Pembantunya terus kelu dan menggumam, "Bila masa awak serius…? Awak dah cetuskan huru-hara dalam media hiburan dan perlu bersembunyi di luar negara untuk satu jangka masa yang lama. Sekarang bila semua orang dah lupa masalah tu, awak jangan cetus masalah baru pula!"
Gong Xu melambai tangannya dengan menyampah. "Saya tahu, saya tahu! Menyampahlah dia ni! Oh ya, ada kamera pengawasan tak dekat kawasan ni?"
"Tak ada! Apa awak nak buat?" Pembantunya berjaga-jaga.
Mata Gong Xu tampak bercahaya. "Ada pari-pari kecil bagi gula-gula plum ni kepada saya tadi. Pergi cari dia siapa!"
Pembantu itu nyaris mahu menangis ketika itu. "Apa! Nenek kau! Awak dengar tak apa saya cakap tadi? Abang Bin beritahu awak tak dibenarkan dekat dengan mana-mana perempuan sekarang! Awak tak boleh ada skandal! Tolong, saya merayu kepada awak. Hanya untuk beberapa hari saja, okey?"