"Kalian mahu kehidupan abadi?"
"Kalian layak mengingkari Syurga dan hidup selamanya?"
"Kalian mahu kehidupan unik di semua Syurga?"
Minda Meng Hao keliru. Sebaik dia memasuki dunia ini,tiga ayat ini kedengaran di telinganya. Kata-kata itu tidak diucapkan oleh orang sama dan kata-kata itu bergema bagaikan guruh di minda dan sanubarinya.
Pada masa yang sama, dia nampak langit dunia ini berwarna kelabu. Tiada kabus kelabu menyeliputi tanah, tetapi Meng Hao dapat lihat ratusan ribu lembaga, semuanya Hamba Jambatan, bergerak laju ke arah tempat dia dan Zhixiang berdiri.
Mereka bergerak dengan sangat laju. Dalam sekelip mata, ratusan ribu Hamba Jambatan mendekati. Namun, mereka tidak memandang Meng Hao dan Zhixiang. Riak wajah mereka kecewa, malah risau, bagaikan mereka menerima hukuman. Mereka melepasi Meng Hao dan Zhixiang, keluar melalui sempadan dunia itu ke dalam kekosongan.