Télécharger l’application
6.84% Penyihir Dunia Magus / Chapter 68: Kembali ke Bandar Extreme Night

Chapitre 68: Kembali ke Bandar Extreme Night

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Zat kehidupan Ular Mankestre ada pada matanya, dan nampaknya ular besar ini hampir mati!"

Murphy berkata dengan muram sambil memandang ular besar yang sedang di ambang maut itu.

"Bersikap optimisla sahabatku!" Leylin tidak mampu berkata apa-apa lagi untuk memujuk Murphy.

Lagipun jumlah kematian kali ini terlampau ramai. Daripada satu angkatan dengan kira-kira 30 orang ahli, angkatan Pengawal Besi Hitam telah dihapuskan sepenuhnya dan Murphy satu-satunya pembantu paderi yang masih hidup.

Lebih-lebih lagi, tuan bandar dan Satria Agung, Viscount Jackson, mengalami kecederaan yang teruk pada ketika ini. Nyawanya berada dalam bahaya.

Dan punca semua yang berlaku ialah Ular Mankestre yang besar ini!

"Tuan Bandar? Betul, Leylin! Cepat pergi periksa Jackson!" Murphy menepuk dahinya,

"Awak baru sahaja teringatkan dia?" Leylin agak tergamam, dan berjalan mengelilingi bangkai ular besar itu, menuju ke bahagian sebelah lagi.

Viscount Jackson terbaring terlentang dan dadanya terbenam. Kesan darah mengalir dari sudut bibirnya, dan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Leylin memeriksa tubuhnya dengan segera. "3 tulang rusuk patah dan kesemua tulang lengan dan kaki juga patah. Tidak ada kecederaan lain. Dengan kecergasan seorang Satria Agung, dia akan kembali sedar dalam masa beberapa jam.

"Bagus! Ini satu-satunya berita baik yang saya dengar sepanjang hari ini!"

Murphy berjalan ke arah ular besar yang tidak bernyawa itu dan berkata, "Nampaknya ular Mankestre ini masih belum lagi membesar ke peringkat dewasa. Kalau ini seekor ular besar dewasa, besar kemungkinannya kandungan air di dalam badan kita ini sudah kering dihisap sebaik kita masuk ke dalam gua ini!"

Kepala ular Mankestre besar itu terjatuh ke bawah. Sepasang mutiara berbentuk seperti mata telah ditusuk oleh batang kayu piramid, dan suatu cecair yang mempesonakan mengalir keluar dari dalam mutiara itu.

"Walau bagaimanapun, bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada ular besar ini akan bernilai beribu-ribu kristal ajaib!"

Murphy membelai sisik ular besar itu yang berwarna kuning coklat sambil bercakap dengan dirinya sendiri.

Tiba-tiba, mata ular Mankestre itu terbuka sebelah! Mata ular itu yang penuh dengan kebencian memandang ke arah Murphy. Ular itu membuka rahangnya dan giginya yang tajam sedang mencuba untuk mematahkan badan Murphy menjadi dua bahagian.

Ular besar ini belum benar-benar mati!

Sebelum ini, ular Mankestre itu telah telah berpura-pura mati. Sekarang ular itu mula mendedahkan taringnya yang tajam dan cuba untuk membunuh manusia yang menjijikkan ini.

Berdepan serangan seperti ini, Murphy langsung tidak mempunyai perlindungan. Dia hanya berdiri terpegun tanpa bergerak.

"Hati-hati!"

Sebaik sahaja taring berwarna putih salji itu hampir terkena Murphy, satu rantai perak muncul, membelit pinggang Murphy dan kemudian menariknya keluar dari bahaya.

Sebatang anak panah berwarna hitam menusuk sebelah lagi mata ular itu, dan ular Mankestre itu menggeliang-geliut kesakitan sebelum akhirnya berhenti bergerak.

*Huff! Huff! Huff!*

Murphy tercungap-cungap dengan kuat, "Ley… Leylin, terima kasih! Saya terhutang nyawa dengan awak!"

"Tiada masalah! Awak juga pernah memberikan sokongan pada saya dulu, bukan?" Leylin senyum sambil memandang ular besar itu sehinggalah terdengar suara Cip A.I. [Tiada lagi tanda kehidupan pada sasaran.]. Selepas itu barulah dia melepaskan keluhan lega.

Di bawah sistem pengesanan Cip A.I., walaupun tiada pergerakan tenaga daripada ular besar tadi, tetapi masih ada lagi tindak balas haba.

Sudah tentulah kebanyakan makhluk mengambil masa yang lama untuk kehilangan tanda haba sepenuhnya selepas mati.

Namun disebabkan itulah Leylin lebih berwaspada. Sama ada secara sengaja atau tidak, dia menyebabkan Murphy tampil ke depan dan akhirnya mengesahkan kematian ular besar itu.

"Sayangnya! Kalau ular Mankestre ini mati dulu sebelum dipanah tadi, sebelah lagi matanya pasti bernilai lebih 1000 kristal ajaib. Tetapi sekarang nilai keseluruhan bangkai ini telah berkurangan dengan banyak,"

Leylin kelihatan tidak berdaya sewaktu dia memandang Murphy yang berada di sisinya.

"Mengenai serangan tadi, kamu tidak mengelak langsung. Itu membuatkan saya terkejut!"

Pipi Murphy bertukar kemerah-merahan, "Selepas mengguna rune belenggu, kekuatan rohani dan kuasa sihir saya akan menjadi sangat lemah. Dalam tempoh waktu ini, saya hanyalah seperti seorang tua biasa di tepi jalan…"

Mengenai Leylin yang telah menyelamatkannya tadi, boleh dikatakan Murphy amat mempercayainya dan sanggup berkongsi rahsia sebegini dengannya.

"Baik! Mari cepat kumpul bahan-bahan dari ular Mankestre ini, kemudian pulang ke Bandar Extreme Night!"

Leylin meneliti tempat kejadian itu yang dalam keadaan huru-hara. Leylin dan mereka bertiga tidak mempunyai sebarang cara untuk mengalih mayat-mayat yang ada di atas tanah itu. Jadi mereka hanya boleh pulang ke Bandar Extreme Night dan mendapatkan bantuan orang lain untuk membawa pulang mayat-mayat tersebut.

Dengan kematian ular Mankestre besar itu, kawasan ini tidak akan lagi membawa sebarang ancaman pada masa akan datang.

"Haha… Leylin, kali ini awak paling banyak memberi sumbangan. Jadi kamu dibenarkan untuk mengumpul bahan-bahan terbaik!" Murphy tersenyum.

Berkenaan perkara ini, Leylin tidak mempunyai niat untuk membunuh Murphy dan menuntut semua kutipan untuk dirinya sendiri.

Murphy telah membantu dia tadi. Selain itu, Murphy dan dia sahaja pembantu paderi yang tinggal sekarang. Jadi dia pasti akan memonopoli sebahagian besar daripada bahan-bahan tersebut tanpa perlu mengambil risiko dan membunuh orang.

Daripada keseluruhan ular Mankestre itu, bahan yang paling bernilai ialah matanya. Bahan-bahan lain hanya akan menambah sebanyak 1000 hingga 2000 kristal ajaib sahaja. Jumlah yang tidak mencukupi untuk menarik minat Leylin.

Jikalah sekarang ini ada bahan-bahan yang jarang ditemui bernilai berpuluh-puluh ribu kristal ajaib, mungkin juga Leylin ada niat yang buruk.

"Sisik yang agak baik, bergabung dengan kulit ular itu, harus dapat menghasilkan banyak set perisai lembut." Leylin melangkah ke depan dan mengeluarkan bilah pedang salibnya, sebelum membedah ular besar itu. Murphy juga memberi bantuan dari sisinya.

Selepas sibuk seketika, Leylin dan Murphy telahpun mengumpul bahan-bahan yang lebih bernilai daripada ular besar itu. Baki bahan-bahan itu hanya dapat dipindahkan dengan bantuan dari istana tuan bandar.

...

*Gu Lu Lu* Bunyi putaran roda kereta kuda terdengar berterusan, dan Viscount Jackson membuka matanya.

"Saya masih… hidup lagi?" Dia terlihat langit yang berkilauan dengan cahaya bintang dan merasakan badannya bergerak mengikut rentak pergerakan kereta kuda.

Viscount Jackson mendapati dadanya telah dibalut, dan perasaan lega telah menghilangkan kesakitannya. Ini menunjukkan proses penyembuhan itu sangat profesional.

"Siapa yang telah selamatkan saya?" Viscount Jackson berasa ragu-ragu dan dia cuba sedaya-upaya untuk berfikir dengan lebih jelas.

"Tuan bandar! Awak akhirnya sudah sedar!" Wajah dengan janggut dan kening yang sudah beruban muncul di hadapan Viscount Jackson.

"Bagaimana? Memori awak masih baik?" Murphy menggoyang-goyangkan jarinya di hadapan Viscount Jackson.

"Adakah awak yang menyelamatkan saya? Bagaimana keadaan mereka yang lain?" Viscount Jackson bersuara dengan susah payah, suaranya garau.

"Bukan saya, tetapi Leylin yang menyelamatkan awak!" Murphy menunjuk ke arah Leylin yang sedang memandu. "Kita bertiga sahaja yang terselamat… Selepas keluar dari hutan itu, saya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kereta kuda yang besar…"

"Mereka semua sudah mati?" Viscount Jackson memalingkan mukanya dan hatinya merasakan kesedihan yang tidak dapat dijelaskan.

"Tuan Viscount! Nampaknya kamu sudah tak apa-apa sekarang!" Leylin menoleh ke belakang, dan melontarkan satu botol hijau berisi posyen. "Ini posyen penyembuhan, saya harap ia berguna untuk Tuan!"

Murphy menangkap botol itu, dan menyuapkan posyen pada Viscount Jackson.

Selepas minum posyen itu, Viscount Jackson hanya merasakan gelombang panas meluap-luap ke seluruh tubuh badannya dan akhirnya mendapatkan semula sedikit tenaga.

"Apabila kita kembali, saya pasti akan membalas kemurahan hati dan rahmat Leylin kerana menyelamatkan nyawa saya!"

"Kalau boleh, sila berikan saya kesemua Daun Hove Violet yang ada di dalam istana. Itu akan menjadi balasan yang terbaik!" Leylin mengemukakan permintaannya tanpa teragak-agak.

"Sudah tentu boleh!" Jackson terkejut, sebelum segera bersetuju.

Kereta kuda itu terus bergerak dan bayangan Bandar Extreme City beransur-ansur muncul.

Beberapa orang askar masih menjaga pos pengawal, meneliti orang ramai yang sedang keluar masuk.

...

Jackson melihat pemandangan di kejauhan itu dan air matanya mula mengalir.

Pasukan pengintip istana tuan bandar telah dimusnahkan sepenuhnya. Berita yang Viscount Jackson, seorang Satria Agung, mengalami kecederaan teruk juga telah tersebar serta-merta menyebabkan Bandar Extreme Night tergempar.

Walaupun selepas dua hari, berita itu masih belum lagi reda. Sebaliknya, berita itu tersebar ke seluruh kawasan itu.

Sebagai tuan Bandar Extreme City, Viscount Jackson sentiasa menggunakan kedudukannya sebagai seorang Satria Agung untuk menindas banyak pihak gelap. Walau bagaimanapun dengan tersebarnya berita tentang kecederaannya, beberapa masalah muncul di bandar itu.

Pada waktu ini, kekuatan istana bandar itu semakin lemah, lagipun beberapa pembantu paderi yang mesra dengan Viscount Jackson telah mati. Jackson yang masih dalam keadaan sedih perlu menghadapi perkara-perkara sebegini, dan berasa agak tertekan dengannya.

Leylin yang tinggal di dalam vila di luar bandar juga ada terdengar tentang berita-berita itu.

Namun sejak dia pulang daripada pengembaraan itu, dia mengurung dirinya dalam makmal eksperimen. Malah dia juga telah juga menolak banyak jemputan daripada tuan bandar istana dan pihak-pihak lain.

Di bawah cahaya yang terang, mata Leylin merenung tepat pada satu piring petri.

Di atas permukaan piring petri itu terdapat sekeping kecil daging merah yang membengkak secara berterusan. Banyak tentakel tumbuh dari daging ini.

Leylin mengambil satu pipet, dan menitikkan posyen berwarna kuning ke atas ketulan daging itu.

*Sssii!* Daging itu mencair dan bertukar menjadi lopak merah terang dengan cecair darah kekuningan.

"Saya telah berjaya membersihkan esen darah asal ular besar itu!" Leylin memandang piring petri itu seolah-olah melihat khazanah yang paling berharga di dalam dunia ini.

"Cip A. I.! Imbas komposisinya!"

(Beep! Misi ditubuhkan, pengimbasan sedang dalam proses…)

(Senarai gen telah dijanakan dan dibandingkan dengan pangkalan data)

"99.8%..."

(Beep! Persamaan esen darah dengan ular sawa besar biasa: 99.8%! Disahkan sebagai esen darah ular-ular sawa besar yang asal! Selepas pembentukan semula di peringkat lanjutan, terdapat jenis gen-gen yang baru…)

Cip A.I. melaporkan kesimpulannya secara berterusan, dan turut menayangkan senarai gen di depan mata Leylin.

Melalui imej berwarna-warni itu, esen darah ular Mankestre yang Leylin lihat tadi sebenarnya sama dengan ular sawa besar biasa.

"Betul! Ular sawa besar ini hasil eksperimen ahli-ahli sihir!" Leylin menganggukkan kepalanya. Dia masih ingat dengan jelas semasa Cip A. I. telah habis mengimbas ular sawa besar itu, perkataan separuh-dewasa telah ditambah pada nama ular itu.

Tetapi kalau tidak kerana ketepatan Cip A. I. yang mencecah ke tahap atom, Leylin tidak akan berjaya membongkar rahsia di sebalik ular itu. Ahli-ahli sihir yang lain juga tidak akan menyedari perbezaannya.

"Dua hari lagi dan kawasan itu akan menjadi tenang kembali!"

Leylin memaklumkan kepada pengikutnya yang dia akan menjalankan eksperimen yang panjang tempoh masanya dan mereka tidak boleh mengganggunya dengan apa-apa jua perkara. Dia kemudian meninggalkan vila itu secara senyap.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C68
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous