Lin Mingyu tersenyum mengejek. Kemudian, dia menopang dagunya dengan kedua-dua tangannya lalu merenung mata Huo Mian dan berkata, "Kamu tahu kerja yang dilakukan oleh pegawai forensik, kan? Mula-mula, kami jalankan ujian kimia dan biologi pada bahan tertentu yang diasingkan. Kemudian, kami jalankan ujian perubatan klinikal yang mana menggunakan pengetahuan klinikal untuk memeriksa dan mengesan biologi dalam bahan yang diberikan, serta patologinya. Ini akan membenarkan kami untuk menyelesaikan tanggungjawab dalam kejadian perubatan, menghalang penyebaran virus dalam situasi biobahaya, dan lain lain. Ada tiga kategori utama dalam kaedah penyiasatan semasa proses ini berdasarkan kimia, bilogi dan fizik. Teknik mana yang termasuk dalam setiap kategori ini? Sudah tentu, kamu tidak perlu namakan semuanya. Saya akan biarkan kamu berjaya kalau kamu sebut beberapa nama yang penting sahaja."