Télécharger l’application
61.13% Perceraian Ke-99 / Chapter 560: Konflik Dalaman

Chapitre 560: Konflik Dalaman

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Dia bukan sahaja penat secara fizikal, tetapi juga daripada segi mental. Semua orang tahu setelah Presiden Li meninggal dunia, isterinya telah mengambil alih dan menjadi Presiden Su. Dia dapat menikmati kejayaan yang berterusan dan harta yang banyak. Tetapi tiada sesiapa tahu betapa dia tidak mahu menjadi presiden. Jika Li Sicheng ada, dia tidak akan perlu menjadi selelah itu. Lebih penting lagi, Su Qianci merasakan tidak kira betapa kuat dia mencuba, pencapaian Syarikat Li tidak akan sama seperti ketika Li Sicheng ada. Tidak cukup, masih tidak cukup. Li Sicheng jauh lebih hebat daripadanya. Lelaki itu pasti dapat mencapai keuntungan dan kejayaan yang berganda daripada apa yang telah dilakukannya. 

Li Jinnan yang duduk di kerusinya menghembus asap rokok secara perlahan-lahan. Matanya dikecilkan dan dia berkata setelah diam seketika, "Su Qianci." Suaranya berbeza daripada suara dingin dan dalam Li Sicheng. Ia kedengaran seperti loceng besar yang menarik perhatian. "Sebenarnya, beberap hari lepas, Abang Long ada hubungi saya."

Su Qianci memandang Li Jinnan. Hatinya terasa sedikit tegang dan gementar.

"Akhir-akhir ini kumpulan pengedaran dadah dah jadi makin berani, mereka mula mengedar pada waktu siang. Abang Long ekori kumpulan itu dan berjaya tangkap seorang orang tengah. Selepas orang tengah itu dibelasah teruk, mereka dapat maklumat yang kewangan kumpulan dadah itu sangat bersih."

Riak wajah Su Qianci berubah dan dia berkata, "Pelaburan wang haram?"

Li Jinnan mengangguk dan menjentik abu rokoknya, kemudian bersandar pada kerusinya dengan selesa. "Pelaburan wang haram itu berlaku di Kingstown, tetapi terlalu banyak syarikat di sini, jadi sukar untuk mengetahui lokasinya."

"Kamu syak kumpulan ini geng Bo Xiao?"

"Ya, tapi tak ada bukti, jadi ini cuma tekaan. Saya syak mereka pasti ada seorang penasihat perniagaan yang hebat."

Penasihat perniagaan yang hebat. Su Qianci merenung Li Jinnan.

Li Jinnan turut merenungnya dan memadamkan rokok itu. "Saya sedang cari bukti, Abang Long pun sama. Kumpulan anti dadah di Kingstown juga akan beritahu kita jika ada apa-apa berita. Saya percaya kita akan jumpa Sicheng tak lama lagi."

Su Qianci mengetap bibirnya dan berkata perlahan, "Harapnya begitulah…" Dia telah menaruh harapan selama bertahun-tahun, tetapi Li Sicheng masih tidak kembali setelah empat tahun berlalu. Dalam hatinya kini, kekecewaan lebih besar daripada pengharapan. Ia adalah satu tempoh penantian yang sangat panjang dan dia tidak dapat melihat di mana penghujungnya. Begitu juga Li Jinnan. "Okey, saya kena pergi ke balai polis. Penculik Dasu dan Ersu dah buat pengakuan."

"Hati-hati, bawa Shuang Yu bersama kamu."

"Shuang Yu memang selalu ada. Pergi dulu." Su Qianci kembali ke biliknya dan mengambil beg tangan. Kemudian Yang membawanya dan Shuang Yu ke balai polis.

Ketiga-tiga penculik itu sedang duduk bercangkung. Dua penculik lelaki kelihatan lebam di sana sini. Jelas mereka telah dipukul dengan teruk. Manakala solekan di wajah penculik wanita itu telah hilang sepenuhnya. Wajahnya kelihatan pucat ketika dia menoleh ke arah Su Qianci yang baru tiba.

"Mereka semua dah mengaku. Tiada rakan subahat. Hanya mereka bertiga yang menculik anak-anak kamu. Mereka tidak kenal lelaki yang muncul selepas itu."

"Tak kenal?" Su Qianci jelas tidak mempercayainya. "Bukankah mereka hadapi konflik dalaman antara mereka?"

"Mustahil! Kami langsung tak kenal siapa lelaki itu. Encik polis, kamu mesti siasat perkara ini dengan betul. Kami tak dapat 10 juta itu, jadi kami tak perlu dipenjarakan buat masa yang lama, bukan?" teriak penculik wanita itu.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C560
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous