Télécharger l’application
5.27% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 67: Bangga

Chapitre 67: Bangga

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Apabila Huo Mian melihat baki akaunnya, dia terkejut…

Dia mengira bilangan angka kosong dengan berhati-hati. "Sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu, juta?"

Tepat sekali. Dicampurkan dengan 800 yuan yang Huo Mian miliki sebelum ini, dia kini mempunyai 1,000,800 sebagai jumlah keseluruhan.

Jadi, adakah ini bermakna yang gaji bulanan Qin Chu ialah satu juta yuan?

Sebenarnya, satu juta bukanlah jumlah yang besar bagi Qin Chu. Dalam anggaran kasar, Syarikat GK mempunyai sekurang-kurangnya satu dozen bilion dalam bentuk aset.

Satu juta yuan hanyalah proses bulanan yang dilakukan oleh Jabatan Kewangan untuk melambangkan bayaran gaji Presiden.

Namun, satu juta yuan merupakan angka yang amat besar bagi Huo Mian.

Adakah ini bermaksud dia boleh menikmati kehidupan yang bebas dan riang kini? Adakah dia berkahwin dengan kekayaan?

Sambil berbaring di atas sofa, Huo Mian merasakan bagaikan tidak berpijak di bumi nyata apabila dia mengamati kondominium mewah itu, sijil pemilikan, sijil pernikahan dan baki akaun banknya.

Ia mengambil masa selama tiga puluh minit bagi Qin Chu memandu dari Taman Diraja ke Rumah Manor Pinggiran Bukit.

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 7 malam apabila dia tiba.

Selepas meletakkan keretanya, Qin Chu perasan akan kehadiran beberapa kereta lain di kawasan tempat letak kereta itu. Ada sebuah Bentley, Maserati dan Porsche 918.

Nampaknya, keluarga Qin mempunyai tetamu.

Qin Chu membuka pintu rumah dengan kuncinya dan langsung tidak terkejut melihatkan ruang tamu itu dipenuhi orang ramai.

"Chu, kamu sudah pulang. Tepat pada masanya untuk makan malam. Kami menunggu kamu dari tadi."

"Saya tidak akan makan malam." Kata Qin Chu sambil melewati orang ramai untuk naik ke tingkat atas.

Dia hanya pulang untuk mengambil beberapa barang. Kemudian, dia akan berpindah keluar secara rasmi.

Namun, ibu bapa Qin Chu nampaknya tidak tahu yang anak lelaki mereka akan berpindah keluar.

Mereka menjemput beberapa orang rakan, termasuk dua gadis muda yang kelihatan seperti sosialit yang dimanjakan dan diberi muka.

Apabila Qin Chu berjalan menuruni tangga itu, dia membawa sebuah beg kertas yang mengandungi barang-barang peribadinya.

"Chu, mari Mak kenalkan kamu. Ini anak perempuan Mak Cik Liu. Dia anak perempuan kepada Presiden Syarikat Langkah Bayu, Gao Meina. Oh, dan dia pula Zhao Yihuan daripada keluarga Pak Cik Zhao, anak kepada Presiden Syarikat Kerjasama Media Shengqi. Kedua-dua mereka…"

"Mak, saya masih ada kerja yang perlu dilakukan. Jadi, saya akan beredar sekarang. Oh, dan saya sangat sibuk dengan kerja kebelakangan ini. Jadi, saya tidak akan tinggal di rumah lagi. Saya sudah beli sebuah kondominium. Jika Mak perlukan apa-apa, telefon sahaja saya."

Selepas bercakap, Qin Chu terus beredar…

"Chu…" Puan Qin yang tergamam memanggil anaknya beberapa kali, tapi sia-sia sahaja.

Qin Yumin pula ke luar negara baru-baru ini untuk melawat Switzerland dengan beberapa orang temannya. Emak Qin Chu mengambil peluang itu untuk menjemput beberapa orang wanita yang dia sering luangkan masa untuk minum tengah hari bersama-sama datang melawatnya di rumah dengan anak perempuan masing-masing. Dia mahu mencipta peluang berkenal-kenalan untuk anak lelakinya, tetapi Qin Chu langsung tidak membenarkannya. Sebaliknya, anaknya itu terus mengumumkan yang dia akan berpindah keluar.

"Anak kamu kelihatan sangat sibuk, haha." Salah seorang wanita itu berkata dengan kekok, berusaha untuk membetulkan situasi.

Puan Qin ketawa dan berkata, "Jangan kisahkan pasal dia. Dia baru sahaja pulang dan sejak dia menjadi Presiden GK, dia sentiasa sibuk. Malah, dia jarang sekali makan malam bersama kami."

"Tidak apa. Anak muda hari ini semuanya gila kerja. Sibuk itu bagus." Seorang wanita lain pula tergelak kecil.

"Mak Cik Qin, Qin Chu sangat kacak! Memang menepati citarasa saya!" anak perempuan Keluarga Gao tersipu-sipu malu.

"Qin Chu kelihatan begitu bangga, tetapi saya sukakannya." Gadis yang lain pula memberi komen dengan puas hati.

Puan Qin ketawa ringan dan berkata, "Hmmm, lain kali saya akan jemput dia untuk makan malam bersama kamu. Keadaan di syarikat pasti sangat sibuk memandangkan dia sering bekerja lebih masa."

Qin Chu memandu terus ke kondominium barunya di Taman Diraja. Apabila dia membuka pintu itu, dia melihat Huo Mian tertidur di atas sofa.

Gadis itu memakai baju-T dan seluar dengan potongan rendah. Buku lalinya yang putih melepak terdedah, kelihatan begitu comel dan memikat.

Qin Chu menanggalkan blazernya tanpa berkata apa-apa untuk menyelimutkan Huo Mian.

Huo Mian pasti terlampau penat kerana dia langsung tidak perasan apabila blazer itu diletakkan pada tubuhnya.

Sehinggalah bauan manis dan harum menyapa hidungnya dan merangsangnya untuk memberi tindak balas.

Bau seperti roti bakar.

Dia sudah meluangkan masa sepanjang tengah hari itu untuk berkemas di pangsapuri sewaannya dan tidak berkesempatan untuk memasak. Dia sangat penat.

Huo Mian bangun perlahan-lahan dan sebaik sahaja matanya terbuka, dia melihat sinaran cahaya terang daripada candelier.

Pada ketika itulah dia sedar dia tidak lagi berada di pangsapuri lamanya, tetapi di rumah baru dia dan Qin Chu.

"Kamu sudah bangun?" Qin Chu bertanya dengan lembut sambil merenungnya dengan penuh kasih.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C67
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous