"Si Salji, aku perlukan kau!" Zhang Yang meluru ke arah bos itu untuk memulakan pertarungan.
"Argh! Biadabnya kalian semua! Lihat apa yang kamu telah lakukan pada taman aku! Oh… Bunga Bulan Sabit aku…" Dia tiba-tiba berhenti bercakap. Raut wajahnya kelihatan penuh dengan dendam dan amarah dan mereka dapat merasakan keberangan membuak yang dirasakannya. Laxus menurunkan pencantas besar yang dipegangnya dan melompat turun daripada bangku yang digunakannya, Apabila dia mendekati pasukan itu dengan keberangan yang ketara dan urat yang timbul di wajahnya, dia kelihatan sangat menggerunkan kerana dia seolah-olah boleh mengamuk pada bila-bila masa.
"Kamu akan dihukum disebabkan tingkah laku biadabmu!"
Shush! Bos tersebut menggunakan <Serangan> lalu meluru ke arah Zhang Yang.
Zhang Yang turut menggunakan <Serangan> dan berdepan dengan bos itu. Dia berteriak, "Jangan mulakan serangan lagi, aku masih belum dapat tarik aggronya!"