Mendengar kata-kata itu, Ye Wan Wan tiba-tiba menggeletar. Dia baru tersedar apa yang berbeza dengan Si Xia hari ini. Selalunya, dia hanya akan tidur di atas meja dan tidak akan menoleh padanya selama sehari suntuk.
Tapi hari ini, Si Xia telah mengambil inisiatif untuk bercakap dengan dia dulu, malah menawarkan untuk mengajar dia matematik?
*kof* "Tak apa, terima kasih. Saya tak nak mati dalam keadaan memalukan! Oh ya… Awak pergi mana tadi? Kenapa awak hanya datang untuk kelas terakhir? Semua pelajar perempuan nyaris jadi gila kerana rindukan awak!"
'Yang paling penting, semua orang salahkan aku dia tak datang!'
Ye Wan Wan menyambung, "Jika awak tak datang kerana saya, saya akan minta cikgu tukar tempat duduk kita. Saya tak boleh tukar watak saya dalam lakonan, tapi sekurang-kurangnya saya mahu cuba tukar tempat duduk…"
"Betul ke?" Tanya Si Xia dengan perlahan.