Télécharger l’application
4.56% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 58: Pampasan

Chapitre 58: Pampasan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Huo Mian menggelengkan kepalanya. "Tidak. Saya hanya mahu berikan Mak saya sedikit masa. Lagi pun, kesihatannya tidak begitu baik. Saya bimbang jika dia tidak dapat menangani hal ini."

Qin Chu merenung lama pada mata Huo Mian dan akhirnya tewas dengan keikhlasan yang jelas terpancar.

"Baiklah kalau begitu. Kita akan buat ikut cara kamu."

Kemudian, Qin Chu bangun untuk beredar…

"Kamu mahu ke mana?"

"Balik ke syarikat." Sambil bercakap, Qin Chu menanggalkan seragam pembedahannya dan mula melangkah keluar.

"Apa kata kamu balik ke sana selepas makan sesuatu? Ada kafetaria kakitangan di tingkat bawah." Huo Mian segera menyesali kata-katanya. Mana mungkin seseorang seperti Qin Chu mahu makan di kafetaria kakitangan?

"Tidak, saya tak apa-apa."

Seperti yang dijangkakan, dia menolak…

Sebaik sahaja dia sampai di muka pintu, Qin Chu berpusing seolah-olah dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. Dia mengambil cawan berisi air suam itu dan meneguk habis air itu.

"Boleh tahan sedap rasanya." Sekali lagi, Qin Chu berpusing untuk beredar pergi…

Huo Mian berdiri tercengang-cengang. Sesedap manakah rasa secawan air?

Apabila Qin Chu pulang ke GK, dia disambut dengan Pembantu Yang yang menggelabah.

Presiden menghilangkan diri selama lima jam. Dengan telefon bimbitnya yang dimatikan, tiada urusan – kecil atau besar yang dapat dibincangkan dengannya.

Ini membuatkan Pembantu Yang meminta arahan daripada Pengurusi Lembaga tersebut. Hasilnya, Pengerusi bertindak balas dengan keterlaluan dan mengarahkan semua orang mencari Presiden.

Malah, mereka hampir menghubungi pihak polis…

"Encik Qin, Encik akhirnya pulang." Pembantu Yang kelihatan sengsara.

"Apa yang berlaku?"

"Ada satu dokumen penting yang memerlukan tandatangan Encik. Tetapi, telefon Encik dimatikan. Akhirnya, saya menghubungi Pengerusi dan dia menguruskan situasi itu. Tetapi…"

"Teruskan."

"Pengerusi bimbangkan keselamatan Encik. Ramai orang daripada syarikat kita keluar mencari kereta Encik di seluruh bandar ini. Mereka menyangkakan Encik terlibat dalam kemalangan. Encik Qin, ke mana Encik pergi?"

"Adakah saya perlu memberitahu kamu tentang keberadaan saya?" Qin Chu memandang sekilas pada Pembantu Yang dengan dingin.

"Bukan, bukan itu yang saya maksudkan. Saya hanya bimbangkan keselamatan Encik. Tambahan pula, terlampau banyak perkara yang perlu diuruskan di syarikat. Saya tidak dapat menguruskan semuanya jika Encik menghilang selama lima jam."

"Jika menjadi pembantu di GK merupakan sesuatu yang mudah, patutkah saya membayar gaji kamu sebanyak 30,000 yuan sebulan?" Qin Chu bertanya.

Pembantu Yang segera kehilangan kata-kata…

Tapi, memang ada kebenaran pada kata-kata Qin Chu. Bukankah ia merupakan tanggungjawab pembantu untuk menguruskan berbagai-bagai tugasan untuk Presiden?

"Encik Qin, dokumen-dokumen ini memerlukan tandatangan Encik. Sila semak mereka."

"Baik." Qin Chu mengangguk. Dia kelihatan penat.

"Encik Qin. Encik tidak kelihatan begitu baik."

"Tuangkan saya segelas air." Qin Chu memberi arahan.

"Sudah tentu."

Pembantu Yang meletakkan secawan air suam di atas meja itu dengan berhati-hati…

Sambil memerhatikan timbunan fail yang tinggi, Qin Chu menghirup sedikit air daripada cawan itu.

Keningnya berkerut…

"Apa yang tidak kena Encik Qin? Adakah air itu terlalu sejuk?"

"Kenapa ia tiada rasa?" Sambil mengangkat kepalanya, Qin Chu bertanya dengan serius.

Soalannya mengejutkan Pembantu Yang dan menyebabkan lelaki itu tergagap-gagap memberi penerangan. "Ia bukan kopi atau teh. Itu hanya air kosong. Bukankah memang sepatutnya ia tiada rasa?"

"Tetapi yang saya baru minum tadi terasa sedap."

"Emm. Encik Qin, di mana kamu minum air itu? Saya boleh periksa jenamanya nanti?"

Qin Chu diam, menyibukkan dirinya dengan kerja sekali lagi.

Jing Zhixin kekal berada dalam keadaaan yang baik selepas pembedahannya. Huo Mian memberitahu berita gembira itu kepada emaknya. Meskipun wanita itu masih bersedih, maklumat baru itu memberikannya sebab untuk bertenang.

Selepas itu, Huo Mian berjalan untuk melaporkan perkara itu kepada Ketua Jururawat di Jabatan OB/GYN tetapi dia diberhentikan oleh seorang wanita pertengahan usia yang tidak dikenalinya.

"Adakah kamu kakak Jing Zhixin?"

"Kamu siapa ya?"

"Saya emak kepada salah seorang mangsa kemalangan kereta itu. Anak lelaki saya juga cedera parah. Kakinya patah."

"Adakah kamu perlukan apa-apa daripada saya?" Huo Mian bertanya sambil memandang wajah yang tidak dikenalinya.

"Adakah kamu berpuas hati dengan pampasan mereka? Adakah kamu bersetuju untuk menyelesaikan hal ini secara peribadi?"

"Pampasan? Selesaikan secara peribadi?" Huo Mian keliru kerana tiada orang yang pernah bercakap dengannya mengenai sebarang pampasan.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C58
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous