Télécharger l’application
5.24% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 52: Tidak Layak Untuk Memegang Kasut Kamu Sekalipun

Chapitre 52: Tidak Layak Untuk Memegang Kasut Kamu Sekalipun

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Air muka Xinghe kelihatan bengis. Jari-jemarinya yang begitu berkemahiran rancak bergerak pada papan kekunci.

Jari-jemarinya begitu tangkas sehingga Xia Zhi sendiri pun merasa sukar untuk mengikutnya.

Dia sudah sedia maklum bahawa kakaknya boleh menjadi sedikit gila berkaitan kemahiran atur caranya. Tapi, setiap kali dia melihat Xinghe menggunakan bakatnya, Xia Zhi tetap terpana.

"Kak, apa yang kamu buat?" Xia Zhi menjengah ke hadapan untuk bertanya.

Melihatkan pada tumpuan kakaknya, dia pasti melakukan sesuatu yang mustahak.

"Kamu berehatlah." Arah Xinghe tanpa mengalihkan tumpuannya daripada komputer riba.

Xia Zhi kembali berbaring dengan patuhnya dan berhenti mengganggu Xinghe.

Sebenarnya, Xinghe sedang mengumpulkan maklumat mengenai Chui Ming dengan sebanyak yang mungkin.

Maklumat peribadinya semakin memenuhi komputer riba Xinghe.

Ketangkasan dan budaya kerjanya sama seperti ejen FBI yang sebenar!

Sementara Xinghe sedang berfikir mengenai jalan untuk membalas dendam terhadap Wu Rong dan Wushuang, mereka juga berbuat perkara yang sama.

Pasangan ibu dan anak itu benar-benar gembira kerana Chui Ming telah menolong mereka untuk menghukum Xinghe berdasarkan arahan Wushuang.

"Ruginya. Sasaran itu sepatutnya perempuan liar itu sendiri," Wu Rong berkata dengan senyuman jahat. Bibirnya terjongket keji dan marah mendengarkan nama Xinghe.

Selepas kematian Chengwen, dia bukan sahaja mewarisi harta yang ditinggalkan. Dia turut mewarisi status mendiang Chengwen dalam kalangan masyarakat. Ini menjadikan orang lain juga turut hormat kepadanya.

Tapi perempuan jalang itu berani memalukannya di rumahnya sendiri!

Dia tidak akan boleh menerima aib itu sehinggalah dia melihat dengan matanya sendiri tubuh tidak bernyawa perempuan jalang itu.

Wushuang memujuknya dengan senyuman. "Mak, kenapa tergesa-gesa? Satu hari nanti, masanya akan tiba. Lagipun, kita akan pastikan dia hidup untuk menyaksikan kemusnahan pak cik dan sepupunya."

Wu Rong ketawa berdekah-dekah. "Anakku sayang, kamu memang betul. Betina itu perlu merana saat ini juga. Padanlah dengan mukanya kerana membuatkan kita marah. Dia terlampau muda untuk menjadi saingan kita."

"Mak, kamu silap. Tengoklah betapa tuanya dia sekarang. Usianya bukan masalah." Wushuang berkata dengan penuh penghinaan. "Dia memang betina yang tidak berguna. Sekarang dia sudah tiada apa-apa, saya boleh pastikan kematiannya dengan sebatang jari sahaja!"

"Sudah tentulah. Perempuan jalang itu bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan anak perempuan saya yang berharga," Wu Rong berkata sambil memegang lembut tangan anaknya. Dia membelai tangan Wushuang dengan penuh kasih sayang sambil menyambung, "Xinghe yang dahulu pun tidak layak untuk memegang kasut kamu. Apatah lagi sekarang. Saya langsung tak faham kenapa ayahnya yang mati itu melayannya seolah-olah harta yang berharga. Walaupun di saat-saat akhir kematiannya, dia masih mahu memberikan Xinghe perkahwinan yang baik. Malangnya, hahaha…"

Wu Rong ketawa puas hati memikirkan tentang balasan yang pernah dia terima sudah jatuh menimpa Xinghe buat beberapa tahun kebelakangan ini.

Wushuang turut serta ketawa dengan ibunya.

Wushuang menyambung kata-kata ibunya. "Malangnya, Tuhan sendiri sudah tentukan bahawa dia tidak layak hidup dengan baik. Jadi dia akhirnya bercerai. Bukan itu sahaja, dia bercerai dan kemudian terjatuh dalam lembah miskin penuh najis. Jadi apa masalahnya jika dia sudah dapat kembali ingatannya? Hidupnya sudah lama berakhir."

Di mata semua orang, kehidupan Xinghe sudah lama berakhir.

Kemalangan kenderaan pada tahun tersebut memaksanya untuk berhenti belajar di Akademi S dan hilang haknya untuk mewarisi harta peninggalan.

Sekarang, dia sudah bercerai. Dia sudah menjadi barangan terpakai.

Lelaki baik manakah yang inginkan perempuan sepertinya?

Jika ada pun lelaki yang menerimanya, dia pasti akan menjadi perempuan simpanan yang terkurung sahaja.

Tidak kiralah bagaimana hebat pun kemampuannya, ianya adalah mustahil untuk Xinghe kembali pada hidupnya yang dulu.

Kehidupan yang mewah dan senang tidaklah mudah untuk diperolehi. Apatah lagi untuk betina tidak guna seperti Xinghe.

Oleh itu, dia hanya mampu bergelut sepanjang hidupnya. Dengan sebelah kaki sudah berada di dalam keranda, Wushuang tidak rasa dia perlu membantu Xinghe kerana dia mahu menikmati penderitaan dan penyeksaan Xinghe.

Hati Wushuang begitu girang membayangkan tekanan dan kesusahan yang akan melanda hidup Xinghe.

Walau bagaimanapun, dia merasakan perempuan jalang itu tidak cukup merana lagi.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C52
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous