Selepas berbaring di atas batu yang sejuk untuk masa yang panjang, Xiao Yan akhirnya mampu mengawal pernafasannya. Kegembiraan sebenar di wajahnya sukar untuk disembunyikan. Dia menguji kakinya yang kebas itu sebelum bertukar ke posisi latihan sekali lagi.
Xiao Yan bernafas dengan lembut dan menutup matanya dengan perlahan dan membiarkan fikirannya menyelinap mencari jawapan kepada misteri tubuhnya.
Pemandangan Dalaman: Satu teknik sokongan yang unik untuk seseorang yang berada di tahap Dou Zhe dan ke atas. Semakin hebat kekuatan seseorang, semakin mendalam seseorang itu boleh menerokai dan menembusi misteri badan seseorang.
Pemikiran Xiao Yan mula menerokai kawasan perutnya, di mana satu Puting Beliung berwarna putih bersaiz tapak tangan sedang berpusar dengan perlahan. Tenaga berwarna putih krim sedang berpusar melingkari Puting Beliung dalam kabus samar-samar.
Meneliti Puting Beliung yang kecil itu dengan fikirannya, Xiao Yan mengangguk. Dia berpuas hati. Walaupun Puting Beliung itu kecil, kandungannya mempunyai tenaga 10 kali lebih berkuasa daripada masa dia seorang 9 Duan Qi!
Dou Zhe dan 9 Duan Qi mempunyai sifat yang lain. Tenaga yang diserap sebelum menjadi Dou Zhe sebenarnya dipanggil Dou Zi Qi tetapi selepas menjadi seorang Dou Zhe, tenaga yang diserap barulah dikenali sebagai Dou Qi tulen!
Walaupun hanya satu perkataan yang membezakan di antara kedua-duanya, ia berbeza seperti syurga dan bumi yang tiada bandingan.
Xiao Yan mengawal fikirannya untuk mengambil alih kawalan Puting Beliung tersebut. Di bawah kawalannya, satu lembaran Dou Qi putih berkrim, mula dicabut daripada Puting Beliung dan dibenarkan untuk berpusar sekeliling.
Xiao Yan terus mengawal Puting Beliungnya, dia membuat Dou Qi-nya dimuntah keluar dan diserap balik dengan hanya menggunakan fikirannya. Xiao Yan mula meningkatkan kemahiran menggunakannya. Xiao Yan hanya berhenti selepas berpuas hati dengan permainan latihan ini dan menarik balik pemikirannya daripada tubuhnya.
Matanya yang tertutup itu tiba-tiba terbuka, mendedahkan satu cahaya putih berkrim yang berlegar di dalam anak matanya untuk 10 saat sebelum menghilang.
Xiao Yan kemudian membuka mulutnya untuk mengeluarkan udara kotor dan tidak suci itu, dan selepas itu mukanya mula menjadi cerah.
Menggerakkan kepalnya dari kiri ke kanan sebagai senaman leher, bunyi retakan boleh kedengaran dan ini membuat Xiao Yan tersenyum. Dia menaikkan kepalanya untuk merenung satu tubuh 'hantu' Yao Lao yang sedang terapung di luar gua. Xiao Yan tersenyum dan berkata, "Berjaya!"
"Hmpf, nasib baik awak berjaya memampatkan Puting Beliung Qi dalam percubaan pertama awak." Yao Lao membalas dengan nada acuh tak acuh sambil mengangguk.
"Lebih macam saya bergantung kepada kebolehan saya?" Xiao Yan membalas sambil meregangkan bahunya. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu dan satu wajah manja muncul di mukanya. Meregang tangannya, dia bertanya dengan malu, "Cikgu, saya sudah mencapai tahap Dou Zhe, bukankah masa untuk memberi saya satu Teknik Qi?"
Yao Lao memandang Xiao Yan dengan mata mengjengkelkan. Badannya terapung ke dalam gua dan dia duduk dengan perlahan di depan Xiao Yan. Dia berfikir untuk seketika sebelum bertanya dengan serius, "Apa Teknik Qi yang awak mahu?"
"Err, itu.. itu benda yang lebih pelik daripada Teknik Qi Tahap Tian, yang boleh… yang boleh berevolusi." Xiao Yan menggaru kepalanya dan bertanya dalam nada malu.
Mendengar kata-kata Xiao Yan, wajah Yao Lao berubah tetapi dia tidak berkata apa-apa.
"Tok Guru, apa masalah? Adakah awak tipu pasal Teknik Qi itu?" Melihat riak wajah Yao Lao, Xiao Yan tidak dapat menahan daripada bertanya dengan gelisah.
"Teknik Qi yang saya beritahu awak, memang boleh berevolusi, saya tidak menipu awak." Bisik Yao Lao.
Mendengar Yao Lao menyahkan persoalannya, satu sensasi kegembiraan terukir pada muka Xiao Yan. Memintal tangannya, dia bertanya dengan berhati-hati, "Jadi, awak akan beri kepada saya?"
"Teknik Qi pelik ini memang boleh berevolusi tetapi risikonya amat tinggi." Kata Yao Lao selepas berdiam diri untuk masa yang panjang.
Melihat riak wajah Yao Lao, Xiao Yan menarik tangannya ke belakang dan bertanya, "Berapa tinggi?"
Yao Leo tersenyum sinis. "Dalam hidup saya, saya tidak pernah melihat orang melatih atau menggunakan Teknik Qi ini. Jadi, saya pun tidak tahu berapa tinggi risikonya, bagaimanapun, dengan pengalaman saya dan melihat kesusahan Teknik ini, saya boleh kata kadar berjayanya tidak lebih daripada 20%..."
"20%?" Muka Xiao Yan menjadi tegang. "Begitu rendah?"
Yao Lao mengeluh dan mengangguk. "Saya takut ia betul-betul begitu rendah."
Tersenyum sinis dan mengurut dahi kepalanya, Xiao Yan masih tidak ingin berputus asa untuk mendapatkan satu peluang untuk belajar Teknik Qi yang boleh berevolusi. Godaan Teknik Qi yang boleh berevolusi menjadi Teknik Qi Tahap Tian terlalu besar.
"Cikgu, bolehkah awak memberi saya penjelasan tentang Teknik Qi ini?"
Yao Lao menggosok kedua-dua tapak tangannya dan berbisik selepas seketika. "Keperluan Teknik Qi ini untuk "berevolusi" berkaitan dengan Api Kesyurgaan yang saya beritahu awak sebelum ini."
Mata Xiao Yan mengecil dan dia senyap sambil mendengar dengan teliti.
"Baiklah, saya mendapat Teknik Dou Qi ini secara tidak sengaja. Teknik Qi ini asalnya tidak mempunyai nama. Bagaimanapun, saya telah memberinya nama 'Mantera Api'. Pada ketika ini, Yao Lao cuba menyembunyikan air mukanya yang bercampur. Nampaknya proses mendapatkan Teknik Qi ini bukan senang seperti yang dikatakan olehnya sebelum ini.
"Mantera Api memang boleh berevolusi, tetapi prasyarat ialah ia mesti menggunakan 'Api Kesyurgaan' sebagai bahan mentah. Dengan setiap evolusi, ia perlu menelan satu jenis 'Api Kesyurgaan'!" Suara Yao Lao menjadi kasar. "Awak perlu tahu yang Api Kesyurgaan ini satu bentuk tenaga yang ganas di dunia ini. Jika awak dapat mencari satu pun, tiada orang boleh menjaminkan awak mampu menelannya. Apabila saya menemui, 'Api Kedinginan Tulang', saya hampir dibakar hidup-hidup olehnya…"
"Bahagian paling menakutkan untuk kaedah ini keperluan untuk menyerap beberapa 'Api Kesyurgaan'..... Api Kesyurgaan ini boleh meletakkan seorang Dou Huang antara hidup dan mati, saya tidak dapat memikirkan apa yang akan jadi jika seseorang itu mempunyai dua jenis Api Kesyurgaan di dalam badannya…."
Merenung muka Yao Lao yang serius, Xiao Yan juga menjadi takut. 'Menelan Api Kesyurgaan untuk berevolusi? Celaka, awak juga tidak dapat pasti jika awak mampu memakan api itu atau jika api yang akan memakan awak! Pencipta Kaedah Qi ini mesti seorang yang gila.
"Walaupun Teknik ini sangat bahaya daripada jangkaan awak, saya tidak menafikan potensinya. Jika seseorang itu mampu memahirinya, di Benua Dou Qi ini, selain daripada beberapa orang yang berbakat….. tiada orang yang dapat menandingi awak." Yao Lao mengeluh.
Xiao Yan mengangguk, kagum dengan potensinya. Jika seseorang itu mampu mengawal beberapa jenis Api Kesyurgaan, seorang Dou Shend juga tidak berani mengambil orang itu dengan ringan. Sudah tentu, pertama sekali, orang itu tidak boleh dimakan oleh Api Kesyurgaan…
Memandang Xiao Yan, Yao Lao teragak-agak seketika sebelum bertanya, "Sekarang, awak masih nak belajar?"
Xiao Yan menggigil dengan senyap.
Kepada sesiapa yang tidak ingat pangkat selepas Dou Zhe, sila rujuk kepada Bab 39 dan untuk pangkat Teknik dan Kaedah, sila rujuk Bab 42.