja yang membuak-buak; sambil menekapkan telinga ke pintu bilik Jonathan sekali lagi.
"Saya dah berusaha untuk dapatkan khabar abang Thomas di Jepun sejak persidangan tu berakhir lagi; but I never get through. Baru hari ini mereka mula hubungi keluarga abang Thomas melalui setiausahanya; Louisa." Nada Jonathan kedengaran serius dari biasa; membuatkan aku makin gemuruh untuk mengetahui keadaan Adam darinya.
"But… Are you sure about this, Joe? You know how serious this is, don't you?"
"Takkanlah saya nak main-main soal nyawa ni, Kak? Louisa sendiri beritahu saya yang kedutaan Malaysia di Jepun baru dapat tahu perihal abang Adam seminggu yang lepas. Lepas habis persidangan tu, abang Thomas sepatutnya balik terus ke hotel penginapannya; tapi dia tak pernah balik sejak tu. Barang-barang peribadinya masih ada lagi dalam biliknya selama 3 bulan ni. Abang Thomas hilang tanpa jejak selama tu sehinggalah mereka temui kereta yang abang Thomas sewa tersadai di tepi jalan di sebuah perkampungan yang agak jauh dari Bandar."
"Tapi… macam mana Thomas boleh sampai sana? Apa yang dia buat disitu?"
"Itu saya pun tak tahu, kak… mungkin abang ada sebab dia sendiri kenapa dia kesana."
'A…apa maksud mereka ni?'
"Kereta yang dimaksud mereka ditemui dalam keadaan rentung dengan satu mayat di tempat pemandu."
"Hah?!?!?" aku terduduk di depan pintu bilik itu dengan perasaan yang aku sendiri tak boleh gambarkan; luluh, kecewa, sedih, terkejut, hiba; semuanya seperti bercampur baur.
"Kak Eliz?!?" pandangan mataku menjadi tak jelas dengan serta merta apabila yang aku nampak hanyalah pandangan kabur Jonathan sedang mendekatiku sebelum segalanya bertukar gelap dengan tiba-tiba.
"Eliza?"
"Kak?" Suara datuk dan Jonathan kedengaran risau di telingaku tatkala aku membuka mataku perlahan-lahan. Ku sedari yang ku dikelilingi mereka yang kelihatan khuatir dan menyayangiku tatkala aku memerlukan sokongan dan kasih sayang. Makin berat hatiku untuk mengecewakan mereka apabila aku mengenangkan keadaan fizikalku sekarang.
"Hmm… maaf… saya dah buatkan semua risau.." dadaku terasa sakit apabila ku cuba untuk bersuara.
"Tak mengapa; macam mana keadaan kamu sekarang, Eliza?"
"Saya tak apa-apa, datuk. Cuma pening sikit saja."
"Kak Eliza tiba-tiba pengsan tadi, kami semua risau. Betul kak tak apa-apa?" giliran saudara bongsuku pula mencelah.
"Hmm… Kak okay… mungkin Cuma terkejut." Aku menundukkan pandanganku apabila teringat peristiwa tadi.
"Terkejut? …. Kakak dah tahu?" Jonathan kelihatan kaget dengan jawapanku.
"Tahu pasal apa ni?"
"Perihal abang Thomas…" Datuk terdiam mendengar jawapan Jonathan ketika itu, ternyata berita itu telah sampai ke pengetahuannya terlebih dahulu.
'Nampaknya, aku orang terakhir yang tahu tentang perkara ni.' Semakin hiba hatiku rasakan.
"Er… Tuan Lee?" doktor keluarga kami; doktor Sofia masuk menjengahkan kepalanya di pintu bilikku dengan reaksi serba salah diwajahnya.
"Ya, saya?"
"Boleh saya bercakap dengan Cik Eliza sekejap; bersendirian." Permintaan Sofia itu agak memeranjatkan datuknya; namun dibenarkan jua lantas meminta semua orang meninggalkan doktor itu bersendirian dengan Eliza. Disaat itu; aku tahu aku takkan mampu untuk menyembunyikan apa-apa lagi dari datuk mahupun yang lain.
"Tuan tahu tak?" Aku menggelengkan kepalaku selari memberinya sebaris senyuman kelat; kekecewaan tadi masih menghantui aku.
"Tolong rahsiakan hal ini buat sementara waktu… saya tak mahu datuk terkejut dengan semua ni." Kelihatan wanita muda ini mendiamkan diri dengan reaksi penuh ragu.
"Tapi, kalau cik takut untuk hendak berdepan Tuan Lee tentang hal ini; kenapa masih berkeras untuk simpan bayi ini? Atau… cik dah ada rancangan untuknya?"
"Kalau dulu… mungkin ya; but from now on, I just want to keep this baby…"
"Kalau dulu? Maksud cik Eliz… Encik Thomas…?" dengan serta merta Sofia memberiku pandangan tak percaya; dia dapat menjangkakan perkara itu kerana itu sebab utama aku pengsan tadi.
"You didn't deny me. So, is it true; then?" sekali lagi dia cuba mengorek rahsiaku.
"Please promise me you won't tell a soul! Kalau bukan sebab saya pun, kerana anak ni…" dari menjawab, aku terus memegang kedua belah tangannya sambil merayu agar dia menyimpan rahsia ini. Sekurang-kurangnya aku ingin menyimpan kenangan Adam buat kali terakhir sebagai tanda cinta kami.
"I'll try my best to help you. Tapi, buat masa yang sama, cik Eliza juga perlu mula fikirkan cara untuk memberitahu Tuan Lee perihal ini. Sekurang-kurangnya sebelum kandungan cik menjadi lebih terlihat." Aku menundukkan pandanganku mendengar kata-katanya; secara refleks, aku mengusap perutku yang makin membesar.
"Saya faham… terima kasih, Sofia." Doktor muda itu tersenyum sebelum memelukku; dengan niat ingin menenangkanku.
"Are you sure you want to keep this baby?" pertanyaan Doktor Sofia tadi masih terngiang-ngiang di telingaku pada malam itu.
'Apa yang bakal terjadi selepas ini; aku sendiri pun tak tahu… aku terlalu takut untuk menekanya.'
"Sayang… mama akan cuba kuat untuk kamu." Aku melemparkan senyuman kelat selari mengusap perutku sesekali terasa pergerakannya.
Memang benar sangkaanku menjelang pagi esok; aku dikejutkan dengan mood datuk yang tiba-tiba jadi berang.
"Atuk, kenapa ni?" Suara Jonathan bergema dari arah ruangtamu; aku yang baru sahaja keluar dari bilik tidur terpinga-pinga dengan keadaan itu.
"Cepat, panggilkan dia! Panggilkan Eliza, sekarang juga! Aku nak dengar penjelasan dari dia sendiri!" Aku menjadi kaget mendengar suara datuk pula yang tiba-tiba bergema diruangtamu; tak pernah sebelum ini datuk marah sebegini.
'Kenapa ni?' Langkahku terhenti apabila Jonathan yang kelihatan panik mulai menaiki tangga untuk mendapatkanku.
"Joe?"
"Saya tak tahu apa yang dah terjadi, kak… tapi, atuk nampak marah sangat… Kak Eliz berhati-hati, tahu?" katanya selari menarik tangan aku yang masih terpinga-pinga disitu untuk mengikutinya bersemuka datuk.
"Rozelle Eliza Lee!" Aku terkedu apabila nama penuhku dipanggil datuk dengan nada tegas; tak pernah aku dipanggil sebegini datuk sebelum ini.
'Apa yang… dah jadi? Kenapa datuk marah sangat ini?' Aku kini berdiri berhadapan dengan salah seorang lelaki yang terpenting pada hidupku dalam keadaan keliru.
"Semua orang keluar dari ruang ni! I need to talk to my grandaughter alone." Suara datuk kedengaran tegas dengan pandangannya masih dielakkan dariku. Dengan arahan itu, semua isi ruang tamu mulai bergerak meninggalkan kami; Mak Piah dan Jonathan ke dapur, manakala Fiona naik ke biliknya dan pengawal peribadi datuk keluar melalui pintu hadapan.
"Duduk. Datuk nak cakap dengan kamu sedikit." Suaranya kedengaran tenang walaupun masih tampak wajah datuk kelihatan merah akibat menahan marah.
"…" aku hanya akur dengan arahan dan duduk tanpa sebarang kata; datuk duduk bersebelahan denganku, diam seketika sebelum mula bersuara.
"Eliza…" dia menggenggam tanganku dengan tiba-tiba; menarik perhatianku untuk memandangnya. Dari marah, reaksi datuk lebih kepada kecewa; aku makin bingung dengan keadaan itu.
"Kenapa ni datuk? Eliza ada buat salahkah?" aku mulai panik dengan reaksinya; aku khuatir kalau aku telah membuat sesuatu salah tanpa pengetahuan datuk.
"Datuk nak kamu jujur dengan datuk, boleh?"
"Ba..ik." meremang bulu romaku mendengar permintaan datuk ketika itu; tak kusangka soalan selepas itu akan keluar dari mulut datuk,
"Betulkah kamu… mengandung?" jantungku bagai berhenti seketika; aku terlalu terkejut untuk bersuara.
"Eliza, jawab!" Aku yang masih membatukan diri digoncang datuk sambil menunggu jawapan dariku.
"Eliza!"
"Ma…afkan …Eliza…" hanya itu jawapan yang mampuku berikan buat datukku yang kelihatan makin kecewa itu sebelum dia menundukkan kepalanya dengan kedua belah tangannya masih memegang lenganku. Perlahan; aku terdengar lelaki tua ini menangis sambil tunduk; ternyata dia kesal dengan apa yang baru saja dia ketahui itu.
Sepanjang hari; datuk mengurungkan dirinya didalam bilik bacaan selari enggan makan dan minum sehingga keesokkan paginya. Aku makin risau akan keadaan datuk yang sudah tidak kuat seperti masa mudanya dan bergerak ke bilik bacaan membawa hidangan pagi; dengan harapan datuk akan ada selera untuk menjamahnya.
Fiona membawa sedulang hidangan pagi lengkap dengan ubatan dengan niat ingin mengambil hati datuknya yang sedang kecewa.
"Moga-moga cara aku ni berkesan." Gadis itu menyengih selari berjalan yakin menuju ke bilik bacaan; diketuknya pintu bilik sebelum dibuka dengan senyuman yang paling manis dia boleh lemparkan.
"Ah… Fiona.. masuklah."
"Pagi, datuk! Hari ini, Fiona bawakan sarapan untuk datuk."
"Sarapan? Terima kasih… tapi, datuk tak ada seleralah nak makan hari ni…" katanya selari kembali menumpukan perhatiannya kepada buku di tangannya. Fiona melepaskan keluhan kecil selari menghampiri datuknya dengan senyuman lebar.
"Datuk!"
"Fi..Fiona?" Lelaki itu terkejut apabila Fiona tiba-tiba memeluknya dari belakang.
"Datuk ni… kalau Fiona, mesti datuk buat tak tahu sahaja… cuba kalau Eliza yang datang… mesti datuk nampak bersemangat…" gadis itu memuncungkan bibirnya selari duduk di kerusi berhadapan dengan lelaki tua itu.
"Fiona… datuk tak pernah beza-bezakan kamu dengan Eliza… walaupun kamu dan Jonathan bukan cucu kandung datuk; datuk tetap sayangkan kamu berdua sama seperti datuk sayangkan Eliza."
Nada Encik Lee kedengaran tegas tapi masih terselit sifat penyayang dalam suaranya.
"Yakah? Kalau macam tu…"
"Buktikan…" Fiona sekali lagi bangun dari situ dan mengambil dulang yang berisi sarapan tadi sebelum meletakkanya dihadapan datuknya.
"Hah?" Encik Lee membuat reaksi keliru dengan perilaku cucu sulungnya itu.
"Datuk makanlah sarapan yang Fiona bawakan ini, kalau betul datuk tak beza-bezakan kami…"
"Kan datuk dah kata tadi… datuk tak ada selera…"
"Hah, kan! Maksudnya datuk memang lebihkan Eliza dari kami…" sengaja gadis 25 tahun itu memuncungkan bibirnya sekali lagi sambil membuat reaksi merajuk; Encik Lee semakin pening dengan tingkahlakunya.
"Okay, baiklah… datuk makan." Lelaki 60 tahun itu melepaskan keluhan kecil selari menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mula menyuapkan bubur nasi yang terhidang dihadapannya tadi.
"Hmm… dah.. puas?"
"Belum lagi.. selagi datuk tak habiskan."
"Okay… datuk habiskan… kamu duduklah dulu, temankan datuk." Fiona hanya akur selari duduk kembali ke kerusi tadi sambil matanya tertumpu kepada datuknya yang sedang menikmati sarapan pagi.
Sementara itu;
"Harap datuk sudi jamah sarapan yang aku buat ni…" aku mengomel sendirian selari berjalan menuju ke bilik bacaan datuk dengan harapan rancanganku akan berjaya.
"Datuk!" langkahku terhenti apabila terdengar suara ceria Fiona datang dari arah bilik bacaan datuk.
'Fiona?'
Vous aimerez peut-être aussi
Commentaire de paragraphe
La fonction de commentaire de paragraphe est maintenant disponible sur le Web ! Déplacez la souris sur n’importe quel paragraphe et cliquez sur l’icône pour ajouter votre commentaire.
De plus, vous pouvez toujours l’activer/désactiver dans les paramètres.
OK