Télécharger l’application
56.98% Perceraian Ke-99 / Chapter 522: Dia Sudah Tidak Mampu Menghadapinya..

Chapitre 522: Dia Sudah Tidak Mampu Menghadapinya..

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Ya," Li Jinnan berkata tegas. "Dia ialah Li Sicheng. Jika dia tak keluar, dunia akan huru-hara. Dia perlu keluar."

Ya, dia ialah Li Sicheng. Dia tidak akan mati. Dia tidak berani untuk mati. Tanggungjawabnya sangat besar. Dia mempunyai seluruh ahli keluarga Li di bahunya, isteri dan anaknya, juga rumah mereka…

Hati Su Qianci sedikit tenang sebaik mendengar kata-kata Li Jinnan. Mustahil dia akan mati, bukan? Tidak akan… Dia tak akan mati…

"Saya nak masuk ke dalam…" kata Li Jinnan.

Boom!

Belum sempat Li Jinnan menghabiskan kata-katanya, kedengaran satu letupan yang kuat. Api menjalar ke segenap ruang kilang terbiar itu dan menghasilkan haba yang amat panas. Bangunan itu kini kelihatan seperti belon yang meletup. Api yang main mengganas itu naik semakin tinggi. Langit kelihatan merah seakan darah. Su Qianci melihat api yang tinggi itu seolah-olah sedang mengetawakannya sambil berkata, "Lihat, aku dah telah cinta hati kau."

Serpihan bangunan dan sisa industri jatuh menimpa tubuh mereka. Ia tidak begitu sakit. Namun jantung mereka bertiga seakan terhenti melihat perkara itu. Mata Li Jinnan terbeliak. Dia memandang kilang itu dengan wajah tidak percaya.

 "Aaahhh!!" Su Qianci terus menjerit dan cuba berlari ke arah kilang itu. "Li Sicheng, Li Sicheng!"

Li Jinnan segera menariknya. Rong Xuan juga kelihatan terkejut. Sebaik mendengar jeritan Su Qianci, dia merasakan tekaknya perit ketika dia cuba menahan tangisannya. Ia jauh lebih menyakitkan daripada ketika dia dicekik oleh Rong Haiyue!

"Lepaskan saya, lepaskan!" Mata Su Qianci sudah bengkak dan kemerahan. Dia melihat kilang yang terbakar itu dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan menyelubungi hatinya dan seolah-olah menenggelamkannya dalam ombak yang amat sejuk. Dia tidak mampu melepaskan diri daripada Li Jinnan…"Li Siccheng…" Su Qianci terus menangis dengan suara yang serak dan bergelut. Tekaknya terasa amat kering seakan terbakar. Sangat sakit! Tetapi suaminya lebih sakit… Li Sicheng… Encik Li…

"Su Qianci." Suara Li Jinnan turut kedengaran sebak, tetapi dia lebih tenang daripada biasa. Dia menarik Su Qianci pergi dan berkata dengan tegas, "Tak ada apa-apa akan berlaku kepada dia. Tak ada apa-apa!"

Su Qianci merasakan hatinya seolah dirobek-robek. Apa yang patutu dia lakukan… Dia sudah tidak mampu menghadapinya lagi…

Li Jinnan merasakan sesuatu terjatuh ke atasnya. Dia tunduk dan melihat Su Qianci telah pengsan di lengannya.

"Rong Haiyue…" Rong Xuan memandang lautan api itu dan terus berlari seperti hilang akal. Kasut tumit tingginya membuatkan dia terjatuh sebelum sempat dia berlari jauh. "Rong Haiyue, Rong Haiyue…" Matanya kabur dengan air mata. Dia menanggalkan kasut tumit tingginya lalu terus berlari ke kilang terbiar itu dengan berkaki ayam. Tanah itu turut panas akibat bahang kebakaran dan membuatkannya hampir tidak dapat menjejakkan kaki. Api yang amat marak itu telah menjalar ke seluruh bangunan. Tiada tempat untuk masuk mahupun keluar. Tidak, tidak. Pasti ada jalan, pasti ada jalan keluar. Rong Haiyue tak akan mati. Rong Haiyue telah berjanji untuk keluar dan menemuinya. Mana mungkin lelaki itu berbohong kepadanya?


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C522
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous