asrafi mula menerangkan satu persatu peristiwa yang terjadi kepada cempaka. bagaimana dia menyelamatkan cempaka. saat-saat puteri menghubungi para wartawan dan tentang penyiasatan yang dilakukan olehnya. penuh bersemangat asrafi bercerita tanpa gangguan. ikran dan nazim mendengar penuh teliti.
" siasat kes ni secara terperinci.. jangan biarkan satu pun terlepas.." arah ikran bangkit daripada duduknya setelah habis mendengar cerita asrafi.
asrafi mengangguk,ada keluhan kecil terbit daripada mulutnya.
ikran buat tidak dengar. faham. bagi asrafi kes ini terlalu mudah. semudah a,b,c selesai. rasanya tidak perlu melibatkan berbagai aksi. tidak mencabar.
" zim... siasat daripada mana wartawan yang serang cik puan hari ni.. selesaikan semua sekali." kerah ikran berlalu ke meja kerjanya. dia memberi isyarat berambus kepada asrafi dan nazim.
" habis manis sepah dibuang.." gumam asrafi perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga nazim.
nazim senyum sahaja. dia menepuk bahu asrafi.
sabarlah yer.. boss memang macam tu.. hehehehe.....
ikran mengemas fail-fail yang bersepah di atas mejanya. dokumen-dokumen yang sudah siap disemak dan ditandatangan diasingkan mengikut tray-tray yang sudah disediakan oleh setiausahanya. selesai dia mengambil kotnya disangkut santai pada lengannya. tali lehernya sudah ditanggal dimasukkan ke dalam poket seluarnya. masa untuk merelaxkan diri.
" qiara.. kalau ada sesiapa cari saya.. cakap saya sibuk.." maklum ikran apabila melalui meja qiara dan terus membawa langkah menuju lif. ingin mencari cempaka di bahagian pameran.
cempaka kagum melihat hasil-hasil kejayaan, kerjasama dan kehebatan yang telah dilaksanakan oleh suaminya sepanjang mengelolakan tid. patutlah semua orang seperti gerun mendengar nama tengku ikran. bukan calang-calang rupanya ikran ini. cempaka melihat satu gambar usahasama suaminya sewaktu masih di waktu kuliah. tetap tampan dan hurm.. muka takdak senyum.
" tengok apa?" tegur ikran tiba-tiba muncul berdiri tegak disisi cempaka. memandang gambar yang diteliti oleh isterinya.
" gambar ni.. abang masih zaman kuliah lagi ni.." maklum cempaka menunjuk wajah ikran dengan jarinya.
" hurmm.. kacak kan..?" minta pujian pula ikran. ada senyuman mengusik di bibirnya.
" bila masa abang tak handsome?" bisik cempaka memaut lengan ikran manja.
ikran senyum.
" jom makan.." ajak ikran.
cempaka mengangguk. perutnya memang sudah berbunyi minta makanan.
" nak makan kat mana?" tanya cempaka.
" kat hotel.. hurmm... " balas ikran penuh makna tersirat.
cempaka tarik muncung. menyesal pula tanya.
ikran senyum dalam hati. tadi sempat lagi dia meminta qiara menempah suite honeymoon di hotel berdekatan. qiara yang yang sentiasa menurut perintah,akur sahaja.
" kat rumah tak boleh?" tanya cempaka. pelik sedikit dengan tabiat ikran yang suka memadu kasih di hotel-hotel mewah. dia mula perasan dengan tabiat suaminya.
" di hotel tiada gangguan.. tiada orang gaji nak kacau..boleh menjerit kuat-kuat.. sound proof.." selamba badak ikran menjawap dengan wajah tiada perasaannya.
cempaka tersenyum malu.