Jiang Yan Ran yang berdiri di sisinya berkata lemah, "Memandangkan perkara ini dah sampai ke tahap ni, tak guna kalau awak terus bersolek tebal."
Ye Wan Wan masih bingung. Akhirnya, dia menyimpan semula beg solekan besar ke dalam almari.
Wajahnya ialah dosa pertamanya, ini kelemahan dirinya.
Selepas menyembunyikan diri untuk sekian lamanya, ini kali pertama Ye Wan Wan tidak mengenakan sebarang solekan.
Dia mengenakan pupur muka ke wajahnya, dan menyimpan semua pakaian hodohnya.
Dia menggantikan semua pakaian itu dengan mengeluarkan sebuah kotak yang telah lama dia simpan. Di dalamnya kelihatan beraneka pakaian berwarna merah jambu dan gaun yang cantik, yang satu ketika dahulu ialah pakaian kegemarannya. Ia mewakili zaman remajanya yang hilang.
Ye Wan Wan menyikat rambutnya dan menyemat satu pin rambut berbentuk nota muzik di atas telinganya. Selepas itu, dia menyarung sehelai gaun berwarna merah tua.