"Reaksi jenis apakah itu? Jangan cakap yang kamu berdua belum…buat benda itu lagi." Kata Zhu Lingling yang kelihatan terkedu.
"Mestilah tidak. Kami tidur dalam bilik yang berasingan."
"Apa? Bilik berasingan? Jadi, apa guna kamu berkahwin?" Zhu Lingling bertanya dengan sedikit menghina.
"Hanya sebab kami berkahwin, itu tidak bermakna yang kami perlu tidur bersama. Kamu pun tahu yang saya bersetuju untuk berkahwin dengannya supaya Zhixin boleh dibedah."
"Tapi kamu berdua suami isteri sekarang. Itu kenyataannya."
Huo Mian hanya diam dengan riak wajahnya yang kelihatan sayu.
Dia tidak menyangka keadaan akan berubah seperti ini. Dia sudah tidak ada idea bagaimana dia dan Qin Chu akan hidup bersama selepas ini.