Huo Mian terkedu…
Namun, dia masih bertanya dengan sopan, "Berapa banyak yang kamu nak?"
"Seratus ribu… boleh?"
"Kenapa kamu perlukan sebanyak tu?" Seratus ribu bukanlah jumlah yang besar untuk Huo Mian tetapi dia mahu tahu apa yang Ning Zhiyuan mahu lakukan dengan wang itu.
"Ah… saya nak buka farmasi dan kerja sendiri. Saya tak nak kerja di bawah orang lain. Susahhlah bila dikawal."
"Seratus ribu tak cukup untuk buka farmasi. Kamu perlukan sekurang-kurangnya tiga atau lima ratus ribu untuk buka satu farmasi."
"Ah… saya bekerja dengan orang lain… orang tu dah labur dua ratus ribu dan saya nak labur seratus ribu." Ning Zhiyuan menukar cerita lagi.
"Dekat mana farmasi ni? Berapa sewa tahunan? Dah ada lesen penuh? Siapa wakil guaman?"
Huo Mian bertanya beberapa soalan dalam satu masa…
Ning Zhiyuan dikerumuni soalan. Huo Mian merupakan Virgo yang klasik dan dia memang teliti.