Télécharger l’application
10.28% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 88: Cari Pasal dengan Aku? Terimalah Balasannya!

Chapitre 88: Cari Pasal dengan Aku? Terimalah Balasannya!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pengumuman tentang pencapaian Asap Gurun Terpinggir tersebar luas di seluruh pelayan. Mereka yang masih bertarung dalam serangan dungeon yang sama berasa sangat kecewa!

Terdapat sekurang-kurangnya 20 hingga 30 persatuan elit dalam seluruh pelayan China dengan pasukan peneroka masing-masing yang tersangkut di peringkat kelima dungeon tersebut. Peringkat kelima yang merupakan pusingan terakhir menjadi penghalang bagi mereka mencapai kemasyhuran tertinggi itu! Namun, sekuat mana mereka mencuba, mereka tetap gagal melepasi peringkat tersebut! 

Kebanyakan mereka memahami peluang mereka tipis memandangkan mereka kekurangan peralatan yang bagus dan itu membuatkan pemain tidak dapat membuat yang terbaik. Ini turut membuatkan mereka bergantung kepada kuasa fizikal. Persatuan kuat hanya boleh bertarung sehingga HP bos itu dikurangkan kepada 10% dan tidak mampu mara selepas itu.

Mungkin mereka memikirkan mereka perlu mengumpulkan peralatan yang lebih hebat atau mengubah penyusunan kelas pasukan. Namun begitu, dalam masa mereka mempertimbangkan cara yang lebih berkesan, persatuan Zhang Yang telah memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama.

Ia mungkin boleh diterima sebagai tuah pemula bagi kali pertama dan kedua, tetapi apabila Asap Gurun Terpinggir memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama buat kali ketiga berturut-turut, tiada sesiapa yang boleh memandang rendah mereka lagi!

Asap Gurun Terpinggir yang sebelum ini diperlekehkan kini menerima banyak permohonan untuk menyertai persatuan! Tiada sesiapa yang berani meragui kebolehan persatuan itu lagi! Nama Zhan Yu terpahat dalam hati semua orang. Semua ketua persatuan kini memandang tinggi pesaing baru mereka iaitu persatuan Asap Gurun Terpinggir yang diketuai Zhan Yu!

Setelah Zhang Yang mengenakan perisai barunya, HPnya meningkat ke 2740 dan pertahanannya turut meningkat ke 236! Dia kini boleh menerima beberapa serangan daripada bos Paling Sukar dengan bersahaja!

Selepas hasil rampasan diagihkan, Zhang Yang mengetuai pasukannya menyerang dalam Mod Sukar di Sayap Utama dan mengumpul enam buah lagi peralatan Tembaga Hijau untuk pasukannya. Meskipun peralatan di situ kurang hebat berbanding peralatan Perak Kelabu, mereka tetap sehebat peralatan yang diperolehi melalui serangan dungeon dengan lima orang sepasukan. Tambahan pula, mereka semua merupakan set peralatan! Berita paling baik pula ialah peralatan berperingkat berbeza masih boleh mengaktifkan kesan set peralatan! Contohnya, sekiranya pemain memakai but Perak Kelabu, topi keledar Keluli Hitam, dan plat dada Tembaga Hijau, kesan set tiga peralatan itu tetap boleh dicetuskan! Satu-satunya syarat ialah peralatan tersebut mesti terdiri daripada set yang sama dan sekiranya pemain telah mengumpulkan lima buah peralatan berbeza peringkat daripada set yang sama, dia masih boleh mencetuskan kesan set peralatan! 

Budak kecil itu ialah orang yang paling bertuah antara ahli pasukan tersebut. Dia telah memperolehi sepasang but dalam Mod Paling Sukar dan sebuah lagi peralatan set yang sama daripada Mod Sukar! Dia berjaya mengaktifkan kesan set peralatan pertama! Setelah mereka menyelesaikan Mod Sukar, Zhang Yang memberi arahan untuk bersurai dan membenarkan ahlinya membuat apa yang mereka mahu. Namun, dia meminta empat sahabatnya berserta Malam Dingin untuk kekal bersamanya.

"Kita akan bertarung dengan Kesatria dengan Kuda Berangkanya di Gua Tulang!"

"Aw Bagus! Kuda!" Drizzler melompat dan melonjak kegirangan.

Mereka telah menuju ke Gua Tulang semalam untuk bertarung, tetapi mereka mendapati tiada satu pun bos di tingkat lima itu yang telah muncul semula. Mereka semua menganggap kematiannya telah mempengaruhi bos lain memandangkan bos terakhir itu peringkat Perak Kelabu dan mereka semua akan muncul semula pada masa yang sama iaitu dalam masa tiga hari. 

Mereka mengalami kesukaran semasa pertama kali menyerang gua itu. Namun kali ini, mereka dapat bertarung dan melalui tingkat seterusnya dengan mudah disebabkan peralatan baru mereka yang lebih hebat. Mereka juga mempunyai penyerang baru yang tidak kurang hebatnya dalam pasukan mereka! 

Namun, tuah tidak menyebelahi mereka kali ini. Selepas mereka membunuh empat bos di keempat-empat tingkat, tiada langsung alatan Mengubah Rupa atau Skrol Sakti, ataupun Minyak Dewa India yang boleh didapati! Mereka berjaya mendapatkan banyak alatan sebelum ini kerana itu ialah kali pertama bos itu dibunuh. Memandangkan ini kali kedua mereka bertarung di situ, kadar dapatan alatan pasti berkurangan!

Apabila pasukan itu tiba di tingkat lima, Zhang Yang khuatir sekiranya mereka gagal menghadapi kesan racun kabus itu kerana mereka tidak mempunyai antidot untuk menangkis kesannya. Namun, apabila pasukan tersebut memasuki kawasan tersebut, tiada langsung kabus di situ. Udara di situ bersih dan segar. Kesan tersebut pasti keadaan yang dicetuskan cabaran sebelum ini atau jika ia sebaliknya, pasukan itu mungkin memerlukan peralatan bertahap 50 untuk bertarung dengan bos itu!

Dalam pusingan kali ini, Zhang Yang telah membawa [Posyen Anti Bayangan Pemula]nya lantas memudahkan pasukan tersebut menewaskan Shurian. Kali ini, Shurian juga sama kedekut dengan bos di tingkat seterusnya. Ia hanya menggugurkan tiga peralatan Perak Kelabu yang diperolehi Drizzler, Si Salji, dan Malam Dingin. Bangkai itu lenyap setelah semua peralatan diagihkan.

Mereka akhirnya selesai di Gua Tulang pada pukul 2 petang. Zhang Yang membenarkan mereka semua bersurai lalu mereka log keluar untuk makan tengah hari. Zhang Yang log masuk semula setelah dia menikmati hidangan yang enak dan mendapatkan rehat yang mencukupi.

Sambil dia berjalan di sekeliling kota, Zhang Yang tiba-tiba teringatkan perbualannya dengan Lelaki Beradab yang Rendah Diri dan helahnya untuk menggagalkan serangan dungeon pasukan Zhang Yang.

'Hehehe… Jikalau begitu, aku mahu dia menderita lagi. Penuh dengan rasa malu dan menyesal! Biar dia menderita dalam kemiskinan!'

Zhang Yang membuka senarai kenalannya dan mendapati Lelaki Beradab yang Rendah Diri berada di atas talian. Dia tersenyum sinis dan menghantar sebuah mesej peribadi kepadanya.

"Ketua Persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri! Adakah kau sibuk sekarang?"

"Amboi, amboi, Zhan Yu yang terkenal ini rupanya!" Dia segera membalas. "Haha! Alamak! Aku lupa untuk ucapkan tahniah kepada kau kerana berjaya dapatkan satu lagi Pencapaian Penyelesaian Pertama!"

"Ahahaha! Tiada apa-apa sebenarnya. Aku mengaku itu hanya untung nasib! Nasib memang menyebelahi aku!" Zhang Yang menghantar penerangan mengenai [Posyen Anti Bayangan Pemula] kepadanya dan berkata, "Aku bernasib baik kerana dapat mengumpulkan barangan yang aneh ini! Tanpanya, aku tidak mungkin dapat melepasi peringkat kelima!"

Wajah Lelaki Beradab yang Rendah Diri pucat lesi.

Persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri, Pendominasi, telah bertungkus-lumus dalam cubaan menyelesaikan Mod Paling Sukar di Sarang Marzerway semalam. Mereka telah tumpas sepenuhnya 30 saat selepas memasuki peringkat kelima! Mereka telah mencuba pelbagai cara. Mereka cuba meningkatkan bilangan penyembuh dalam pasukan, tetapi disebabkan bilangan penyembuh yang tinggi dalam pasukannya, kuasa serangan telah menjadi rendah sehinggakan mereka gagal melepasi keempat-empat peringkat sebelum peringkat terakhir itu! Dalam percubaan mereka seterusnya, mereka cuba menggunakan penyusunan biasa dan sebaliknya memberi perhatian kepada kuasa serangan semata-mata. Namun begitu, walaupun mereka semua masih hidup hingga ke peringkat terakhir, mereka tetap gagal dalam membunuh bos itu dalam masa dua minit. Apabila bos itu menjampi kemahiran AOE yang dahsyat, mereka semua terbunuh. Semakin ramai yang masih hidup ketika itu, semakin ramai yang terbunuh akhirnya!

Sekerap mana mereka mengubah rancangan pertarungan, peringkat kelima yang sesukar tahap dewa itu tidak dapat mereka selesaikan!

Kini, setelah Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu meneliti penerangan posyen tersebut, dia terkedu! Sekiranya mereka juga mempunyai barangan ini semasa mereka menyerang dungeon tersebut, mereka sudah tentu akan memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama tanpa perlu bersusah-payah memikirkan idea lain!

'KENAPA! KENAPA! Jahanam! Kenapalah budak tak guna ini sangat bertuah!'

Dalam hatinya, Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu berasa sangat marah sehinggakan dia boleh menumbuk muka Zhang Yang jika dia berada di hadapannya ketika ini! Dia mengumpulkan semua kekuatannya untuk kekal tenang dan berkata, "Zhan Yu! Mari lakukan jual beli. Bolehkah kau jual beberapa posyen tersebut kepada persatuan kami?"

'Hmph! Aku memang menanti untuk kau cakap begitu! Zhang Yang sengaja berlengah-lengah dalam membalas mesejnya. "Ketua Persatuan Lelaki Beradab yang Rendah Diri, aku hanya tinggal beberapa sahaja lagi untuk serangan seterusnya. Bahan untuk membuat posyen ini sangat sukar untuk diperolehi."

"Haha! Dunegon untuk 20 orang sepasukan hanya akan muncul semula selepas tiga hari! Kau akan mempunyai banyak masa untuk mengumpulkan bahan tersebut, bukan?" Lelaki Beradab yang Rendah Diri cuba memujuk Zhang Yang. Walaupun dia tidak dapat memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama, dia masih boleh menjadi persatuan kedua yang menyelesaikan dungeon tersebut lantas menewaskan kedua-dua Amarah Membara dan Tinggi Langit!

Tambahan pula, rekod kelajuan masih boleh dipecahkan! Sekiranya dia dapat mengumpulkan beberapa peralatan Perak Kelabu untuk menguatkan pasukannya, dia boleh memecahkan rekod tempoh penyelesaian dungeon dengan lima orang sepasukan dengan mudah!

Sebab ketiganya melibatkan perancangan jangka masa panjangnya iaitu untuk menyediakan persatuannya dalam Pencapaian Penyelesaian Pertama dungeon Tahap 30! Sekiranya seseorang cuba menyerang dungeon tersebut dengan peralatan Tembaga Hijau dan bukan peralatan Perak Kelabu, perbezaannya umpama langit dan bumi! 

Maka, tidak kira betapa tinggi harga yang diletak oleh Zhang Yang, Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu sanggup menerimanya!

Zhang Yang cuba berlagak segan. "Kalau begitu… memandangkan kau bertegas, aku akan… jual sedikit kepada kau! Tetapi… harganya adalah… erhm…"

Lelaki Beradab yang Rendah Diri menyumpah-nyumpah Zhang Yang dalam hatinya. 'Bedebah! Kenapa hendak berlenggah-lengah?! Kau hanya mahu wang, bukan!? Ish!'

Walaupun dia mahu mengatakannnya dengan kuat, dia tidak akan bertindak sedemikian rupa. Dia menenangkan dirinya lalu berkata dengan berhati-hati.

"Berapa banyak botol yang kau ada sekarang?"

"100!"

Lelaki Beradab yang Rendah Diri mula membuat pengiraan. Dengan bantuan posyen berkenaan, pasukan persatuannya akan dapat menyerang dungeon itu tanpa menghadapi apa-apa masalah! Setakat ini, pasukannnya terdiri daripada pemain yang berada pada Tahap 22 dan dia akan mengambil masa 15 hari sebelum ahli pasukannya dapat mencapai Tahap 30. Itupun sekiranya mereka memerlukan dua hari untuk naik satu tahap.

Dungeon tersebut akan muncul semula setiap tiga hari dan itu bermaksud akan ada sekurang-kurangnya lima serangan. 100 botol kelihatan seperti jumlah yang tepat!

Kebetulan pula! Lelaki Beradab yang Rendah Diri tersenyum puas dan membalas Zhang Yang. "Ah. Begitu. Kalau begitu, aku mahu beli semua sekali!"

Hehehe… nombor 100 itu sebenarnya bukanlah nombor yang dipilih secara rawak kerana Zhang Yang telah menjangka Lelaki Beradab yang Rendah Diri akan membuat perkiraan sebegitu.

Dia cepat-cepat membalas, "Oh tak boleh begitu! Aku tak boleh jual semua sekali! Bahan tersebut sangat sukar untuk dikumpulkan. Jika aku jual semua kepada kau, apa pula akan terjadi di pihak aku sendiri nanti?!"

"Hehehe. Persatuan kau telahpun memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama! Kau tak perlu serang dungeon lagi, bukan?"

Perbualan itu senyap seketika. Zhang Yang menunggu lelaki itu mengambil langkah pertama.

"Aku akan bayar 10000 keping emas untuknya! 10000 keping emas! Macam mana dengan bayaran itu?"

"Erhm… 10000 keping emas itu hanya… maksud aku, wang bukan satu masalah… tapi, bahan tersebut memang sangat sukar untuk didapati!"

"Erhm.. 2. Bukan! 50000 keping emas!" Lelaki Beradab yang Rendah Diri mengetap giginya dengan sangat kuat sehinggakan sesiapa yang memandangnya boleh ternampak beberapa cebisan enamel giginya yang tertanggal.

"Hm… Kalau begitu, baiklah..." Zhang Yang berpura-pura menerima tawaran tersebut dengan hati yang berat. Namun, Zhang Yang sebenarnya tersenyum lebar.

Setakat ini, kadar pertukaran kepingan emas dengan matawang sebenar adalah 1:7, jadi 50000 keping emas akan memerlukannya berbelanja lebih kurang 300 ribu dolar! Zhang Yang secara jujurnya tidak begitu kisah dengan wang yang diperolehinya daripada jual beli kali ini. Ini disebabkan wang yang akan dia perolehi akan melebihi jumlah tersebut sebanyak berjuta kali ganda apabila lebih ramai pemain yang mula mengumpulkan bahan di dungeon untuk peralatan set pertama dalam permainan video ini!

Zhang Yang hanya mahu membalas perbuatannya kerana dia seorang yang sangat berpura-pura. Dia yang menamakan dirinya sebagai Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu sebenarnya seorang yang jahat.

"Baiklah. Aku akan menghantar baragan ini berserta bil bayarannya."

"Baik. Tolong cepat sedikit!"

Zhang Yang menyudahkan jual beli dengan Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu dan mula mencari nama lain lalu menghantar mesej peribadi kepada Pencari Salji.

"Ketua Persatuan Pencari Salji, berminatkah kau dengan barangan ini?" Dia menghantar penerangan barangan tersebut kepadanya.

Selepas beberapa ketika, dia membalas. "Aku pada asalnya tertanya-tanya bagaimana kau semua berjaya melepasi peringkat kelima Marzerway. Bila kau hantar penerangan ini, terjawablah persoalanku."

"Haha! Betul tekaan kau. Aku hanya bernasib baik! Jadi bagaimana? Mahukah kau membeli barangan ini sedikit?"

"Nyatakan harga kau!" Pencari Salji peka dan terus terang. Dia tidak cuba berdolak-dalih atau cuba membodek Zhang Yang.

"Sekeping syiling emas untuk setiap botol!"

Sekeping syiling emas untuk setiap botol merupakan harga yang sama seperti dalam kehidupannya yang lepas. Zhang Yang menawarkan harga tersebut kepadanya memandangkan dia tidak mahu mengambil peluang ke atas persatuan Pencari Salji. Memandangkan dia telah dapat menghiburkan dirinya dengan menyeksa sasaran sebenarnya tadi, dia akan dapat menyeksanya lebih lagi dengan menjual setiap botol pada harga sekeping syiling emas.

"Baik. Aku terima tawaran tersebut. Berapa banyak botol yang kau boleh jual?" Pencari Salji lebih berfikiran jauh berbanding Lelaki Beradab yang Rendah Diri. Pasukan peneroka sudah tentu akan memerlukan posyen tersebut untuk menyerang dungeon. Namun, terdapat pemain biasa dalam persatuan mereka yang boleh mengambil posyen tersebut untuk menyerang dalam Mod Sukar atau Mod Normal! Sesebuah persatuan hanya mempunyai beberapa orang pemain elit dan tidak semua pemain elit sama hebat. Persatuan yang hebat sebenarnya terbentuk dengan pemain biasa. Tanpa pemain biasa, bilangan pemain elit yang sedikit itu tidak akan dapat membentuk sesebuah persatuan yang kukuh!

"Seribu, 10 ribu, kau sebut sahaja! Aku ada banyak posyen ini!" Zhang Yang membalas.

"Hahaha! Nampaknya kita ada seorang jutawan di sini!" Pencari Salji telah menjangka harga pasaran satu hari nanti. Persatuan tertinggi hanya memerlukan posyen tersebut apabila mereka menyerang dalam Mod Paling Sukar, tetapi ramai pemain biasa yang boleh membeli posyen ini untuk menyerang dalam Mod Sukar atau Mod Normal! Ia sesuatu yang bernas untuk menggunakan posyen ini memandangkan ia dapat mengurangkan tahap kesukaran dungeon dan meningkatkan kadar kejayaan dalam menakluk dungeon tersebut!

Selain itu, barangan tersebut tidak terlalu mahal. Ia hanya berharga sekeping emas! Itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak tujuh dolar dalam dunia sebenar! Malah, sesiapapun akan mempunyai peluang untuk mendapatkan peralatan set!

'Ayuh, semua! Ini peralatan set! Peralatan set pertama dalam permain video ini! Kau gagal dapatkannya? Jadi, kau akan terkeluar!'

Tambahan pula, populasi permainan video ini kebanyakannya terdiri daripada pemain biasa! Terdapat hampir 40 juta orang pemain dalam permainan video ini! Bilangan pemain tersebut hampir berganda sejak pelayan tersebut dilancarkan! Istana Jed Putih sahaja telah dihuni 500 ribu orang pemain! Sekiranya setiap seorang pemain membeli sebotol posyen dari Zhang Yang, dia akan dapat mengumpulkan 500 ribu keping syiling emas!

Setiap kejayaan dalam serangan dungeon akan menggugurkan hanya enam buah peralatan set! Pasukan yang terdiri daripada 20 orang perlu melakukan serangan sebanyak 15 hingga 16 kali untuk memastikan semua pemain memperolehi peralatan set lengkap! Bagi pasukan itu mendapatkan posyen yang mencukupi, itu akan memerlukan mereka untuk membelanjakan paling kurang 80 juta keping syiling emas!

Ya Tuhan! Sekiranya Pencari Salji tidak menghitung kemungkinan tersebut, dia tidak akan mengetahui tuahnya itu! Sekiranya kadar itu turun ke kadar pertukaran 1:1 sekalipun, Zhang Yang tetap akan memperolehi paling kurang 80 juta dolar!

Namun begitu, itu hanya andaian Pencari Salji dan masih terdapat faktor lain yang akan mempengaruhi keadaan itu. Contohnya, terdapat faktor dalam tempoh yang diperlukan untuk menghasilkan posyen berkenaan. Terdapat had dalam bilangan posyen yang dapat Zhang Yang hasilkan.

"*Ahem* Jadi, aku akan hantar seribu botol [Posyen Anti Bayangan Pemula] kepada kau, tak begitu?"

"Ya! Aku akan buat bayaran melalui penghantaran. Terima kasih atas kerja keras kau, Ketua Persatuan Zhan Yu!"

"Terima kasih juga!"

"Itu sahaja!"

'Lelaki Beradab yang Rendah Diri, lelaki bedebah, aku akan pastikan kau meraung merana apabila kau dapat tahu yang kau telah diperdaya!'

Zhang Yang mencari satu lagi nama dan menghantar sebuah lagi mesej peribadi.

"Helo! Ketua Persatuan Pawang Langit! Adakah kau sibuk sekarang…?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C88
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous