Télécharger l’application
66.98% cempaka dirembulan / Chapter 71: putri ann dyanna

Chapitre 71: putri ann dyanna

cempaka meminta diri untuk ke tandas semasa majlis perasmian sedang berjalan. tekaknya terasa kembang melihat pelbagai jenis juadah dan makanan.

" cik puan nak saya temankan.." mira menawarkan diri menemani cempaka.

cempaka menggeleng tanda menolak. catwalk bakal bermula,mengerti akan cinta mira kepada dunia peragaan. cempaka ingin memberi kesempatan buat mira menerokai dunia fesyen. mungkin suatu hari nanti,mira akan men-design pakaian untuknya. setiap insan berhak memiliki impian dan cita-cita. sebagai majikan,menjadi tugas cempaka memberi pekerjanya meneroka impian mereka sendiri. dia tidak mahu mengehadkan impian mira. gadis itu masih muda. masanya masih panjang lagi.

dayana juga secara automatik bangkit. cempaka memberi isyarat tidak perlu teman kepada dayana. melihat keadaan majlis yang terkawal dan sistem keselamatan juga sudah dipantau oleh jefri,maka tiada masalah rasanya dayana membiarkan cempaka sendirian menuju bilik air.

selesai mengeluarkan isi perutnya,cempaka keluar dari tandas. kepalanya terasa sedikit pusing. mendekati sinki,kepala paip yang cantik berukir ditekan. cempaka manadah air menggunakan tangannya untul berkumur.

" cik puan cempaka..." sapa satu suara wanita dari arah belakangnya.

cempaka menoleh. senyum tawar disedekahkankepada tiga wanita yang seksi berpakaian merenungnya dengan riak mahu bergaduh.

putri,nasha dan marsya. tiga trio yang sedang meningkat naik nama mereka di persada fesyen dan lakonan. sayang..cempaka langsung tidak kenal.

" hmm.. tak sangka akhirnya kita terserempak.." putri yang berbaju jingga dan memiliki wajah kacukan mat salleh iaitu putri berkata dengan riak sinis. nasha dan marsya pula diam sahaja memerhati cempaka seperti ingin menelan

" maaf.. saya kenal cik ke?" tanya cempaka menghidu sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. mungkin wanita ini pernah berurusan dengannya.

" call me putri.. putri ann dyanna." dengan nada berlagak putri mengenalkan dirinya.

" nice to meet you.. ada apa yang saya boleh bantu cik putri?" tanya cempaka lemah.

" well.. memang i sangat perlukan bantuan cik puan cempaka." dengan lagak diva putri merapati cempaka.

cempaka masih tegak berdiri menanti putri menghampirinya.

" sila tinggalkan tengku ikran.." bisik putri ke telinga cempaka berbaur amaran.

" pardon?" cempaka buat-buat tidak dengar.

" well.. you pekak cik puan?? i takkan ulang apa yang i dah cakap.." ucap putri melintasi cempaka. bahunya sengaja disenggolkan ke bahu cempaka. melanggar dengan kuat sehingga tergerak tubuh cempaka ke belakang menghempap sinki .

" you tak layak berdampingan dengan tengku ikran.. tengoklah diri you.. dengan baju kurung.. macam kampung girl. buat malu ik sahajal. datang fashion show pakai baju kurung.." sampuk nasha yang mengenakan dress paras peha berwarna maroon.dia memandang jelik ke pakaian cempaka. dia sudah tidak sabar ingin menampar cempaka. geram pula memikirkan hasrat hatinya ingin mendekati ikran terhalang.

" siapa you all nak hukum i layak atau tidak dengan ikran? please mind youself.. i tak perlukan nasihat you all.." cempaka malas mahu bertekak dan melayan kerenah tidak bertamadun mereka.

" cuba cik puan renung diri dekat cermin ni.. tengoklah seberapa layak cik pua dengan ikran? tolonglah!! ik tu sepatutnya jadi husband i.." berdesing telinga putri mendengar respon cempaka. tangannya automatik menolak bahu cempaka. memusingkan tubuh wanita itu mengadap cermin.

" lepaskan tangan kotor you dari bahu i.." marah cempaka menepis tangan putri. bahunya terasa sakit dicengkam kuku putri.

" tangan kotor??" suara putri melengking. beranj cempaka mengherdiknya.

" babe... jom blah.. nanti orang dengar.. kecoh pula.." marsya merasakan suasana bertukar tegang. dia takut andai terjadi perkara tidak diingini. paling dia khawatir,ada orang muncul.

" i dah lock pintu.." maklum nasha merapati cempaka yang berdiri menyandar sinki. wajah pucat itu serasa ingin ditampar. sakit hati pula dengan respon cempaka.

cempaka mula

merasakan dirinya tidak selamat,dengan kudratnya ketika ini,jikalau diajak beradu tenaga memang tidaklah. cempaka mengeluarkatelefon bimbit yang tersimpan di poket kecil baju kurung. tangannya ke dalam poket. nombor jefri didail kerana nombor itu berada paling atas di senarai pemanggilnya.

" you nak telefon siapa?" tegur nasha apabila melihat cempaka menekan telefonnya.

" itu bukan masalah you.." jawap cempaka ingin berlalu. telefon di masukkan ke dalam poket baju kurung.

nasha merapati cempaka dari belakang. menghalang cempaka dari berlalu. rambut cempaka ditarik kuat. wajah cempaka dihadapkan ke arah cermin.

putri membantu dengan memegang tangan cempaka yang menggawangkan tangannya melepaskan diri dari cengkaman nasha yang tiba-tiba di rambutnya.

" lepaskan..." suruh cempaka sedikit terjerit.

" kau ingat aku senang-senang nak lepas.. biar aku ajarkan perempuan tak tahu malu macam kau ni.." putri menampar wajah cempaka yang berkerut menahan sakit akibat rambutnya ditarik masih kuat dalam cengkaman nasha.

puas hati nasha melihat putri menampar cempaka. rambut cempaka dilepas kasar sehingga terhentak perut cempaka di sinki.

terlepas rambutnya,cempaka merapati putri.tubuh wanita itu ditolak dengan kuat sehingga terjatuh. mata bundarnya memancar garang melihat nasha dan marsya yang berlari membantu putri yang jatuh terduduk. nafasnya turun naik akibat rasa marah.

" what the hell you do??!!" jerit putri yang dibantu bangun oleh nasha dan marsya. dia berjalan laju ke depan. membalas kembali tolakan cempaka. kali ini hatinya pula puas melihat cempaka yang jatuh sepertinya. dan lagi memuaskan,tiada sesiapa yang membantu cempaka. dia berjalan merapati cempaka yang pucat dan mencuba bangun sambil memegang perutnya. dia duduk bertinggung sebelah cempaka sebelum menarik rambut cempaka.

" berani ye kau tolak aku.. sekarang ni biar aku ajar kau.. biar kau tahu siapa putri ann dyanna witty tan sri megat jalil witty." putri dengan bangganya menyebut nama penuhnya sebelum menolak kepala cempaka ke lantai.

cempaka membiarkan rambutnya ditarik putri. tenaganya tiba-tiba tiada untuk melawan. pinggang dan ari-arinya terasa sakit yang teramat. kepalanya juga turut berpusing. dia tidak mampu memberi sebarang respon saat putri dan nasha menyepak tubuhnya dengan kasut mereka. badannya mula mengebas akibat menahan sakit dibahagian perutnya.

" jeff... tolonggggggg...." rayu cempaka teringat panggilan telefon yang dibuatnya sebentar tadi. berharap jefri mendengar segalanya. matanya dipejamkan.

" babe... pengsan anak orang korang berdua kerjakan..." marsya yang panik menyedarkan putri dan nasha yang bertindak gila.

merasakan tindakan mereka melampau. nasha dan putri berbalas pandang.

"jom blah babe.. sebelum orang perasan.." ajak marsya semakin panik melihat cempaka diam tiada respon. wanita itu memejamkan matanya.

" sekejap.. " putri membantah. kakinya dikuihskan pada kepala cempaka.

" woii..woii..." panggilnya.

cempaka membuka matanya. memberi respon.

" aku bagi amaran ni.. kalau kau cerita dekat sesiapa tentang hal ni.. aku akan pastikan kau mati dengan aib.." ugut putri berbaur amaran keras.

cempaka hanya diam. tubuhnya meringkuk menahan sakit.

" jom.." ajak putri kepada nasha dan marsya. berlalu meninggalkan cempaka yang kesakitan.

cempaka mula menangis melihat ada darah di kain baju kurungnya. sakit di bahagian ari-arinya semakin kuat mencengkam.

jefri laju berlari memasuki dewan utama hotel. merempuh pengawal yang menjaga pintu. panggilan cempaka terngiang-ngiang di telinganya.matanya mencari kelibat dayana dan mira dari arah belakang. mujur mira bangkit dari kerusi. dia merempuh setiap yang menghalang laluannya.

" tengku ikman..." jeritnya apabila merasakan semakin sukar untuk ke depan.

ikman yang berbual dengan salah satu penerbit filem terkenal,terkejut saat namanya diseru dengan kuat. satu dewan terus sunyi. semua menoleh kepada sipemanggil.

saat sedar jefri yang memanggil dan wajah jefri jelas panik.ikman automatik teringat akan cempaka yang sudah lama ke tandas.

mira yang berhasrat mencari cempaka juga menghentikan langkah.

" cik puan?? cik puan mana??" tanya ikman kepada dayana.

" tandas mana tandas..." tanya jefri setelah sampai di meja yang diduduki ikman dan dayana.

dayana menunjukkan ke arah papan tanda tandas.

jefri terus menuju kearah yang ditunjuk dayana tanpa mempedulikan mata yang melihatnya.

dayana juga turut bangun mengikut langkah bergegas jefri.

ikman tergamam sebelum menenangkan diri dan memberi isyarat tiada apa-apa dan meminta maaf sebelum turut mengikut langkah jefri dan dayana.

majlis yang terhenti kembali diteruskan atas arahan ikman dan pihak hotel.keadaab kembali tenang setelah ditenangkan oleh ikman yang menyatakan ada sesuatu perkara mustahak yang terjadi.namun hadirin tetap tertanya-tanya apabila melihat boss ketiga tid kakitangannya bergegas menghilang.

" biar saya dengan mira masuk dulu.." halang dayana apabila jefri ingin menolak pintu tandas wanita. mungkin ada perempuan di dalamnya. nanti boleh kena saman pula.

" cik puan....." jerit mira dengan langkah dilajukan mendapatkan cempaka.kakinya lemah melihat darah di bahagian punggung cempaka.

ikman yang turut serta berlari masuk ke dalam tandas mendengar jeritan mira.

" to..long..." pinta cempaka dalam keadaan lemah. wajahnya sudah pucat.

qjefri menolak dayana yang kaku terkejut. tubuh cempaka diangkat. bertindak dengan pantas kerna terbiasa dengan situasi cemas.

" ikut laluan kecemasan.." sampuk suara pengawal keselamatan yang mengikut dari arah belakang.

sekelip mata orang ramai mengerumuni ruangan luar tandas. dayana dan mira serta beberapa pengawal menyuruh orang ramai bersurai dan memberi laluan kepada jefri yang mencempung tubuh kecil molek cempaka. diikuti dibelakangnya ikman yang sudah hilang rupa mesranya. wajah cemasnya jelas ketara.

" aku ambil kereta dulu.." ikman berlari laju menuju ke arah hummernya yang kebetulan diparking betul-betul berdekatan laluan kecemasan.

dayana membantu jefri memasukkan tubuh cempaka ke dalam hummer ikman sebelum semua mereka beredar ke hospital berdekatan.

selang dua puluh minit,mereka tiba di jabatan kecemasan hospital melaka. dengan serta merta cempaka di tolak ke zon merah akibat kehilangan darah dan kondisinya yang lemah. dayana dan mira menanti di laluan di tempat menunggu zon merah sementara jefri dan ikman melakukan proses pendaftaran dan berbincang tentang kejadian sebenar yang terjadi.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C71
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous