Jika semua raksasa boleh berfikiran waras, sudah tentu mereka akan meratap penuh kehampaan dan penafian kerana sudah tewas sekarang!
Penipu jenis apa Penjaga ini?! Bagaimana dia dapat sembuh sepenuhnya seperti itu?! Lebih-lebih lagi dia sembuh lebih cepat daripada seorang Paderi atau Kesatria Suci yang berada di tahap yang sama dengannya! Untuk apa menyerangnya… sedangkan dia boleh kembali sembuh dengan sendiri dan mereka perlu mula dari kosong semula.. mungkin lebih baik mereka berputus asa dan minum teh…
Wamau bagaimanapun, Ahli Sihir Menara Tengkorak tidak perasan atau peduli dengan sekelilingnya dan menjampi tanpa henti, tulang rahangnya bergerak-gerak, untuk menjampi <Panah Bayangan> selepas <Panah Bayangan>. Dia tidak akan berhenti untuk cuba membunuh Zhang Yang.