Jika pada hari yang lain, Huo Mian pasti akan mengatakan 'tak apa, terima kasih', Namun, setelah berasa tertekan sepanjang hari, dia memang merasakan dia mahu minum.
Oleh itu dia berkata, "Kalau saya minum dengan kamu dan ada orang tangkap gambar kita, kamu tak rasa saya akan ada lebih banyak masalah?"
"Kalau kamu tak takut dengan skandal bersama Su Yu, kenapa kamu nak takut minum dengan saya?" Huo Siqian ketawa.
…
Mendengarkan kata-kata Huo Siqian, Huo Mian sebenarnya merasakan kata-kata lelaki itu memang benar…
"Baiklah, kamu nak jumpa dekat mana?"
"Bar Bandar Lama dekat Jalang Sifang. Saya tunggu kamu di sana." Kemudian, Huo Siqian mematikan panggilan.
Huo Mian bangun dan menyarung jaket.
"Kamu nak keluar?" Keliru, Yang Meirong bertanya.
"Mak, saya minta maaf, saya tak boleh makan malam sekarang. Saya nak keluar, tapi saya tidur sini malam ni. Jangan kunci pintu."