Ye Wan Wan mengimbas semua dokumen yang berterabur di atas meja Ye Mu Fan. Dia mengambil sekeping kertas dengan bersahaja dan bertanya, "Awak dah jumpa pengurus yang sesuai?"
Ye Mu Fan mengeluh, "Belum! Saya dah temu duga beberapa orang tapi tak ada seorang pun yang bagus! Mereka semua terlalu tak sabar! Tak ada seorang pun yang cekap!"
Ye Wan Wan. "..."
'Bukan senang untuk dia panggil orang lain tak sabar…'
"Mereka yang bagus tak akan datang ke syarikat kecil macam kita. Kita hanya ada mereka yang tak berpengalaman dan yang tak boleh diharap. Jadi susah untuk cari yang sesuai…" rungut Ye Mu Fan.
Ye Wan Wan akan membawa masuk Jiang Yan Ran. Bersama dengan tiga lagi artis di bawah mereka, mereka memang memerlukan seorang lagi tenaga kerja untuk membantu mereka.
Ye Wan Wan berfikir sejenak sebelum bertanya, "Oh ya, ada seorang perempuan bernama Yao datang untuk temu duga tak hari ni?"