"Kebenaran atau caraban?" Kata-kata Ging Xu kedengaran seperti muzik syaitan.
Tang Xing Huo meraung ketakutan dan bergegas pergi. "Bro, Abang Xu, Tuan Muda Gong yang Hebat, tolong ambil peluang ni untuk tanya soalan dekat Abang Ye! Betul tu, cuba tanya sesuatu dekat Abang Ye. Bukan tu lebih elok?! Kenapa bazirkan peluang tu dekat saya!"
Gong Xu terhenti seketika setelah mendengar cadangan Tang Xing Huo. Dia menoleh kepada Ye Wan Wan.
Betul kata Tang Xing Huo. Permainan kebenaran dan cabaran memang satu peluang yang baik.
Dia boleh mengorek lebih banyak maklumat berkenaan Pari Gula-Gula Plum…
Sebenarnya, dia sudah terfikir begitu sebentar tadi.
Tetapi apa yang dia buat sekarang?
"Kebenaran atau cabaran?" ulang Gong Xu. Wajah lelaki itu berubah lebih menggerunkan.
Tang Xing Huo tidak pernah melihat Gong Xu berkelakukan begini. Dia menelan air liurnya dan terus berlari mendapatkan Ye Wan Wan. "Abang Ye, selamatkan saya!"