Télécharger l’application
10.04% MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 86: Ganjaran daripada Kegagalan

Chapitre 86: Ganjaran daripada Kegagalan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Penyumbang utama kejayaan pasukan tersebut setakat ini ialah output kerosakan yang besar daripada lima pemainnya iaitu Zhang Yang, Drizzler, Ratusan Tembakan, Han Gemuk, dan Malam Dingin. Jumlah keseluruhan kerosakan yang dikenakan mereka lebih tinggi berbanding sepuluh penyumbang kerosakan yang lain!

Keupayaan pasukan tersebut terjamin selagi output kerosakan dahsyat terus dihasilkan oleh mereka berlima sebagai tunggak pasukan walaupun ahli kumpulan yang lain tidak begitu hebat. 

Si Salji umpama sebuah bendera dan mereka semua mengikutinya ke mana sahaja dia pergi dan itu memberi gambaran permainan "Helang menangkap anak ayam" yang membuatkan semua tertawa apabila mereka menyedarinya.

Peringkat ketiga Marzerway turut dianggap sukar kerana <Tembakan Api> dan <Hentakan Belakang> boleh mengurangkan 80% HP tank dengan serta-merta! Keempat-empat penyembuh pasukan tersebut mencuba sedaya-upaya untuk memulihkan HP Zhang Yang. Meskipun dia sedang menghadapi <Tembakan Api> dia masih mempunyai 100 HP jika dia diserang dengan apa-apa kombo!

Mereka berjaya terus mara ke peringkat keempat Marzerway disebabkan baki 100 HPnya itu!

"Roh Angin terunggul, bersatulah denganku dan musnahkan pendosa yang kotor ini!" Marzerway mengangkat tongkat saktinya dan mengaum seperti binatang buas.

Zhang Yang mula berkerut kerana dia tahu tahap kesukaran Marzerway tertumpu berat pada peringkat keempat dan kelima! Peringkat kelima sedikit mudah memandangkan Marzerway boleh ditewaskan dengan menggunakan [Posyen Anti Bayangan Pemula]. Maka, peringkat keempat merupakan peringkat yang paling sukar bagi mereka!

Mengelak <Bom Angin> dan memusnahkan <Awan Diseru> ialah ujian bagi keupayaan seseorang dalam bertarung. Namun, ujian tersebut mungkin akan memusnahkan pasukan itu!

"Semua penyerang jarak dekat, balik semula ke kedudukan jarak jauh dulu!" Zhang Yang mula menyusun semula taktik dan strategi serangan.

Bukit Besi, seorang Pencuri, Berserker, dan Pembela tank, bergerak semula ke kedudukan jarak jauh. 

"Roh Angin akan menyucikan roh kalian semua!" Marzerway menempik dengan kuat. Sepuluh belon putih terapung keluar daripada tubuhnya dan berpecah kepada beberapa arah.

"Ding! Marzerway telah menjampi <Bom Angin>!"

Zhang Yang dengan pantas mengikat dan menarik jauh Marzerway dan berkata: "Okey, penyerang jarak dekat, datang ke sini dan terus mengenakan kerosakan!"

Memandangkan mereka mempunyai penyerang jarak dekat yang ramai, mereka akan mudah terkena <Bom Angin> dan ia tidak perlu mengejar mereka jika mereka tidak berundur ke jarak jauh terlebih dahulu.

"Penyerang di kedudukan jarak jauh, berpecah dan jangan berdiri terlalu rapat!" Zhang Yang berteriak.

Sekiranganya mereka berkumpul di satu-satu tempat, <Bom Angin> akan terkumpul dan mengelilingi mereka lalu membentuk jaringan besar. <Bom Angin> tersebut akan mengecilkan ruang pergerakan pemain dan akhirnya akan memerangkap mereka ke sebuah sudut!

Nasib baik kelajuan <Bom Angin> itu tidak begitu laju dan itu memudahkan pemain untuk mengelaknya selagi mereka tidak terburu-buru dalam menyerang Marzerway.

"Manusia tak guna, aku akan musnahkan roh kalian menjadi cebisan!" Marzerway menempik dengan kuat lantas sebuah letusan angin putih dihalakan ke arah Zhang Yang.

'-1,524'.

Mulut Zhang Yang tergerenyet memandangkan <Tusukan Sonik> Marzerway itu sangat dahsyat!

Si Salji yang merupakan salah seorang penyembuh pasukan itu dengan segera memulihkan HP Zhang Yang sepenuhnya.

"Ratusan Tembakan, Han Gemuk, Sami Ingkar, adakah kau semua jelas tentang apa yang aku terangkan tadi?" Zhang Yang bertanya kepada pasukannya.

"Ya!" Mereka bertiga mengangguk serentak.

"Okey, Marzerway akan menjampi <Awan Diseru>. Kita semua akan berharap kepada kau untuk musnahkan <Awan Diseru> secepat mungkin!"

Selepas beberapa ketika, Marzerway menempik sekali lagi: "Kita akan berseronok!"

Setelah Marzerway menghayun tongkat saktinya, tiga <Awan Diseru> tiba-tiba muncul daripada jasadnya dan perlahan-perlahan terapung ke atas kepalanya.

"Ding! Marzerway telah menjampi <Awan Diseru>!"

"Semua pemain di kedudukan jarak jauh, aku sudah letakkan tanda pangkah pada raksasa itu!" Ratusan Tembakan berteriak sambil menandakan salah satu <Awan Diseru> tersebut dengan tanda pangkah pada masa yang sama. "Tembak ia!"

[Awan Diseru] (Elit)

Tahap: 1

HP: 10,000

Dungeon dengan 20 orang pemain sepasukan berbeza berbanding lima orang pemain sepasukan kerana bilangan <Awan Diseru> telah meningkat mendadak dan HPnya juga melonjak beberapa kali ganda!

Pasukan penyerang jarak jauh dengan pantas menukar sasaran mereka setelah mendengar arahan Ratusan Tembakan lalu menyerang hebat <Awan Diseru> yang ditanda dengan tanda pangkah. Sesiapa yang telah bertarung di Sayap Tengah dalam Mod Normal tahu betapa dahsyatnya kuasa <Awan Diseru>.

Pa! <Awan Diseru> pertama telah dimusnahkan.

Pa! Satu lagi <Awan Diseru> telah dimusnahkan!

Namun begitu, output kerosakan penyerang jarak jauh masih agak lemah. <Awan Diseru> yang ketiga masih mempunyai baki lebih kurang 4000 HP dan menyerang seorang pemain.

"Ding! Pemain Penangkap Ayam Bertangan Besi telah terkena <Awan Diseru>: Berbau busuk dan dipegun selama 10 saat!"

Tiba-tiba, semua <Bom Angin> menukar sasaran mereka dan menghala ke arah pemain yang dipegun tersebut.

"Semua, datang kepadaku!" Zhang Yang berteriak dengan kuat.

Semua orang selain pemain yang dipegun itu dengan segera mendekati kedudukan Zhang Yang.

"Pemulihan! Pulihkan aku sedaya upaya!" Zhang Yang menggunakan <Pencerobohan Vanguard> dan melindungi semua 19 pemain dalam penghadang pelindung.

'-1,200!'

'-120!'

'-120!'

'…'

'-1,920!'

<Bom Angin> pertama meletup dan menyebabkan 1,200 mata kerosakan kepada Penangkap Ayam Bertangan Besi. Mereka yang lain pula terselamat kerana berada di dalam penghadang pelindung tersebut yang membuatkan kerosakan dikenakan hanya sebanyak 10% dan pengurangan HP yang sangat sedikit! Namun begitu, Zhang Yang telah terkesan teruk dan HPnya hampir habis terus!

Zhang Yang dengan pantas menggunakan <Hadangan> dan menunggu jangka masa bagi penyaluran jampi pemulihan!

Satu lagi <Bom Angin> terkena pada Penangkap Ayam Bertangan Besi dan letusan itu menyebabkan nilai kerosakan sekali lagi memenuhi skrin.

'-1,200!'

'-120!'

'…'

Zhang Yang baru sahaja memulihkan HPnya kepada 1,500 apabila 1,920 nilai kerosakan daripada <Bom Angin> itu terkena padanya, lalu dia serta-merta terbunuh!

Pasukan itu sekali lagi terbunuh!

Ia sesuatu yang merbahaya jika <Pencerobohan Vanguard> digunakan tanpa <Tembok Perisai>!

Setelah mereka semua dihantar ke Tanah Perkuburan, Si Salji memikirkannya sejenak dan berkata: "Bolehkah kita bunuh orang yang terkena <Awan Diseru>? Jika begitu, <Bom Angin> tidak akan meletup!"

Zhang Yang tergamam lalu berkata: "Aku tak pernah terfikirkan itu sebelum ini!"

Malah, Zhang Yang tidak melalui banyak pengalaman di dungeon berperingkat rendah dalam Mod Paling Sukar. Semasa dia menyertai permainan video ini dalam kehidupannya yang lepas, 'Keajaiban Tuhan' telah beroperasi selama tiga tahun. Pada ketika itu, dia hanya melalui dungeon berperingkat rendah dalam Mod Sukar selagi peralatannya masih boleh digunakan untuk latihan. Dia berasa yang ia bukan satu keperluan baginya untuk melalui dungeon berperingkat rendah dalam Mod Paling Sukar melainkan ada seseorang yang mengetuainya. Apabila tahapnya meningkat, dia mula mengetuai pemain "pemula" melalui dungeon berperingkat rendah di mana dia langsung tidak perlu memikirkan apa-apa taktik dan strategi!

Cadangan Si Salji sangat bagus, tetapi mereka akan kehilangan ahli pasukan terutamanya penyerang jarak jauh mereka. Ini juga akhirnya akan menyebabkan kemusnahan <Awan Diseru> menjadi lebih perlahan! Kehilangan ahli pasukan sebegitu akan menjatuhkan pasukan tersebut akhirnya.

(Meskipun seseorang pemain dibunuh seorang pemain lain dalam dungeon, mereka tidak akan turun tahap!)

Zhang Yang memikirkannya buat seketika dan berkata: "Pertama sekali, kita mesti cuba sedaya upaya untuk memusnahkan semua <Awan Diseru> terlebih dahulu. Jika kita tidak mempunyai pilihan lain dan ia mengejar mana-mana pemain, jadi kita terpaksa serang pemain yang dipegun itu!"

"Ayuh, semua!"

Mereka bangkit semula dan memasuki dungeon sekali lagi lalu mengambil makanan ringan untuk memulihkan HP iaitu nilai nyawa mereka.

Zhang Yang mengeluarkan [Posyen Anti Bayangan Pemula] daripada inventorinya dan mengagihkan dua bekas kepada setiap pemain dalam pasukannya lalu berkata: "Simpan ini betul-betul dan minumnya serentak apabila aku beri arahan untuk minum, tapi jangan ambil posyen ini sebelum itu!"

Mereka semua tertanya-tanya, tetapi mereka tetap mengambil ubat tersebut dan menyimpannya dengan rapi.

Peringkat kelima merupakan peringkat terakhir di mana Marzerway hanya akan menjampi <Panahan Bayangan> dengan Kawasan Terkesan (AoE) tanpa apa-apa taktik yang lain. Ini bermaksud pasukan itu hanya perlu terus mengenakan kerosakan dan fokus kepada pemulihan.

"Ayuh kita mulakan!"

Pertarungan ketiga bermula sekali lagi.

Peringkat pertama berlalu dengan lancar.

Peringkat kedua sipi-sipi berjaya dilalui.

Peringkat ketiga dilalui dengan cemerlang.

Peringkat keempat yang merupakan peringkat paling sukar terus bermula!

"Kita akan berseronok!" Ucapan yang sama diperkatakan oleh Marzerway sambil ia menjampi tiga <Awan Diseru>.

"Semua pemain jarak jauh, fokus kepada raksasa yang ditanda dengan tanda palang!" Ratusan Tembakan menggalas sementara tugas pemberi arahan dan bekerjasama dengan Zhang Yang.

<Awan Diseru> yang pertama berjaya dimusnahkan… <Awan Diseru> kedua juga turut termusnah… <Awan Diseru> ketiga pula masih mempunyai 3,000 HP dan mengejar Bukit Besi dengan kelajuan tinggi dan menyebabkan dia dipegun.

"Bunuh dia!" Zhang Yang berteriak sambil menghayun dan menghunus pedangnya ke atas Pembela tersebut.

Meskipun Bukit Besi ialah seorang tank yang mempunyai baju perisai tebal berserta perisai, dia tidak mampu bertahan dengan output kerosakan yang dahsyat itu dan terbunuh selepas terkena dua hingga tiga serangan!

<Bom Angin> yang sedang meluru ke arahnya tadi serta-merta bergerak rambang setelah kehilangan sasaran. Mereka terapung di udara dengan perlahan-lahan dan mencari sasaran baru.

"Bagus!" Mereka semua berasa teruja dan bersorak seolah-olah mereka telah menewaskan Marzerway.

"Baik, mari kita terus serang Marzerway! <Awan Diseru> akan diseru setiap setengah minit, jadi, kita kena bergerak pantas dan cuba sedaya-upaya untuk mara ke peringkat kelima. Jika tidak, kita akan terus kehilangan ahli pasukan dan akan turut terbunuh!"

"Baik!"

38%, 36%, 34%... Marzerway menjampi <Awan Diseru> buat kali kedua.

Walaupun pasukan itu telah kehilangan seorang ahli pasukan, jumlah output kerosakan tidak terlalu terkesan memandangkan tank kedua itu tidak mempunyai bebanan yang terlalu tinggi!

<Awan Diseru> pertama telah dimusnahkan!

<Awan Diseru> kedua telah dimusnahkan!

<Awan Diseru> ketiga masih mempunyai 3,000 HP dan meluru ke arah Han Gemuk!

"Bunuh dia!"

Han Gemuk terbunuh.

32%, 30%, 29%... Marzerway menjampi tiga lagi <Awan Diseru>!

Output lerosakan kini semakin berkurangan setelah mereka kehilangan Han Gemuk. Selepas mereka memusnahkan <Awan Diseru> kedua, <Awan Diseru> ketiga telah mengejar Kejatuhan Bidadari dan menyebabkannya dipegun. Sebelum HP Kejatuhan Bidadari habis, Si Salji turut dipegun!

Pasukan tersebut dengan segera membunuh kedua-dua pemain itu dan menyebabkan kekuatan pasukan jatuh merundum dengan kehilangan penyembuh utama mereka itu. Bebanan penyembuhan meningkat mendadak sehingga penyembuh yang ada tidak mampu menanggungnya lagi!

Mereka hanya mampu mengurangkan HP Marzerway sebanyak 4% apabila Marzerway menjampi <Awan Diseru> buat kali keempat dan pasukan tersebut pada ketika itu telah tewas dan terus terbunuh.

"Si Salji, berlatih seperti dalam dungeon dengan serangan lima orang sepasukan. Kau juga tolong musnahkan <Awan Diseru> apabila <Awan Diseru> itu dijampi!" Zhang Yang mula menambah baik strategi mereka setelah mereka dihantar ke Tanah Perkuburan.

"Ceh, aku tak perlu tunggu arahan kau, aku sudah lama mula serang mereka!" Si Salji menunjukkan raut wajah angkuh ke arahnya.

Itu satu berita buruk!

"Tank noob, gunalah skrol itu!" Drizzler mencadangkan.

[Skrol Sakti: Menaikkan Semangat (Tahap 1)], meningkatkan 5% kerosakan yang dikenakan oleh pasukan dan berterusan selama 5 minit!

Dahi Zhang Yang berkerut. Selain daripada tujuan untuk berlatih, dia tidak mahu menggunakan skrol itu seawal ini. Namun begitu, dia telah memikirkan tentang ahli pasukan yang lain selain daripada lima ahli asal tersebut. Peralatan mereka yang lain masih belum hebat dan mereka perlu mengenakan kerosakan tambahan. Satu-satunya cara ialah dengan menggunakan kuasa luaran!

"Baik, aku akan gunakan skrol itu apabila kita masuk peringkat keempat! Ketiga-tiga Pemburu mesti berjaga-jaga. Apabila kita masuk peringkat keempat, Pemburu kena guna serangan normal dan kekalkan Mata Fokus dan tempoh bertenang kemahiran bagi menghadapi <Awan Diseru>! <Awan Diseru> dijampi setiap 30 saat dan selepas kita musnahkan mereka dalam setiap pusingan, Pemburu boleh serang Marzerway selama 20 saat. Selepas itu, Pemburu perlu kekalkan Mata Fokus dan tempoh bertenang kemahiran sekali lagi dan tunggu <Awan Diseru> seterusnya!"

"Faham!"

"Baik, kita teruskan!"

Mereka bangkit semula, memasuki dungeon, lalu memakan makanan ringan bagi penyembuhan HP sekali lagi. Selepas beberapa kali tewas, kebanyakan ahli pasukan mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada kuasa utama semata-mata, sebaliknya mereka mula berusaha sedaya upaya semasa pertarungan kerana mereka berasa lemah, kecewa, dan marah. Selain keinginan yang sama antara ahli pasukan itu untuk menewaskan Marzerway, semangat bertarung mereka meningkat sekali lagi dan kesepakatan pasukan tersebut menjadi lebih kuat!

Zhang Yang menganggap itu sebagai sebuah berita baik.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C86
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous