Télécharger l’application
83.84% Perceraian Ke-99 / Chapter 768: Kenapa Kamu Berpura-Pura?

Chapitre 768: Kenapa Kamu Berpura-Pura?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Erm, saya rasa itu tak bagus. Apa kata saya telefon pemandu yang ditetapkan untuk Tuan? Berhampiran sini ada hotel lima bintang, pasti ramai pemandu yang ditetapkan di sana."

"Yu, tak perlulah. Memanglah perlu elak daripada memandu ketika mabuk, tapi saya boleh memandu dan hanya cadangkan kamu untuk memandu sebab saya percayakan kamu. Kamu nak hubungi pemandu yang ditetapkan… kamu pandang rendah pada saya?"

Yu Lili berasa agak malu dan berkata, "Jangan fikir terlalu jauh. Saya cuma fikirkan keselamatan Tuan. Kalau Tuan rasa ia tak sesuai, saya tak akan telefon."

Tuan Li kelihatan lega kembali mendengar kata-kata itu. Dia menanggalkan tali pinggangnya lalu membuka pintu dan keluar dari kereta. "Marilah, cuba dulu. Kalau saya ditangkap pasti menyusahkan. Biasanya mereka tak akan tahan hanya disebabkan tiada lesen. Lebih selamat untuk seorang wanita memandu berbanding seorang yang mabuk. Marilah."

Tuan Li sudah pun masuk ke tempat sebelah pemandu. Yu Lili berasa agak tertekan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa tidak selesa kerana sekarang sudah waktu malam. Jika dia ada lesen sekalipun, patutkah dia memandu sendiri pulang ke rumah atau menghantar bosnya pulang?

"Marilah Yu, biasanya kamu pekerja yang pantas. Kenapa sekarang terlalu perlahan?"

Yu Lili teragak-agak seketika, kemudian membuka pintu dan duduk di tempat pemandu. Selepas seharian yang sibuk, akhirnya dia dapat duduk. Kesakitan pada kakinya terasa sedikit lega. Dia mula memandu dan bertanya, "Di mana rumah Tuan? Saya akan hantar Tuan dulu."

"Kenapa rumah saya? Saya dah cakap saya akan hantar kamu. Kamu tak suka sebab saya mabuk dan rasa ia berbahaya. Sebab itulah saya suruh kamu memandu." Li menguap lalu bersandar pada kerusinya. "Selepas hantar kamu, saya akan memandu pulang sendiri."

"Saya tak rasa itu idea yang bagus. Lesen Tuan boleh digantung kalau memandu ketika mabuk."

"Jangan fikir terlalu banyak. Pandu ke rumah kamu dulu." Suara Li kedengaran agak tegang.

Yu Lili tahu waktu yang perlu dia diam dan segera memandu ke kawasan rumahnya. Walau bagaimanapun, ketika hampir tiba, dia mendengar orang di sebelahnya mendesah. Saat itu juga, tiba-tiba Li meraba punggungnya. Yu Lili terkejut lalu menekan brek dan menjerit, "Apa yang Tuan buat ni?!"

Li kelihatan sedikit gerun dan berkata, "Saya mahu ambil sesuatu. Beg saya ada di bawah itu."

Yu Lili merenung lelaki itu tajam dan bertanya, "Di mana?"

"Bawah, sebelah kaki kamu."

Yu Lili menarik nafas lega lalu membongkok untuk mencari beg itu.

Namun belum sempat dia menyentuh beg itu, Yu Lili merasakan satu tangan yang besar dan gemuk memegang bahunya.

Bulu roma Yu Lili terus meremang. Dia berpaling dengan marah dan menjerit, "Tuan Li, saya sedang ambil beg kamu!"

Ketika ini, riak wajah Tuan Li sudah kelihatan berbeza. Dia memandang Yu Lili dengan pandangan aneh dan berkata, "Tak perlu tergesa-gesa, ambil masa kamu. Tapi saya rasa sekarang dah lewat, apa kata kita minum teh di rumah kamu?"

"Rumah saya tak ada teh. Saya tinggal berdekatan sini, saya akan keluar sekarang. Tuan pun patut balik awal. Selamat malam." Yu Lili menolak tangan Tuan Li dan membuka pintu kereta dengan tangannya yang sebelah lagi.

Walau bagaimanapun, tangan gemuk Tuan Li menahannya. "Kenapa kamu berpura-pura? Bukankah kamu masuk ke dalam kereta saya kerana mahu jadi perempuan simpanan saya?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C768
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous