Télécharger l’application
5.58% NAGA PUSAR / Chapter 45: Galeri Proulx (Bahagian 2)

Chapitre 45: Galeri Proulx (Bahagian 2)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Galeri Proulx.

Galeri nombor satu untuk seni ukiran. Setiap kota besar di benua Yulan mempunyai cawangan Galeri Proulx. Galeri Proulx mengambil ruang yang sangat besar, dan kebanyakan orang yang memasuki galeri tersebut mereka yang menyukai seni budaya dan mereka yang dari keluarga kelas atasan.

Di dalam Galeri Proulx, jika kamu memakai terlalu banyak cincin yang menjolok mata, kemungkinan besar kamu akan diejek dan dicemuh kerana tidak mempunyai kelas.

Seni, kecanggihan!

Tempat ini memandang tinggi perkara sebegitu.

Bayaran masuk ke galeri ini ialah satu keping syiling emas setiap seorang.

Bunyi ding-dong kedengaran jelas sepertimana bunyi mata air di gunung, bergema dari dalam Galeri Proulx. Bunyi tersebut mendamaikan orang yang mendengarnya. Berduyun-duyun orang merentasi pintu masuk. Lelaki dan wanita bangsawan, serta gadis-gadis cantik, masing-masing memakai pakaian yang sangat menarik.

Di hadapan Galeri Proulx, orang kebanyakan secara spontan akan menjaga kelakuan mereka.

Linley dan rakan-rakannya bersama Cass dan tiga orang pengawal tiba di Galeri Proulx. Berdasarkan pakaian mereka, sesiapa yang bijak menilai pasti mengetahui mereka semua dari Institut Ernst. Apabila melihat Helang Guruh Bermata Biru di atas bahu Cass, secara spontan mereka lebih berbudi bahasa ramah dan sopan.

"Pak Cik Cass boleh ikut kami. Tiga yang lain boleh tunggu di luar," arah Yale.

Linley, tiga rakannya dan Cass memasuki galeri itu. Di dewan utama Galeri Proulx, terdapat sebuah arca besar berbentuk manusia. Sudah tentulah arca tersebut ialah hasil karya Proulx, Pengukir Agung nombor satu di benua.

Seluruh galeri sangat senyap.

Hampir semua orang, tanpa mengira status, bercakap dengan ara berbisik untuk mengelakkan daripada mengganggu pengunjung lain.

Yale, Reynolds, George dan Linley melihat satu demi satu arca yang terdapat dalam galeri itu. Bisikan hati mereka mengatakan kecantikan arca-arca tiada tandingannya.

"Barang pameran Galeri Proulx dibahagikan kepada tiga dewan, dewan utama, dewan pengukir mahir dan juga dewan pakar ukir. Ruang utama dipenuhi dengan arca-arca yang diletakkan sendiri oleh pengukirnya untuk dinilai dan dibeli oleh orang lain dengan harga mengikut penilaian mereka. Setiap hasil karya dipamerkan selama sebulan. Selepas sebulan, pembida tertinggi akan memenangi arca tersebut. Arca-arca biasa ini selalunya cuma bernilai beberapa syiling emas sehingga berdozen syiling emas bagi arca yang halus buatannya."

Yale ketawa sambil dia menjelaskannya. "Tetapi dewan pengukir mahir sangat berbeza. Pameran pengukir mahir dibahagikan kepada banyak bilik berasingan. Setiap arca mempunyai bilik tersendiri. Secara umumnya, pengukir yang 'mahir' ialah seseorang yang menghasilkan karya yang menerima sanjungan ramai. Kebanyakan hasil ukiran pengukir mahir bernilai sekitar beribu syiling emas."

"Dewan pakar ukir pula lebih menakjubkan. Jumlah hasil arca pakar yang terdapat dalam bilik persendirian di tengah-tengah galeri sangat sedikit. Harga arca ini terlalu tinggi. Setiap satunya bernilai puluhan ribu syiling emas. Sesetengah karya agung yang membawa kemasyhuran pertama buat pakar ukiran bernilai ratusan ribu syiling emas." Yale menjelaskan secara terperinci kepada rakan-rakannya.

Nafas Linley terhenti.

Sebarang arca yang dihasilkan oleh pakar ukir bernilai sepuluh ribu syiling emas. Bagi seorang pakar ukir, wang bukan suatu masalah.

"Namun begitu, sukar bagi seorang pakar ukir untuk menghasilkan sebuah karya agung kerana mereka tak mahu melakukan sebarang kesilapan." Yale mengeluh sambil bercakap. "Sebuah karya agung yang layak dikagumi sepanjang zaman memerlukan bakat, kebolehan dan kadangkala sebuah sentuhan genius."

"Hasil karya di dewan utama ini hanya sedap dipandang mata. Mari kita masuk ke dalam." Yale membawa mereka ke ruang lebih dalam.

Berjalan di dalam Galeri Proulx yang senyap sunyi sambil mendengar muzik yang menyenangkan jiwa, Linley berasa seperti sedang berenang di lautan budaya. Dan ketika itu juga, Deohring Cowart terbang keluar dari Cincin Naga Pusar dan mula menilai hasil karya berhampiran.

"Teruk, teruk. Bagaimana ada orang yang berani membawa keluar hasil seni kualiti sebegini untuk dipamerkan kepada orang lain?" Doehring Cowart berkata dengan nada yang tidak senang.

"Atuk Doehring," Linley berpaling melihat ke arahnya. "Kita masih berada di dewan utama Galeri Proulx. Terdapat dewan pengukir mahir dan juga dewan pakar ukir di hadapan."

"Galeri Proulx?" Doehring Cowart terkejut dan terus berhenti bercakap.

"Atuk Doehring, Atuk Doehring?" Linley memanggilnya berulang kali secara mental. Tetapi apabila melihat Doehring Cowart masih tenggelam dalam fikirann, Linley berhenti memanggilnya. Dia mengikuti Yale, Reynolds dan George ke dewan pengukir mahir. Dewan ini benar-benar berbeza. Di pusat dewan utama, setiap maklumat pengukir serta lokasi pamerannya direkodkan.

Yale, Linley dan yang lain masuk ke bilik pameran persendirian itu.

Walaupun dia tidak tahu banyak tentang ukiran, Linley tetap dapat merasakan terdapat perbezaan antara arca yang dihasilkan pengukir mahir dengan arca yang terdapat di dewan utama. Hasil karya mereka seolah-olahnya menampilkan keindahan serta kebudayaan yang tidak terperi.

Sebaik sahaja Linley hampir tenggelam dalam lamunan apabila menikmati setiap hasil karya itu, suara Doehring Cowart sekali lagi bergema di dalam fikirannya.

"Boleh tahan. Sekurang-kurangnya karya-karya ini boleh dianggap berjaya dihasilkan." Doehring Cowart mengeluh dalam pujian. "Tetapi jika dibandingkan dengan karya Proulx, masih jauh lagi bezanya."

Linley terkesima.

"Atuk Doehring, mana mungkin mereka boleh membandingkan dengan Pakar Agung Proulx?" Linley menggelengkan kepalanya dan ketawa. Proulx merupakan pengukir terbaik di seluruh sejarah benua Yulan.

Doehring Cowart berkerut. Sambil mengusap janggutnya dengan riak tidak gembira, beliau berkata, "Apa maksud kamu? Kamu fikir Proulx dilahirkan dengan gelaran pakar agung? Dia juga bermula dari pengukir biasa dan bekerja keras sehingga akhirnya menjadi pakar ukir agung."

Linley tergamam.

Ada logiknya apa yang dikatakan oleh Atuk Doehring.

Selepas selesai meneliti dewan pengukir mahir, Linley dan tiga yang lain menuju ke dewan pakar ukir yang berada di tengah-tengah.

"Ingat, semua. jangan sentuh apa-apa semasa berada di dewan pakar ukir. Jika kamu pecahkan sesuatu, buruk padahnya." Yale mengingatkan mereka.

Mereka melangkah masuk ke dewan pakar ukir. Sunyi.

Ruang pakar ukir sangat luas tetapi hanya terdapat beberapa arca sahaja yang berada di situ. Lagipun, pakar ukir tidak ramai dan setiap pakar hanya mempunyai empat atau lima karya yang dipamerkan. Di keseluruhan dewan, hanya terdapat 20 ke 23 hasil karya sahaja yang dipamerkan.

Walaupun hanya terdapat beberapa sahaja karya, tetapi apabila Linley dan yang lain melihat arca-arca itu, mereka dapat merasakan roh setiap arca tersebut, seolah-olah arca itu hidup.

"Oh, boleh tahan, boleh tahan. Atuk tidak sangka dalam tempoh lima ribu tahun, seni ukiran batu mampu mencapai tahap sebegini." Doehring Cowart berkata dengan penuh takjub. "Jika hasil karya ini dipertingkatkan sedikit lagi, pasti ia dapat menyamai tahap Proulx."

Terpukau dengan karya di dalam galeri seni itu, Linley dan yang lain-lain merasakan semangat mereka semakin meningkat.

Di pagar utama Institut Ernst pada malam itu, Linley dan tiga yang lain turun dari kereta kuda.

"Bro Kedua, Bro Ketiga, kamu berdua ini, aduhai. Saya merancang untuk kita berseronok bersama di Kota Fenlai tetapi kamu… Alahai, kamu berdua pemalu sangat. Saya mula pandai berseronok di tempat-tempat seperti itu semasa berusia enam tahun lagi." Yale masih lagi bermasam muka dan merungut tanpa henti.

"Betul itu, betul itu," sahut Reynolds dari tepi.

George dan Liley saling bertukar pandangan dan tertawa pahit.

"Cepat, buka pagar!" Suatu teriakan cemas kedengaran.

Linley dan yang lain berpusing untuk melihat. Mereka nampak seorang anak muda berambut keriting mendukung seorang anak muda lain yang bermandi darah bersama seorang gadis cantik di sisinya. Wajah anak muda yang bermandi darah itu pucat lesi. Lengan kirinya patah dan kelihatan tulang putih terkeluar dari kulitnya. Dadanya dipenuhi kesan cakar.

"Nampaknya beberapa orang pelatih yang pergi ke Banjaran Gunung Makhluk Ajaib tercedera. Kumpulan manakah itu? Belum setahun pun kita berada di Institut Ernst tetapi kita telah menyaksikan ramai pelajar peringkat tinggi tercedera di luar institut," kata Yale bersahaja.

Banjaran Gunung Makhluk Ajaib terletak di timur Kesatuan Suci.

Sebenarnya, ia agak dekat dengan Institut Ernst, mungkin seratus kilometer sahaja jaraknya. Secara umumnya, sesiapa yang mempunyai fizikal yang baik mampu tiba ke Institut Ernst dari banjaran gunung dalam masa kira-kira separuh hari jika mereka berlari-lari anak.

"Saya telah melihat pelbagai jenis makhluk ajaib dalam kawasan Institut Ernst sendiri. Wah, ada makhluk ajaib yang boleh terbang, makhluk ajaib yang berlari dan pelbagai jenis lagi. Tetapi kebanyakan orang yang mempunyai makhluk ajaib merupakan jurulatih ahli sihir dan beberapa orang pelajar peringkat tinggi." George mengeluh kagum.

Sebaik sahaja mereka berempat tiba di pintu utama, tiba-tiba…

"Linley."

Suara yang biasa didengar menyapa. Apabila berpaling untuk melihat gerangannya, kejutan kegembiraan terbit di wajah Linley. "Pak Cik Hillman."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C45
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous