Su Yu meletakkan gelas koktelnya perlahan-lahan. "Masuk campur? Kenapa kita perlu masuk campur?"
"Tuan, bukankah Tuan rancang untuk biarkan mereka…"
"Rancangan saya tak termasuk perempuan tu." Su Yu tersenyum lembut.
An tiba-tiba tersedar. "Tuan, maksudnya Tuan nak ambil peluang ni dan tinggalkan dia?"
"Zaman kegemilangannya dan berlalu. Lagipun, dia tak pernah duduk diam dan sentiasa isi syarikat ni dengan asap dan pergaduhannya bersama selebriti lain. Saya akan lepaskan dia dengan peluang ni. Orang macam dia akan buat kecoh ke mana saja dia pergi."
"Tuan, Tuan memang dah fikirkan segala-galanya. Macam mana dengan yang lain?"
"Berapa hari lagi Filem dan Televisyen GK akan diumumkan kepada orang ramai?"
"Dua hari lagi."
"Oh, bagus. Biar mereka ikut rancangan mereka."
"Okey." An mengangguk dan keluar dari pejabat Su Yu.
Su Yu meyilangkan kaki dan bersandar di kerusi eksekutif mewahnya.