Pada ketika itu, Ye Wan Wan mula berpeluh dingin. Kali ini, dia benar-benar telah mencederakan musuhnya sebanyak lapan ratus kali, tetapi dia telah mencederakan dirinya sebanyak seribu kali!
Tiada apa-apa yang boleh dilakukan sekarang; dia sudah menerkamnya dan dia hanya boleh meneruskan lakonannya.
Ye Wan Wan berbaring di atas dadanya seperti seorang gundik yang diabaikan dan mengadu, "Saya dah lama di sini tapi awak tak hiraukan pun. Apa yang seronok sangat awak tengok tu? Awak asyik tengok benda ni dari tadi, benda ni lagi cantik ke daripada saya? Siapa yang lebih cantik, saya atau benda ni?"
Ini memang kata-kata seorang rupawan yang membawa masalah.
Pembahagi tersebut dapat menyekat visual tetapi bukan bunyi di dalam kereta. Liu Ying mungkin berasa geram nak mati apabila terdengar kata-kata tersebut.
Ye Wan Wan hampir-hampir terdengar bunyi ketapan gigi dari hadapan.
Sebenarnya, telahan Ye Wan Wan benar.