Télécharger l’application
7.25% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 90: Merancang Semua

Chapitre 90: Merancang Semua

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas merenung gadis muda yang muncul di sebelah tingkap seperti hantu, Xiao Yan berbisik dengan terkejut, "Apa yang dia buat di sini?"

"He he. Nampaknya, dia mempunyai niat yang sama seperti awak." Yao Lao berkata lembut dengan satu senyuman.

Mengerut, Xiao Yan menyembunyikan badannya di dalam bayang-bayang. Dia dengan segera tetapi dengan sedikit ragu-ragu bertanya di dalam hatinya. "Kekuatan Xun Er… kenapa ia begitu hebat? Melihat daripada kelajuan dia muncul, ia boleh dibandingkan dengan seorang Da Dou Shi."

"Kekuatan sebenar dia adalah seperti yang biasa awak lihat. Untuk sekarang, dia telah menggunakan teknik rahsia yang meningkatkan kekuatan dia untuk jangka masa yang pendek. Berdasarkan latar belakang dia, untuk memiliki teknik rahsia mistik bukan sesuatu yang memeranjatkan. "Yao Lao berkata dengan tidak acuh.

Mendengar ini, Xiao Yan terkejut sedikit dan ketawa kelat sambil terpesona. Sekali lagi, sifat ingin tahu terhadap latar belakang Xun Er telah mendorong dia untuk mengeluh. Menggeleng kepalanya, dia henti berfikir, Renungan dia melalui tirai bertentangan dia dan melihat kejadian yang pelik itu.

Di dalam bilik, kemunculan Xun Er seperti hantu itu belum lagi menangkap perhatian Liu Xi. Untuk seketika, dia dipenuhi dengan nafsu dan matanya sedang memandang perempuan cantik di atas katil. Tangannya di letak di dalam pakaiannya dan pergerakannya kelihatan amat cepat.

Pada suatu masa, tangan Liu Xi yang berada di dalam pakaiannya, terkaku. Sebagai seorang 6 bintang Dou Zhe, dia akhirnya terasa sesuatu yang hairan. Selepas teragak-agak untuk seketika, dia memusingkan lehernya ke belakang dan renungannya menembak ke tingkap yang terbuka besar itu.

Di atas tingkap itu merupakan seorang gadis muda berpakaian emas yang sedang bersandar pada rangka tingkap. Satu pasang mata penuh dengan api keemasan sedang melihat lelaki yang separuh bogel itu dengan tidak acuh. Terapung tangan putihnya seakan satu api emas yang sedang melingkari tangannya dengan aktif dan mempersonakan seperti roh.

Liu Xi merenung gadis muda yang cantik bah cahaya bulan itu. Dia mengalihkan renungannya sehingga ia mendarat pada muka gadis itu yang ayu itu. Di dalam matanya, satu perasaan mabuk terkeluar. Walaupun dalam atmosfera yang salah, Liu Xi tidak dapat menahan diri tetapi menjadi sedikit bingung melihat wajah yang sempurna dan mempunyai penyusunan yang luar biasa.

Selepas bingung untuk seketika, walau bagaimanapun, Liu Xi berpusing dengan tiba-tiba. Menghentak kakinya ke atas tanah, badannya pergi ke arah pintu utama seperti panah yang dilepaskan. Dalam atmosfera pelik dan mempunyai perasaan dingin seakan dia hampir mati, dia tahu kemunculan gadis muda itu bukan satu tanda yang baik.

Bilik itu sangat luas tetapi dengan kelajuan Liu Xi, dia hanya memerlukan beberapa saat untuk bergerak daripada katil ke pintu depan. Melihat pintu kayu itu hampir dicapainya, mata Liu Xi menyilaukan keriangan. Selepas dia keluar dari biliknya, dia boleh menjerit untuk pertolongan. Selepas Jia Lie Bi mendengar panggilannya, dia akan datang untuk menyelamatkannya.

Malangnya, sebelum dia mampu menyentuh pintu kayu itu, dia terasa kesakitan pada kakinya. Badannya yang sedang berlari dalam kelajuan maksima, senget dan terlantar atas lantai, Liu Xi membatukkan beberapa giginya yang patah dengan darah sekali.

Menundukkan kepalanya dengan ketakutan yang amat sangat, dia ternampak dua lubang bersaiz penumbuk pada kakinya. Sudut lubang berdarah itu berwarna hitam dan mengeluarkan bau hangus.

"Sesiapa! Ada orang nak bunuh saya!"

Kesakitan teramat pada kakinya hampir menyebabkan Liu Xi pengsan. Walau bagaimanapun, dia mengetapk giginya dan menahan kesakitan itu. Selepas itu, dia membuka mulut dan menjerit dengan sekuat hati.

"Kau boleh berhenti menjerit. Bilik ini dikelilingi oleh aura aku. Tiada orang boleh dengar kau." Gadis muda itu bersandar pada sudut tingkap berkata dengan tidak acuh. Satu bilah api emas membentuk di hujung jarinya sambil dia mengangkatnya. Nampaknya, kecederaan pada kaki Liu Xi disebabkan bilah api ini.

"Kau… Kau nak buat apa? Apa yang kau nak? Duit? Ubat? Aku boleh bagi kau apa-apa saja asalkan kau lepaskan aku." Melihat gadis muda itu dengan ketakutan, muka Liu Xi menjadi pucat. Berdepan dengan maut, nafsu seksnya hilang.

Memandangkan sepintas lalu Liu Xi yang lumpuh itu merana di atas tanah, gadis itu melompat daripada tingkap. Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan ke arah Liu Xi.

Melihat Xun Er yang sudah melompat daripada tingkap, Xiao Yan sedar bahawa rambutnya yang biasanya berakhir pada pinggangnya, sudah panjang dan sambung sehingga ke bawah. Nampaknya, ini merupakan salah satu kesan daripada teknik rahsia ini.

Di dalam bilik yang luas, gadis yang memakai pakaian emas itu terus berjalan ke arah Liu Xi yang sedang mengerang kesakitan di atas tanah. Apabila dia berada di depannya, gadis itu menghentikan langkahnya, menundukkan kepala dan memberi satu senyuman ringan. Senyuman itu menyebabkan jantung Liu Xi melompat dengan cepat.

"Bukankah kau berhasrat untuk menangkap aku?" Suara Xun Er penuh dengan kedinginan sambil dia membongkok diri sendiri.

Liu Xi menelan air liur. Mukanya penuh dengan peluh dingin yang berasal daripada ketakutan.

"Sebenarnya aku tak suka membunuh…." Melihat muka ketakutan Liu Xi, Xun Er tetiba mengeluh.

Mendengar ini, satu harapan pudar muncul dalam mata Liu Xi. Sebelum dia mampu meminta ampun, walau bagaimanapun, muka gadis muda itu yang tetiba menjadi dingin membuatnya putus harapan.

"Aku tidak kisah jika kau merenung aku. Tetapi kenapa kau mesti mencaci dia? Apa hak yang kau ada untuk mencaci dia? Dia mungkin tidak mengambil hati terhadap kata-kata sampah seperti kau, tetapi aku tidak akan benarkan. Betul-betul tidak boleh!" Suara gadis muda itu menjadi dingin, bilah api keemasan di hujung jarinya mula dikeluarkan dengan kejam. Ia bertukar menjadi kilat keemasan yang menembusi dada Liu Xi. Dengan segera, satu lubang berdarah muncul.

Menerima satu pukulan membawa maut, badan Liu Xi mengecut. Mukanya yang putih itu menjadi gelap dan bebola mata dia menjulur terkeluar kelihatan menakutkan.

Selepas memandang sepintas lalu mayat tidak bernyawa itu, Xun Er berdiri dan mengeluh ringan. Muka kecil dia yang dingin menunjukkan satu perasaan tidak bermaya sambil dia berbisik dengan senyap, "Jika bukan disebabkan Abang Xiao Yan akan menyalahkan aku sebagai seorang penyibuk, lama-lama lagi Puak Jia Lie sudah hilang dari Bandar Wu Tan. Semua perkara menyusahkan ini tidak akan terjadi…"

Menggeleng kepalanya, renungan Xun Er melihat ke seluruh bilik sebelum dia memusingkan badannya. Apabila dia muncul sekali lagi, dia sudah di sebelah tingkap. Dengan satu loncatan, dia hilang ke dalam kegelapan malam.

"Ze ze, untuk berfikir bahawa perempuan ini kelihatan lembut dan beradab sebenarnya sangat tegas apabila ia berkaitan dengan membunuh orang. Hehe, nampaknya, awak telah menperolehi sesuatu yang amat berharga." Suara bergurau Yao Lao berbunyi daripada hati Xiao Yan tidak lama selepas Xun Er meninggalkan tempat itu.

Tersenyum kelat sambil menggeleng kepala, Xiao Yan mengeluh sekali lagi. "Nampaknya, saya membuat perjalanan sia-sia malam ini."

"He he. Susah nak kata. Walaupun perempuan ini tidak berhati perut dalam serangannya, dia terlalu muda dan kekurangan pengalaman." Yao Lao berkata dengan senyuman.

Mendengar ini, Xiao Yan yang terpegun itu bertanya segera, "Apa maksud awak?"

"Tunggu dan lihat…" Yao Lao senyum secara misteri sebelum menjadi senyap.

Melihat sikap Yao Lao, Xiao Yan hanya boleh menggeleng kepalanya dan teruskan bersembunyi dalam kegelapan. Renungannya memerhatikan semua benda di bilik tersebut.

Di dalam bilik yang gelap, selain daripada pernafasan perempuan yang tertidur itu, ia adalah sunyi sepi.

Xiao Yan tunggu dengan senyap lebih daripada 10 minit. Apabila dia hampir mengerut dahinya, matanya terdarat pada mayat Liu Xi yang mula bergerak.

Di sebelah pintu, tangan Liu Xi mula bergerak. Seketika waktu kemudian, mata yang tertutup itu terbuka dengan perlahan dan kepucatan mukanya juga mula hilang.

"Si…." Melihat lubang pada dadanya yang berdarah itu, Liu Xi menarik nafas yang perlahan. Matanya dipenuhi dengan dengki. "Celaka punya perempuan. Kalau bukan sebab aku mencuri beberapa 'Pil Nafas Penyu' daripada cikgu aku sebelum aku beredar, aku tentu sudah mati."

Menghulurkan tangannya dengan kesusahan, Liu Xi mengeluarkan satu botol jed dari poket dadanya. Dia menuang serbuk putih dengan perlahan pada lukanya sebelum mengambil keluar satu pil hijau pudar dan menelannya. Selepas menyelesaikan perbuatan mudah itu, muka Liu Xi sekali lagi menjadi pucat.

"Ia akan mengambil setengah tahun untuk sembuh daripada kecederaan yang teruk. Esok, aku akan meminta Puak Jia Lie untuk menghantar aku balik dan menjemput cikgu aku ke sini. Dengan pertolongan cikgu aku, Puak Xiao tidak akan mempunyai hari yang baik. Pada masa itu, aku akan menyeksa perempuan itu sehingga dia mati." Liu Xi menggertak giginya dengan kejam. Mukanya penuh dengan kejahatan.

"Maafkan aku, tetapi kau tidak akan mempunyai peluang untuk kembali…" Apabila Liu Xi sedang memikirkan bagaimana dia ingin mara ke hadapan, satu suara hambar dengan kiasan ketawa tiba-tiba meletus dalam bilik.

Suara itu menyebabkan Liu Xi terkaku. Mukanya bertukar sekali lagi sebelum dia berpusing ke belakang.

Satu bayangan orang dibalut dengan jubah hitam keluar daripada bayang-bayang.

"Cuai sangat perempuan itu. Akhirnya, aku juga yang kena habiskan." Suara pemuda terlepas di bawah jubah hitam itu. Tapak tangannya diregang dengan sedikit dan satu Api Kesyurgaan putih mula bermuncul.

"Api Kesyurgaan?" Melihat kepelikan api putih itu, mata Liu Xi mengecil dan dia memekik dalam ketakutan.

"Tahniah, kau betul. Ini ganjaran kau."

Dengan satu senyuman, lelaki berjubah hitam itu melambaikan tangannya. Api putih muram itu meninggalkan tangannya dengan segera. Dengan kelajuan kilat, ia menutup Liu Xi dan membakarnya menjadi abu dalam sekelip mata. Liu Xi tidak mempunyai masa untuk menjerit.

Dari masa itu, ahli alkimia yang dikenali sebagai Liu Xi hilang dari benua ini.

Menepuk tangannya dengan dingin, lelaki berjubah hitam itu melambai tangannya sekali lagi. Angin membersihkan abu di atas tanah, meninggalkan satu lantai yang bersih. Selepas itu, dia melompat daripada tingkap dan terbang ke udara dan meninggalkan tempat itu.

Tanpa menarik perhatian orang lain, lelaki berjubah hitam itu meninggalkan rumah Puak Jia Lie. Tapak kakinya menyentuh atap rumah dengan ringan dan dia melompat beberapa dozen meter ke hadapan, dia tiba-tiba berhenti. Mengeluh dengan tidak bermaya, akhirnya dia menaikkan kepalanya.

Di sebelah sudut menara terdapat satu gadis muda berpakaian emas sedang mengayun kakinya yang putih seperti salji itu dengan rawak. Dengan mata yang jernih itu mengandungi satu api keemasan, dia merenung lelaki berjubah hitam itu dengan malas di atas atap.

"Siapakah kau?"

Jari gadis muda itu menyentuh rambut hitamnya dengan lembut yang dinaikkan oleh bayu malam apabila dia menaikkan dagunya yang cantik itu. Suara tangkas itu bergema di dalam ruang kecil sekeliling mereka.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C90
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous