Télécharger l’application
2.41% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 24: Ayah Sangat Gembira Hari Ini

Chapitre 24: Ayah Sangat Gembira Hari Ini

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Xinghe telah memperkenalkan dirinya dengan letusan hebat dan secara sungguh tiba-tiba hingga menarik perhatian beberapa penggodam yang berniat jahat.

Namun setelah bergelut semalaman, tiada siapa yang dapat mengetahui identitinya. Dia telah menewaskan mereka sepenuhnya.

Sekumpulan penggodam itu merasakan dunia maya Hwa Xia akan tunggang-langgang tidak lama lagi. Sebuah panggilan telefon yang mengejutkan Mubai telah memaklumkannya mengenai kejadian ini.

Junting yang kagum berkata dalam telefon, "Ianya sukar dipercayai. Tanpa sebarang amaran, 001 berjaya menggodam sistem keselamatan kita. Dia menumpaskan beberapa sistem syarikat lain juga. Dia juga telah memanggil 50 penggodam terbaik di Bandar T kita, mengatakan dia akan bertarung dengan sesiapa saja. Saya mendapat tahu mengenainya dan cuba mencabar mereka, cuba teka hasilnya?"

Mubai bercakap melalui fon telinga bluetoothnya ketika sedang mengenakan pakaian. "Dia tewaskan kamu, dari semua sudut?" terdapat minat yang jelas memuncak pada suaranya.

"Dia betul-betul tewaskan saya. Isu terbesar di situ ialah dia tewaskan saya dalam setengah jam sahaja!" Junting mengaku diselubungi rasa malu.

Setidak-tidaknya, dia boleh dikatakan sebagai seorang pakar pengaturcara.

Kekalahannya dalam masa setengah jam telah membuktikan betapa hebat lawanya itu!

Satu yang pasti, itu ialah penggodam terbaik yang pernah Junting jumpa.

Namun itu tidak cukup benar, dia juga pernah bertemu dengan penggodam yang sama gila dalam hidupnya, dan orang itu ialah Xi Mubai.

Bagaikan menaburkan lagi garam pada luka, Mubai bergurau. "Kamu pasti kamu tak berbohong? Kamu memberitahu saya ianya 30 minit walaupun sebenarnya cuma 10 minit?"

"CEO Xi, beginikah kamu melayan kawan kamu?" Junting berpura-pura mengambil hati.

Dia hampir mengakhiri panggilan telefon itu.

Tapi akhirnya Junting hanya ketawa. "Tapi saya tidak merasa teruk sebab kalah dengan dia, dia memang seorang genius. Bagaimana pun, ia kelihatan seperti 001 ini sangat memerlukan duit. Dia tidak membuang masa berbual kosong selepas mengambil duit taruhan saya, jadi selepas pertarungan itu, saya tinggalkan dia pesanan dengan nama syarikat kamu. Jika dia rela bekerja untuk kita, kita akan memberikan berapa pun gaji yang dia minta. Saya harap kamu tak kisah saya gunakan nama syarikat kamu. Saya perlu bertindak pantas sebelum dia dikebas oleh saingan kita."

Mubai membalas, "Sudah tentu tidak, kita memerlukan bakat seperti 001 ini."

"Kamu perlu belanja saya makan jika dia bersetuju."

"Ya lah. Nanti sembang lagi."

Mubai terfikir setelah selesai berbual, siapakah 001 ini?

Watak baru dalam cerita dan selepas kekecohan begitu, satu-satunya yang dia cari hanyalah sesuatu yang kotor iaitu wang?

Walau apa pun niatnya, Mubai akan mencuba sebaiknya untuk menarik 001 ini masuk ke dalam syarikatnya.

Mubai perlu berjumpa dengan 001 ini.

Dengan mendapat tahu bahawa wujudnya penggodam yang berbakat sepertinya di dunia ini membuat bibirnya melengkung tanpa rela membentuk sekuntum senyuman.

Ketika sarapan, Xi Lin perasan ada yang berbeza tentang ayahnya.

"Ayah nampak gembira hari ini, ada sesuatu yang baik berlaku?" Xi Lin mengintai dari balik mangkuknya dan merenung ayahnya.

Tuan dan Puan Tua Xi juga memandang ke arah Mubai.

Mubai seorang yang pendiam dan riak wajahnya sukar ditafsir. Oleh kerana itu, sukar untuk mengetahui sama ada dia sedih atau pun gembira.

Cuma keluarga rapat sahaja yang dapat memahami perasaannya tanpa berkata.

"Lin Lin betul. Tapi sesuatu yang baik itu belum terjadi lagi, ia akan berlaku hari ini. Ayah kamu akan pergi temankan Tianxin mencuba gaun perkahwinannya. Jadi mestilah ayah kamu gembira." jelas Puan Tua Xi.

Mubai berkata dengan tanda tanya, "Gaun perkahwinan?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C24
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous