Télécharger l’application
59.93% Perceraian Ke-99 / Chapter 549: Pak Cik akan Belikan Kamu Gula-Gula

Chapitre 549: Pak Cik akan Belikan Kamu Gula-Gula

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Li Jianqian melihat lelaki itu mencampakkan kad nama dan telefon bimbitnya ke tempat duduk hadapan van itu. Seorang wanita cantik yang memakai solekan tebal dan wangian yang berbau kuat duduk di situ. Di tempat duduk sebelah pemandu pula kelihatan seorang lelaki muda dengan rambut yang berwarna-warni. Van itu dihidupkan dan terus bergerak perlahan.

Wanita cantik itu mengambil telefon yang dicampakkan kepadanya dan mendail satu nombor.

Lelaki di sebelahnya mengeluarkan dua utas tali dari poket di hadapan mereka. Li Jianqian berasa kecewa melihatnya. Dia mengetap bibir dan berkata, "Ersu."

"Ha?" Li Jianyue yang sedang membelai arnab itu mendongak ke arah abangnya dan kelihatan tidak tahu langsung apa yang sedang berlaku.

"Kamu tahu apa kamu dah buat?" Sebaik Li Jianqian selesai mengatakannya, dia diangkat oleh lelaki tadi menggunakan lengannya. "Bila kamu akan lepaskan kamu?" tanya Li Jianqian dengan wajah yang agak pucat.

Li Jianqian tahu mereka sedang diculik, tetapi dia tidak boleh panik. Adiknya tidak tahu apa-apa dan dia mesti melindunginya.

Mendengar soalan itu, lelaki itu tersenyum semakin lebar dan suaranya sangat lembut. "Jadi budak baik. Nanti Pak Cik belikan kamu gula-guka. Pak Cik tak akan pukul atau marah kamu. Bila Mama kamu datang nanti, Pak Cik akan beri kamu pergi dengan Mama kamu, okey?"

"Okey!" Li Jianyue menjawab dengan suara riangnya. "Pak Cik, saya suka gula kapas."

"Okey, Pak Cik akan belikan kamu gula kapas. Abang kamu suka apa?"

Li Jianqian tidak mengendahkannya. Tangan kecilnya telah diikat ke belakang dan disembunyikan di bawah beg galasnya.

Wanita di hadapan telah menghubungi Su Qianci. Dia menggeliat dan berkata, "Presiden Su, masih ingat aku? Kali terakhir kita jumpa di majlis pembukaan Perkampungan Baru Xiang Xie, kau hadiahkan aku tiket masuk, ingat?"

Su Qianci sedang memegang telefon bimbit pada telinganya dan berdiri di hadapan tadika. Beberapa orang guru berbaris sambil direnung tajam oleh Shuang Yu. Mereka ketakutan sehingga seakan tidak berani bernafas. Di tepi Shuang Yu, seorang budak lelaki comel sedang menangis. Rambutnya berwarna coklat gelap, wajahnya mulus dan mata birunya berlinangan dengan air mata. Dia sedang memegang baju Shuang Yu sambil menangis dan meminta maaf, "Maafkan saya, maafkan saya. Saya tak sengaja kehilangan tuan muda dan puteri kecil."

Su Qianci memandang budak lelaki itu lalu mengusap kepalanya dan bercakap kepada telefon, "Saya tak ingat. Apa kamu nak?" Sewaktu majlis pembukaan itu, dia sendiri mengagihkan ribuan tiket kepada orang ramai. Bagaimana mungkin dia mampu mengingati setiap orang?

Wanita itu kelihatan sudah menjangkakannya. "Memang dah dijangka kau tak akan ingat. Aku hubungi kau hanya untuk beritahu anak-anak kau ada di tangan aku. Sekarang aku kekurangan wang, jadi aku mahu pinjam sedikit daripada kau. Anak-anak kau selamat, aku tak apa-apakan mereka. Tapi kalau kau berani telefon polis, aku tak dapat janji apa akan berlaku."

"Berapa kau nak?" Suara Su Qianci kedengaran tenang, jelas menunjukkan gaya seorang presiden.

"Tak banyak, 10 juta, tunai. Bawa wang itu ke tingkat tiga plaa Guang Da, aku beri kau satu jam. 10 juta tunai dalam masa satu jam sepatutnya bukan masalah bagi Presiden Su, bukan?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C549
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous