Si Berang Xiao Yan
Selepas Upacara Kedewasaan, Xiao Yan akhirnya dapat berehat dengan selesa. Harinya yang kebiasaaan penuh dengan latihan, sudah menjadi relaks.
Walaupun bahan-bahan yang dibelinya dahulu untuk Penawar Asas sudah hampir habis, Xiao Yan tidak merancang untuk membeli lagi. Keadaan dia yang sudah mencapai tahap 8 Duan Qi tidak akan mendapat manfaat daripada Penawar Asas itu lagi.
Walaupun kuasa Penawar Asas itu sudah tidak diperlukan, Yao Lao tidak menggantikan dengan yang baru. Sebaliknya, dia memberitahu Xiao Yan untuk mengambil masa ini untuk berehat dan menenangkan keadaan mentalnya. Latihan yang betul, dengan berlatih untuk satu jangka masa dan berehat di antaranya. Berlatih sendiri sehingga mati tidak akan membawa seseorang itu ke arah yang berfaedah. Hal ini sebaliknya akan mendatangkan kesan yang tidak diingini.
Semasa hari riang dan relaks ini, Xiao Yan, yang selama ini bekerja keras berasa bosan tetapi dia tidak mempunyai sebarang pilihan. Setiap hari, dia akan menemani Xun Er untuk bersiar-siar di bandar. Walau bagaimanapun, kadang-kala, dia akan pergi ke belakang gunung untuk berlatih Teknik Dou-nya.
Xiao Yan saat sekarang sudah menjadi tumpuan keluarga Xiao dan kekuatannya tidak boleh dinafikan. Ke mana dia pergi, renungan sanjungan akan mengikutnya seperti bayang-bayang. Dan tegur sapa secara hormat ini menyebabkan Xiao Yan berasa hairan dengan layanan mereka sebelum dan selepas persembahannya di Upacara Kedewasaan.
…..
"Peng!"
Di dalam rimba yang terletak di sebalik gunung-ganang, satu bayangan yang kelihatan seperti monyet telah mengelak dan melompat dengan kelajuan yang tidak boleh diterima dek akal. Ia bergerak melalui rimba dengan laju dan senyap, sambil mengelak halangan di hadapannya. Ketika itu, dengan satu bunyi berdebup yang kuat, satu tumbukan yang mengandungi Qi dan kekuatan yang ganas itu meretakkan batang pokok selebar di antara 2 hingga 3 meter. Retakan di pokok itu merebak dengan cepatnya, dan akhirnya, satu bunyi "Bang!", pokok itu patah dua.
Mengelak pokok yang sedang tumbang itu dengan pantas, Xiao Yan melompat ke atas batu besar. Dia menghala tangan kanan dia ke arah pakaian yang sedang tergantung pada pokok yang terjatuh itu dan dengan satu daya kuasa, Xiao Yan menarik baju itu ke arah tapak tangan.
Mengelap peluh daripada keningnya, Xiao Yan menghembus nafas dan menyarung pakaiannya dengan perlahan.
Memakai baju dengan gelojoh, tiba-tiba bulu kening Xiao Yan ternaik sedikit. Dia mengecilkan matanya dan memandang ke arah luar rimba itu dan ketawa kecil.
Mulut Xiao Yan mengetap menjadi satu senyuman suram lalu membersihkan daun daripada bahunya dan mula berjalan meninggalkan rimba itu.
Di luar rimba, cahaya matahari mendarat di atas badannya dan mula diserap ke dalam tulangnya. Hal ini menyebabkan satu perasaan hangat dan selesa di dalam badan Xiao Yan. Menghalang cahaya matahari dengan tangan, kepala Xiao Yan senget dan ternampak satu rangka tubuh badan perempuan di atas batu tidak jauh daripadanya.
Cahaya matahari bersinar di tubuh perempuan lampai itu dengan anggun lalu menutup tubuh badannya yang cantik, terutama kakinya yang panjang, langsing dan seksi.
Melihat Xiao Yu yang masih terduduk diam di atas batu besar, Xiao Yan merehatkan tangannya di belakang kepala dan mula berjalan ke batu besar itu dengan perlahan. Dia melihat ke atas dan renungannya terjatuh di sepasang kaki yang panjang yang mampu membangkitkan nafsu. Dia kemudian menyenguk-nyengak dan berkata dengan angkuh, "Kaki kau cantik. Tak payah menunjuk-nunjuk…."
Dengan beberapa perkataan sahaja, Xiao Yu yang mempunyai muka ayu itu bertukar menjadi hitam.
Menghela nafas dengan kuat, Xiao Yu mengetap giginya dan membalas dengan nada yang dingin, "Kau tahu kenapa aku datang cari kau?"
"Untuk pukul aku?" Menarik balik tangannya daripada hidung, Xiao Yan teka secara bersahaja sambil ketawa.
"Adik aku cedera teruk disebabkan oleh tumbukan kau dan sekarang terlantar di atas katil. Dia tidak boleh bergerak. Oleh kerana kau begitu kejam, aku, sebagai kakaknya, tidak boleh melihat dia dipukul tanpa mendiamkan diri." Mata Xiao Yu yang cantik itu merenung tajam Xiao Yan, penuh dengan dengki.
Mulut Xiao Yan membentuk satu senyuman sinis, menyengetkan kepalanya dan mengejek, "Sekarang beritahu aku, daripada pandangan kau, adakah aku patut berdiri di sana dan menerima serangannya serta membiarkan dia mematahkan tangan aku tanpa melawan?"
Xiao Yu menggigit bibirnya yang berisi. Dia masih merenung tajam Xiao Yan dan dengkinya masih tidak berkurangan.
"Tidak. Kalau dia patahkan tangan aku, hati kau hanya akan bersedih untuk si lumpuh ini untuk beberapa minit. Selepas itu, kau tidak akan mempunyai perasaan bersalah, kau juga tidak kisah jika aku lumpuh seumur hidup aku. Haha. Masih cerita lama yang sama. Kau, Xiao Yu, dengan peribadi kau, yang suka berdisriminasi terhadap orang tanpa alasan, apa lagi yang kau mampu buat? Aku paling benci orang macam kau. Kalau adik kau manusia, aku bukan manusia?!" Kemarahan Xiao Yan mula meningkat dengan setiap ayat dan akhirnya, dia tidak dapat menahan diri untuk mengatakan bahasa kesat.
"Pergi mampus! 'Si Dada besar tanpa otak,' cara paling baik untuk panggil perempuan bodoh macam kau."
"Xiao Yan, anak bangsat. Kau diam!"
Wajah Xiao Yu berkerut, bertukar hijau dan putih dalam kehampaan. Akhirnya, Xiao Yu menyerang Xiao Yan dengan kata-kata selepas Xiao Yan mengutuknya dengan teruk.
Melihat wajah Xiao Yu yang cantik itu bertukar hijau, mata Xiao Yan penuh dengan kemarahan membara apabila dia mengejek dan mengecap-ngecap bibirnya. Hatinya puas.
Menarik nafas panjang, Xiao Yu menghapuskan keberangan di dalam hatinya dengan perlahan dan dengan menggunakan kakinya yang panjang dan menggoda itu untuk melompat daripada batu besar. Dia mengetap gigi lalu berkata, "Tidak kira apa pun, aku tidak akan lepaskan kau daripada genggaman aku hari ini." Selepas berkata sebegitu, dia melangkah ke hadapan dengan kaki kirinya dan menggerakkan badannya yang ayu itu, kaki kanannya meregang ke hadapan dan dengan satu bisikan angin, dia menghala satu tendangan pada kedua-dua kaki Xiao Yan.
Dengan pergerakan tetiba Xiao Yu, Xiao Yan hanya boleh menyumpah dan melompat ke belakang, hampir terkena tendangan Xiao Yu.
"Hmph, tak kira betapa berbakat kau, kau masih 8 Duan Qi. Kalau aku tak ajar kau hari ini, kesombongan kau akan meningkat langit." Melihat Xiao Yan yang berterusan mengelak tendangan serangan Xiao Yu, dia ketawa dingin dan dengan kakinya yang panjang itu menendang Xiao Yan seperti ribut taufan di udara. Tendangan kuat itu membawa satu angin yang kuat dan daun mula melambung daripada tanah.
Xiao Yu yang mempunyai kekuatan seorang 3 Bintang Dou Zhe lebih kuat daripada Xiao Ning. Dengan serangan pantas dan berterusan, Xiao Yan tidak dapat peluang untuk membalas serangannya. Dia hanya mampu mengelak.
Walaupun Xiao Yan hanya mampu mengelak tendangan Xiao Yu, dia masih menyimpan ketenangan di mukanya. Dia menjulingkan matanya sambil mencari kelemahan lawannya untuk dieksploit.
Xiao Yan menghalang setiap tendangan kaki Xiao Yu dengan lengannya, tetapi dengan setiap tendangan, tangannya akan menjadi sakit. Nampaknya, Xiao Yu bukan bodoh sepenuhnya. Dia tidak menggunakan seluruh tenaganya untuk menentang Xiao Yan dan walaupun serangannya nampak agresif, ia hanya mampu mencetuskan kecederaan ringan.
Melihat Xiao Yan yang sentiasa mengelak, bibir merah Xiao Yu melengkung dengan penuh kepuasan. Dia berjengket ke hadapan dan sekali lagi bersedia untuk melancarkan satu serangan.
Tetapi semasa dia mula menyerang, Xiao Yan yang sentiasa mengelak serangannya, tiba-tiba bertukar daripada seekor kambing biri-biri kepada seekor serigala yang ganas. Dengan tapak tangan Xiao Yan yang dituju kepada Xiao Yu, Xiao Yu terasa satu daya tarikan yang kuat menariknya ke dalam dan dia tersadung.
Apabila badannya bersandar ke depan, Dou Qi di dalam badan Xiao Yu mula berkumpul di kakinya. Sebelum dia mampu berdiri dengan kukuh di tanah, daya tarikan itu hilang dan digantikan dengan satu daya tolakan yang kuat….
Dengan daya tarikan dan tolakan, Xiao Yu akhirnya hilang keseimbangan dan bergerak terhuyung-hayang ke belakang. Xiao Yu terjatuh dan terduduk.
Ditolak oleh Xiao Yan dengan tiba-tiba, Xiao Yu terkejut. Dia terlupa untuk bangun dan apabila dia tersedar daripada kebingungannya dan cuba untuk membalas, satu bentuk serupa seekor harimau garang mula menurun daripada langit dan memaksa Xiao Yu ke tanah.
"Haram jadah, aku akan rogol kau hari ini!"
Lebam di muka dan kecederaan di seluruh badannya membuatkan Xiao Yan menarik nafas dan kedua-dua tangan Xiao Yan memegang Xiao Yu dengan ketat.
Maaf. Dah sakit untuk satu minggu lebih. Sakit tekak, sakit pinggang, selesema, batuk, sakit kepala. Dah tua memang macam ini. Penterjemahan akan perlahan sikit.