Télécharger l’application
6.68% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 83: Ketua Muda Pasar

Chapitre 83: Ketua Muda Pasar

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Kurang dari sebulan selepas pengeluaran Serbuk Darah Beku, Puak Xiao sudah memenangi 70% daripada pasaran ubat penyembuhan di Bandar Wu Tan. Keuntungan besar itu mengisi Puak Xiao dengan keriangan. Halaman dan ambang pintu yang tidak digunakan itu sekarang digunakan dan ianya penuh dengan orang.

Tidak seperti Puak Xiao, tempat pasar Puak Jia Lie dipenuhi dengan kemuraman. Disebabkan cara mengaut keuntungan Puak Jia Lie terdahulu, mereka sudah menimbulkan kebencian pada majoriti askar upahan. Tambahan pula, Serbuk Darah Beku Puak Xiao lebih berkesan daripada Serbuk Pengembalian Musim Bunga. Oleh itu, perniagaan ubat penyembuhan Puak Jia Lie semakin dikalahkan oleh perniagaan Puak Xiao. Jika bukan disebabkan had harian jualan ubat penyembuhan, Puak Jia Lie tidak akan mempunyai jualan langsung.

Walaupun saham pasaran mereka di industri ubat penyembuhan sudah mengecil, mereka masih dapat membuat sedikit keuntungan dari situ. Perkara utama yang membimbangkan Puak Jia Lie ialah bahan-bahan ubat yang diperlukan untuk membuat ubat penyembuhan.

Gudang sumber terbesar di bandar itu, Rumah Lelongan Premier sudah tidak mahu bekerjasama dengan mereka. Sekatan bahan-bahan ubatan ini menaikkan kemarahn Puak Jia Lie. Namun begitu, walaupun mereka marah, mereka tidak berani menggunakan kuasa untuk menentang Rumah Lelongan Premier. Ini kerana Rumah Lelongan Premier mempunyai pihak yang berkuasa di seluruh Empayar Jia Ma yang menjaga mereka. Satu puak yang kecil di Bandar Wu Tan seperti mereka tidak mampu untuk menentang mereka.

Tidak mampu mendapatkan barangan dari Rumah Lelongan Premier, Puak Jia Lie yang terdesak itu hanya boleh membeli stok bahan-bahan ubatan di kedai-kedai Bandar Wu Tan , di mana harganya jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran. Namun begitu, ia hanyalah satu langkah sementara kerana bahan-bahan ubat di kedai ubatan tidak mampu memenuhi permintaan yang tinggi untuk jangka masa panjang.

Lebih penting lagi, semua orang di Bandar Wu Tan mengetahui kemarahan dan niat untuk membunuh di antara Puak Xiao dan Puak Jia Lie. Menolong Puak Jia Lie sekarang hanya mampu menyinggung perasaan Puak Xiao, yang semakin berkuasa hari demi hari. Justeru itu, selepas jualan pertama bahan-bahan ubat kepada Puak Jia Lie, banyak kedai ubatan tidak berani untuk menjual kepada mereka untuk kali kedua. Pembatasan ini membuat keadaan Puak Jia Lie menjadi lebih marah.

Dengan ini, sumber bahan-bahan ubatan Puak Jia Lie dari Bandar Wu Tan dipotong hampir 80%. Sumber yang tinggal terlalu sedikit untuk memenuhi permintaan dari kilang ubat penyembuhan. Disebabkan ini, Puak Jia Lie yang tidak berupaya itu hanya boleh membeli bahan-bahan ubatan daripada bandar lain dengan harga tinggi. Mereka sukar untuk mengatasi krisis yang disebabkan kekurangan bahan-bahan ubatan. Hal ini menyebabkan keuntungan Puak Jia Lie semakin mengecil. Jika bukan disebabkan keuntungan daripada ubat penyembuhan, Puak Jia Lie sudah berdepan dengan kemuflisan.

Di Bandar Wu Tan sekarang, posisi Puak Xiao semakin meningkat dengan bantuan ubat penyembuhan dan mereka menunjukkan momentum yang baik untuk menandingi dua lagi puak besar di bandar itu.

…..

Xiao Yan sedang berjalan dengan malas di dalam pasar yang riuh-rendah. Di belakangnya, terdapat 7 hingga 8 lelaki berbadan tegap dan tinggi yang sedang memakai pakaian seragam pengawal keselamatan Puak Xiao. Kesemua mereka mempunyai 4 atau lebih bintang emas pada dada mereka. Jelasnya, semua orang ini mempunyai kekuatan sekurang-kurangnya 4 Bintang Emas Dou Zhe.

Di jalan yang penuh dengan orang itu, ramai askar upahan yang ganas dan kuat yang seakan mengeluarkan bau darah sambil memberi senyuman mesra selepas melihat seorang pemuda yang sedang berjalan dengan malas dengan kedua-dua tangan di belakang kepalanya. Ada kalanya, sesiapa yang kenal dia akan bertanya sambil ketawa, "Ketua muda, awak datang untuk meronda di pasar lagi?"

Setiap kali dia berdepan dengan gelaran sebegitu, Xiao Yan akan mendiamkan diri sebelum menghembuskan keluhan. Setengah bulan yang lalu, Xiao Zhan tiba-tiba melantik dirinya sebagai yang orang yang bertanggungjawab menjaga pasar ini dengan menggunakan latihan sebagai alasan. Puak Xiao bergaduh disebabkan tindakan Xiao Zhan ini. Untuk memberi tanggungjawab kepada seorang remaja untuk menjaga pasar sesuatu yang baru pada Puak Xiao. Walau bagaimanapun, selepas melihat posisi Xiao Yan yang semakin baik, beberapa di antara mereka bersetuju. Oleh itu, Xiao Yan, seseorang yang biasanya berehat di rumah diberi tanggungjawab untuk menjaga tempat pasar.

Walaupun pasar ini amat besar, menjaganya bukan sesuatu yang memenatkan dan ini menyebabkan Xiao Yan berasa selesa. Xiao Yan menyelesaikan banyak perkara berkenaaan pecahan tempat dan juga berbincang mengenai kadar sewa dengan pengurus rumah yang ditugaskan oleh ayahnya. Setiap hari, dia akan membawa satu kumpulan orang berbadan tegap untuk meronda jalanan dan menguruskan isu-isu keselamatan di tempat pasar itu.

Pada dasarnya, Xiao Yan kelihatan tidak acuh dan sederhana. Walau bagaimanapun, dia suka mengumpul askar upahan dan membincangkan pengalaman bahaya yang dilalui mereka semasa menjalankan misi seperti raksasa pelik dan Kaedah Qi yang ditinggalkan di gua. Perbincangan ini meningkatkan semangat Xiao Yan dalam pengembaraan dan pengambilan risiko. Dia teringin untuk memasuki gua terbiar yang tidak mempunyai orang untuk mencari Kaedah rahsia Qi dan Teknik Dou yang kuat.

Usia Xiao Yan yang muda dan muka kacaknya itu membuatkan orang lain sukar untuk mempunyai niat jahat terhadapnya. Tambahan pula, setiap kali perbincangan mereka menjadi seronok, dia akan mengeluarkan ubat penyembuhan yang terhad daripada saku dadanya dan memberi mereka secara percuma. Ini menyebabkan askar-askar upahan mempunyai tanggapan baik terhadapnya. Selepas satu masa, tempat pasar yang dijaga oleh Xiao Yan mempunyai pelanggan yang paling banyak di antara tempat-tempat pasaran Puak Xiao.

Mengimbas kembali kejadian setengah bulan yang lalu, Xiao Yan tersenyum dengan penuh emosi. Harinya semakin berkurang. Paling banyak pun, selepas setengah bulan lagi, dia akan meninggalkan tempat ini dan mengikut Yao Lao untuk latihan dan ia akan mengambil masa satu hingga dua tahun sebelum dia kembali.

Membuang fikirannya yang sedih itu, Xiao Yan mengangkat kepalanya. Satu imej kurus dan muka tidak gembira tiba-tiba meluru ke arahnya.

Menghentikan langkahnya untuk seketika dan melihat lelaki kurus berpakaian biasa-biasa itu, Xiao Yan mengerut keningnya dan berkata dengan tidak acuh, "Ke Lu, kenapa kau berada di sini dan bukan di luar sana mencari 'keuntungan' kau?"

Lelaki yang kelihatan pucat itu, Ke Lu, penyeluk saku terkenal di tempat pasar. Apabila berdepan dengan jenis pekerjaan seperti ini, Xiao Yan tidak semudahnya melepaskan mereka. Dia tahu semua benda ada dua bahagian. Walaupun pekerjaan ini dipandang rendah oleh orang, mereka mempunyai banyak maklumat. Tidak kira apa yang terjadi di Bandar Wu Tan, mereka mempunyai maklumat tentangnya.

"Hehe, tuan muda," Berdepan Xiao Yan dengan satu senyuman manis, lelaki kurus yang dipanggil Ke Lu itu berkata dengan senyuman, "Orang seperti saya berada di sini untuk memberitahu awak saya mempunyai maklumat daripada orang bawahan saya berkata Cik Xiao Xun Er sedang dimarahi oleh seorang lelaki yang tidak tahu asalnya dan mereka sekarang berada di luar tempat pasar. Saya datang ke sini selepas mendapat khabar itu."

"Oh betul, Jia Lie Ao dari Puak Jia Lie juga berada di situ. Ia kelihatan seperti dia kenal lelaki yang berpakaian baju pengebumian1 itu yang sedang bercakap dengan Cik Xun Er. Beberapa orang juga sedang menemani mereka."

Mengecilkan matanya, muka Xiao Yan bertukar menjadi dingin. Menyengetkan kepalanya sedikit, dia berkata dengan lembut, "Xiao Li, panggil yang lain. Asalkan mereka masih hidup, mereka perlu berada di sini."

"Faham!" Seorang lelaki berbadan tegap membalas Xiao Yan dengan hormat sebelum berpusing ke belakang dan berlari ke kawasan dalam pasar.

"Tunjukkan jalan." Kata Xiao Yan secara tidak acuh sambil dia berpusing ke belakang dan menaikkan dagunya.

Melihat muka Xiao Yan yang tiba-tiba bertukar dingin itu, Ke Lu mengangguk dengan pantas. Dia tidak berani bertutur lagi dan dengan segera dia mengiringi Xiao Yan ke tempat tersebut.

"Gampang ini berani datang ke kawasan Puak Xiao untuk mengacau seorang ahli Puak Xiao. Jika aku, Xiao Yan, membenarkan kau meninggalkan tempat ini dengan elok, aku akan melepaskan posisi aku sebagai ketua pasar!" Menjilat bibirnya, suara kegerunan Xiao Yan menyebabkan Ke Lu yang sedang berjalan di hadapan menggeletar dan mempercepat langkahnya.

  1. Baju Pengebumian Orang Cina biasanya berwarna putih.

Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C83
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous