Télécharger l’application
6.57% NAGA PUSAR / Chapter 53: Harga (Bahagian 2)

Chapitre 53: Harga (Bahagian 2)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Count Juneau masih enggan membuat sebarang bidaan. Dia merancang untuk membuat bidaan pada 30 Jun nanti. Semakin masa berlalu, nilai bidaan tiga arca itu semakin meningkat. Tapi memandangkan nilai karya seni pengukir mahir pun bernilai sekitar seribu syiling emas, nilainya dikira meningkat dengan perlahan.

500 syiling emas. 510 syiling emas. 515 syiling emas.

Bidaan terus meningkat dengan perlahan. Sehingga 29 Jun, ia hanya mencecah nilai 625 syiling emas.

30 Jun.

Count Juneau tidak memunculkan diri hari ini, yang mana agak jarang berlaku. Dia menunggu hingga malam menjengah, kerana Galeri Proulx tidak akan tutup hingga tengah malam. Tiga arca Linley akan dikeluarkan dari galeri tengah malam ini.

'Harga terakhir semalam ialah 625 syiling emas. Aku akan buat bidaan aku pada saat akhir.' Count Juneau tersenyum sambil melangkah menghampiri tiga arca itu.

'900 syiling emas? Orang bodoh mana yang buat bidaan ini?' Selepas melihat nilai bidaan terkini, hati Count Juneau meletup marah.

Harga semalam hanya 625 syiling emas. Tapi dalam masa sehari, harga telah meningkat secara mendadak. Walaupun Count Juneau sungguh berang, tiada apa yang boleh dia lakukan. Dia membuat keputusan untuk menunggu dengan sabar. Selepas beberapa lama, dia akhirnya mendongak untuk melihat jam.

'Jam sudah menunjuk angka 11 malam. Dalam masa sejam, tempat ini akan tutup.' Count Juneau tersenyum nipis.

Di Kota Fenlai, Count Juneau boleh dikatakan sebagai golongan bangsawan kelas pertengahan. Semasa mudanya, Count Juneau sebenarnya agak miskin. Kemudian, melalui pelaburan bijak dan pengumpulan arca, sedikit demi sedikit dia mengumpul kekayaannya. Nilai bersihnya kini mencecah ratusan ribu syiling emas. Dia boleh dianggap bangsawan yang agak kaya.

"Count Juneau, kamu juga ada di sini?" Seorang lelaki pertengahan umur yang bermisai tersenyum sambil berjalan menghampirinya.

Melihat empunya suara, wajah Count Juneau terus berubah. Tapi dia masih boleh tersenyum tenang. "Count Demme [De'mu]! Hampir jam sebelas. Apa kamu buat di sini?" Tapi dalam hatinya, dia boleh menjangka bahawa rancangannya akan rosak.

Count Juneau dan Count Demme boleh dikatakan pengumpul arca tegar dalam kalangan bangsawan di Kota Fenlai.

"Saya? Sudah tentu untuk arca-arca ini." Count Demme mengusap misainya dan berkata penuh kagum, "Count Juneau, cuba tengok. Garisan dan aura dari tiga arca ini sungguh memukau. Pakar yang mampu menghasilkan aura unik seperti ini pastinya orang yang cukup unik."

Hati Count Juneau bergetar.

Sudah tentu…

Count Demme telah nampak nilai sebenar ketiga-tiga arca ini. Untuk dia tiba pada jam sebelas malam pastinya kerana dia juga punya niat yang sama seperti Count Juneau.

"Cik, tolong datang ke mari," kata Count Demme dengan agak sopan kepada pengiring wanita berhampiran Wanita itu terus menghampiri mereka dengan senyuman terukir di wajahnya. Count Demme menunjuk ke arah ketiga-tiga arca itu. "Saya sanggup bayar seribu syiling emas untuk setiap arca ini."

Pengiring itu menjawab penuh sopan, "Sila tunggu sebentar."

Dia mengeluarkan sebuah buku rekod dan menulis beberapa nota sebelum meletakkan slip bidaan di sebelah setiap arca.

"Seribu syiling emas?" Otot di wajah Count Juneau menggerenyet.

Count Demme berkata kepadanya dengan senyuman, "Count Juneau, ketiga-tiga arca ini sangat mengagumkan. Oh ya, kenapa kamu keluar lewat malam begini daripada berehat di rumah? Kamu ke sini untuk arca-arca ini juga?"

Count Juneau berdehem perlahan.

"Saya tak sangka Count Demme akan berminat dengan tiga arca ini. Jujurnya, saya tidak menaruh begitu banyak perhatian kepada mereka. Biar saya tengok dulu." Count Juneau tersenyum sebelum berpaling dan mula meneliti ketiga-tiga arca itu, langsung tidak menghiraukan Count Demme.

Melihat adegan ini di depan matanya, Count Demme mengejek di dalam hatinya, 'Orang tua, kau ingat kau boleh sembunyi niat sebenar kau dari aku?'

Seperti desiran air sungai, muzik terus bermain di dewan utama Galeri Proulx. Kedua-dua Count Juneau dan Count Demme terus meneliti arca-arca lain dalam dewan itu. Seperti biasa, suasana dalam galeri itu hening.

* Dong. Dong * Jam di dinding mula berbunyi.

Tengah malam telah tiba.

"Cik, tolong ke mari." kata Count Juneau kepada pengiring yang serta merta menghampirinya.

"Tiga arca ini, saya mahu beli dengan harga 1010 syiling emas setiap satu." Count Juneau membuat bidaannya pada saat akhir.

Pengiring tersebut nampak bidaan semasa pada arca-arca itu ialah 1000 syiling emas. Dia tidak boleh menahan daripada memandang serong kepada Count Juneau. Nasib baik Count Juneau menambah bidaan sebanyak sepuluh keping syiling emas, dan bukan hanya sekeping.

"Sila tunggu sebentar." Pengiring itu mengeluarkan buku rekodnya.

"Count Juneau, kamu membida lebih sepuluh syiling emas? Saya akan menawarkan 1100 syiling emas!" Suara Count Demme bergema. Count Juneau berkerut sambil berpaling untuk merenung Count Demme. Count Demme pada ketika itu dengan bersahaja melangkah menghampirinya dengan muka berjenaka, keangkuhan terpancar dalam matanya.

Rupa-rupanya, Count Demme telah memerhatikan Count Juneau dari jauh dari tadi dan sebaik sahaja Count Juneau membida, dia terus meluru datang.

"Saya bida 1200," kata Count Juneau dengan perlahan, kemarahan dengan jelas kelihatan di wajahnya. Melihat pertelingkahan yang berlaku antara dua bangsawan ini, pengiring itu menutup buku rekodnya, melangkah ke tepi dan dengan gembira melihat pertempuran ini. Pengiring di Galeri Proulx sangat suka melihat pelanggan mereka berperang bidaan.

Count Demme menoleh ke arah Count Juneau dengan wajah 'terkejut'. "Count Juneau, arca dalam dewan mahir pun hanya mencecah harga seribu syiling emas. Bagaimana lelaki yang suka berjimat macam kamu sanggup membayar 1200 syiling emas?"

Suka berjimat?

Istilah sebenarnya ialah kedekut! Count Juneau sangat terkenal dengan sikapnya yang kedekut.

"Count Juneau, jika kamu sanggup membida 1200, saya juga tak boleh kedekut. 1300 syiling emas!"

Pandangan mata Count Juneau bertukar dingin. "Satu-satunya sebab saya sanggup menawarkan harga yang tinggi ialah kerana saya sudah jatuh sayang kepada mereka. Nilai sebenar mereka hanya sekitar seribu lebih sahaja. 1500 syiling emas! Jika kamu, Count Demme berani membuat bidaan lebih tinggi, kamu boleh ambil sahaja arca-arca ini." Count Juneau membuat tawaran akhir.

Sejujurnya, Count Demme tidak begitu tajam daya tanggapannya seperti Count Juneau. Dia tidak perasan aura unik dan aneh dari arca-arca ini.

Di mata Count Demme, arca-arca ini tidak mengandungi sebarang rahsia. Ia hanya tiga karya seni yang bagus, bernilai hanya sekitar seribu syiling emas sahaja. Jika dia meningkatkan lagi harga lebih tinggi, tiada makna baginya.

"Haha." Count Demme ketawa. "Sangat jarang melihat Count Juneau begitu bersungguh-sungguh dalam bidaannya. Bagi menghormati kesempatan ini, saya sudah tentu tidak boleh mencuri barangan yang disayangi orang lain. Semua arca ini milik awak, Count Juneau."

Baru sekarang pengiring itu melangkah ke hadapan dan mula mencatat bidaan itu ke dalam bukunya.

"Tuan Count, sudah tengah malam. Galeri akan tutup sebentar lagi. Esok saya akan aturkan orang untuk menghantar arca-arca ini kepada Tuan." Pengiring itu tersenyum. Baru sekarang Count Juneau menguntum senyuman.

Count Juneau mencuri pandang Count Demme, berasa menyampah. 'Budak mentah. Berapa tahun aku habiskan masa untuk menganalisa arca? Daya tanggapan kau tak cukup tajam, tapi masih ada hati untuk membida melawan aku?'


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C53
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous