Xiao Yan memerhatikan musuhnya dari masa lampau muncul satu demi satu. Hatinya juga ketawa kelat pada waktu ini. Sungguh tidak dijangkakan orang-orang ini akan berada di sini…
Kumpulan orang ini jelas telah menemui renungan Xiao Yan ketika Xiao Yan sedang memerhatikan mereka. Banyak mata serta-merta beralih ke situ secepat mungkin. Air muka mereka melalui pelbagai perubahan.
"Hmph, sungguh tidak dijangkakan kita akan jumpa budak ini di sini…" Dou Zun Bing He dari Lembah Sungai Ais memandang tajam pada Xiao Yan. Terdapat satu kilauan dingin terpancar di dalam matanya. Dulu, dia hanya boleh berundur kerana dia takutkan Puak Gu. Kalau tidak, kumpulan Xiao Yan sudah lama ditangkap olehnya.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!