Télécharger l’application
39.62% cempaka dirembulan / Chapter 42: hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa

Chapitre 42: hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa

ikran berjalan di hadapan,diiringin pembantu dan setiausahanya serta ikman dan ikwan disisinya. dia memasuki ruang dewan majlis dengan penuh segak. setiap langkahnya penuh karisma dan aura. kakinya terhenti melangkah saat terpandang jemari tulus isterinya berada di genggaman musuh utamanya.

nazim,ikman dan ikwan turut meniru ikran. serentak menghentikan langkah. masing-masing berbalas pandang. apakah nasib mereka malam ini?

cempaka menarik tangannya saat melihat figura suaminya yang baru memasuki ruang majlis. terasa diri seperti kanak-kanak yang tertangkap menipu oleh ayahnya. menyesal pula menyambut tangan al fateh untuk bersalaman sebentar tadi. jantungnya terasa dupdapdupdap tatkala melihat langkah ikran semakin mendekatinya. terasa alam sekeliling sunyi dan sepi. semua makhluk dalam dewan hotel ini menjadi kaku.

" dah lama sampai?" tegur ikran menarik tangan cempaka yang digenggam oleh al fateh sebentar tadi. mata helangnya dituju kepada wajah al fateh. memberi amaran dalam diam.

" ermm baru sahaja sampai.." perlahan cempaka membalas dengan senyuman. terasa tangannya digenggam kuat oleh ikran.

" hmm... kenapa masih berdiri?" tegur ikran dengan wajah tanpa riak.

" well.. old friend.. lama tak jumpa.. " al fateh menyapa ikran tanpa membiarkan cempaka membalas teguran ikran. lelaki ini masih tidak berubah. masih kurang ajar seperti dulu.

ikran memandang kosong wajah al fateh. lelaki itu menghulur tangannya untuk bersalaman. ikran melihat tangan yang berani menyentuh jemari isterinya.

" ermm.." ikran menyambut huluran tangan al fateh sebentar cuma sebelum menarik tangannya.

al fateh pamer senyum sinis. matanya melawan tentangan mata ikran.

cempaka yang merasakan ada yang tidak kena pantas menarik tangan ikran.

" abang dah dapat number untuk table?" tanya cempaka melihat reben yang tersemat di dada ikran sama seperti warna rebennya. apakah perempuan tadi yang memakaikan untuk ikran? muncul perasaan cemburu di hatinya. automatik tangan cempaka menyentuh reben itu.

"kenapa?" tanya ikran pelik pula bila cempaka tiba-tiba menyentuh dadanya di hadapan al fateh.

" owh..nak betulkan reben ni.. senget.." sedar dengan ketelanjurannya,cempaka menarik tangannya yang gatal.hehe..

" jom.." ikran menarik tangan cempaka untuk ke meja yang khas disediakan untuk mereka. meja yang sepatutnya cempaka duduki dari tadi. buka berdiri di tengah laluan bermesra bersama musuhnya.

al fateh hanya melihat pasangan itu berlalu,diikuti oleh wakil-wakil tid. hatinya semakin membara. dendam lama semakin berdarah melihat lelaki itu disisi cempaka. tunggu sedikit masa lagi tengku ikran syah. kau akan rasa apa yang keluarga aku lalui. hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa juga. kau akan rasa penderitaan hilangnya sesuatu yang kau sayangi.

ikran menarik kerusi untuk diduduki cempaka. dia juga turut melabuh duduknya bersebelahan cempaka. sebentar lagi majlis akan bermula. suasana yang sebentar tadi terang berubah malap. hanya ruangan pentas sahaja yang muka memancar cahaya. pengacara jemputan memulakan mukadimahnya.

" aturcara?" tanya ikran kepada kiara yang duduk di sisi belah kiri cempaka. meja bulat ini memuatkan hanya enam orang sahaja. maka cukup-cukup sahaja untuk mereka.

kiara menyerahkan kad jemputan kepada ikran yang di dalamnya ada tertulis aturcara majlis untuk malam ini.

ikran mula membaca segala yang tertulis di dalamnya.

" selesai majlis tandatangan mou dan potong reben nanti,akan ada majlis lelongan amal daripada penaja khas untuk malam ini." maklum kiara. kotlah bossnya berminat nak melelong barang kemas untuk isteri tercinta.

" hmm.." ikran mengangguk. dia sudah baca.

" kak long bolehlah pilih.." ikman mempelawa cempaka untuk membida. al maklumlah duit abangnya terlalu banyak kut. takkanlah nak beli barang kemas untuk isterinya kedekut.

cempaka menggeleng. dia tidak berminat dengan barang-barang kemas mahal.

ikman pula menyerahka risalah berkenaan barang-barang kemas yang bakal di lelong sebentar lagi. patutlah ramai vvip-vvip bersama isteri masing-masing hadir malam ini. rupanya ada acara favorite mak-mak datin rupanya. pandai juga pangaturcara majlis menjadikan majlis ini semakin menarik.

sebenarnya majlis malam ini sangat besar dan bukti kerja keras tid serta anak-anak syarikat mereka memperluaskan sayap perniagaan sehingga ke segenap pelusuk asia. majlis malam ini juga bertujuan menarik lagi pelabur-pelabur asing yang turut hadir dari segenap pelusuk negara dan juga syarikat gergasi dalam malaysia. jadi sambil menyelam kiranya tid turut meminum air.

" dah ada yang berkenan?" tanya ikran tiba-tiba menepuk bahu cempaka perlahan. dari pandangan sisi dia merenung keanggunan cempaka pada malam ini.

cempaka pantas menoleh. melihat wajah tiada perasaan suaminya itu. mata helang itu merenungnya dengan tanda tanya di wajah. cempaka lantas menggeleng.

" pilih satu.. abang akan cuba dapatkan.." arah ikran.

cempaka menyerahkan risalah di tangan kepada ikran.

" abang pilih.. saya tak tahu.. " jujur.

" abang lelaki.." ikran menyerah kembali risalah itu kepada cempaka.

" minta tolong kiara.."

cempaka menoleh ke sisinya. setiausaha suaminya itu turut membalas pandangannya.

" boleh ke?" tanya cempaka kepada kiara. sesar kiara pasti mendengar arahan ikran tadi.

kiara angguk. dia mengambil risalah di tangan cempaka.

ikman dan ikwan berbalas pandang. ada senyum di bibir masing-masing. bersyukur di dalam hati. mood ikran nampaknya mula membaik setelah episod pertembungannya bersama al fateh sebentar tadi.

" along lepas ni akan ke itali dulu atau ke rusia?" tanya ikwan. mereka malas melndengar celoteh mc di pentas. bercerita tentang latar belakang syarikat-syarikat besar yang terlibat kerna mereka sudah tahu dari awal. selalunya sebelum mereka memulakan langkah bessr mereka akan menyiasat terlebih dahulu berkenaan syarikat itu. jadi buang masa sahaja mendengar celoteh mc.

" itali.."

" rusia pula?" tanya ikwan lagi.

ikran memandang wajah nazim. mahu nazim menjawal bagi pihaknya.

" urusan di rusia sudah selesai secara totalnya. tetapi.. kita akan berjumpa wakil rusia juga di itali. jadi tuan ke dua akan turut serta di itali nanti." nazim menerangkan secara tidak terperinci akan rancangan di itali nanti.

ikwan mengangguk. menghadam sendiri kata-kata nazim. kalau begitu,balik malam ni dah boleh dah dia packing barang. minggu depsn mahu 2 minggu dia akan berkampung di itali.

" wan.. nanti si feng dengan rais akan bantu wan dekat sini.." sempat ikran memberi pesan kepada ikwan.

ikwan mengangguk.

cempaka hanya memasang telinga mendengar perbualan kurang menarik adik beradik itu.

" cik puan yang ni cantik.. hanya ada satu sahaja di dunia.." kiara menunjukkan satu rantai leher dengan loketnya berbentukhati bertatahkan berlian berwarna merah. cantik.

cempaka menggeleng. walau cantik,namun tidak membuat cempaka tertarik.

kiara menyambung kembali membelek. dalam hatinya membebel juga dengan kerenah cempaka. kalau dia, asalkan berharga dan mahal sebat aja. tak payah nak memikir suka ke tidak. asalkan mahal. tak cantik pun jadi cantik.

seronok jadi orang kaya ni rupanya.


Load failed, please RETRY

État de l’alimentation hebdomadaire

Rank -- Classement Power Stone
Stone -- Power stone

Chapitres de déverrouillage par lots

Table des matières

Options d'affichage

Arrière-plan

Police

Taille

Commentaires sur les chapitres

Écrire un avis État de lecture: C42
Échec de la publication. Veuillez réessayer
  • Qualité de l’écriture
  • Stabilité des mises à jour
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte du monde

Le score total 0.0

Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
Votez avec Power Stone
Rank NO.-- Classement de puissance
Stone -- Pierre de Pouvoir
signaler du contenu inapproprié
Astuce d’erreur

Signaler un abus

Commentaires de paragraphe

Connectez-vous