Télécharger l’application
40.17% Perceraian Ke-99 / Chapter 368: Hatinya Sedang Berdarah

Chapitre 368: Hatinya Sedang Berdarah

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Bilik pejabat Li Sicheng sangat luas. Selain ruang bekerja, ruang istirahat dan bilik kot turut ada di situ. Su Qianci berbaring di atas katil di ruang istirahat itu sambil membelek akaun Weibonya. Dia merasakan dirinya seakan artis popular sebaik melihat komen-komen yang diterimanya. Dia juga teruja melihat pengikutnya yang bertambah secara mendadak dan bertanya, "Encik Li, kalau saya jadi penulis blog, kamu rasa saya akan jadi popular? Saya ada ramai peminat sekarang."

Li Sicheng memandangnya dari sebalik timbunan fail. Sebaik melihat Su Qianci yang meletakkan kakinya di atas katil dan sebelah lagi di atas meja dengan sungguh tidak sopan, dia berkata, "Puan Li, jaga imej kamu!"

Su Qianci langsung tidak memandangnya. "Tak ada sesiapa di sini. Posisi ini bagus."

Posisi ini bagus…

Li Sicheng tiba-tiba terfikir tentang perkara lain yang boleh dilakukan dengan posisi itu... Mulutnya menjadi kering dan dia merenung Su Qianci. "Nampaknya kamu nak cuba?"

Su Qianci bingung seketika mendengar kata-kata itu. Dia menoleh ke arah Li Sicheng dan wajahnya terus bertukar kemerahan. "Kotor!"

Li Sicheng tersenyum dan mahu berkata sesuatu ketika seseorang tiba-tiba mengetuk pintu. Dia berkata kepada isterinya, "Nanti saya uruskan kamu." Li Sicheng meninggikan suaranya dan berkata, "Masuk!"

Su Qianci cepat-cepat menurunkan kakinya dan duduk dengan sopan. Cheng You memandang bos dan isteri bosnya itu dan merasakan seperti dirinya telah mengganggu mereka. Dia berdehem dan berkata, "Encik Li, kita dah berjaya. Tang Zhenghao sedang mesyuarat bersama wakil Shengfeng."

"Bagus."

"Luo Zhan kata dia jumpa penggodam cuba godam telefon dan komputer Encik Li, tapi dia dah uruskannya."

"Dia halau mereka?"

"Ya."

Li Sicheng mengangkat sebelah keningnya. "Itu tak cukup. Kita mesti beri mereka sedikit balasan."

Mendengar kata-kata itu, Cheng You berasa gerun dan bertanya, "Maksud Encik Li…"

"Kamu dah dapatkan perkara yang saya minta beberapa hari lepas?"

"Ya."

"Berikan ia kepada Luo Zhan dan suruh dia buat supaya penggodam itu berjaya mencurinya."

Cheng You kelihatan kagum. "Baik Bos!"

Su Qianci kelihatan sedikit terkejut, tetapi lebih kagum terhadap suaminya itu.

Sungguh licik! Tetapi sangat hebat!

Melihat riak wajah Su Qianci, Li Sicheng menoleh ke arah jam. "Kamu lapar? Jom pergi makan."

"Ya!" Su Qianci bangun dari katil itu dan melalukan jari pada rambutnya. "Kita makan apa?"

"Kamu nak makan apa?"

"Stimbot!"

"Tak boleh makan makanan pedas sewaktu datang bulan."

"Saya boleh tahan diri daripada makan bahagian pedas."

"Bolehkah?" Li Sicheng menjelingnya.

Su Qianci memuncungkan bibirnya. "Saya akan makan yang pedas sedikit saja."

"Jadi budak baik. Kita makan makanan lain."

Cheng You berasa seperti mahu menangis. Sebagai orang bujang, hatinya terasa berdarah.

"Bagaimana dengan McDonald?"

"Tak boleh, itu makanan segera…"

"Pizza Hut?"

Li Sicheng terdiam. "Ada kedai bubur yang baru berdekatan sini. Saya bawa kamu ke sana."

Okey." Su Qianci tidak membantah cadangan itu. "Cheng You, marilah makan bersama kami."

"Tak apa, kamu berdua pergilah. Saya makan sendiri." Emosinya telah diseksa oleh mereka sebelum makan tengah hari. Jika dia pergi makan bersama mereka, Cheng You merasakan dia akan menjadi hilang akal. Dirinya yang bujang hanya melihat mereka berdua pergi dengan hati yang patah. Selepas memesan makanan melalui aplikasi telefon, dia kembali menyibukkan dirinya dengan kerja.

Kedai bubur itu tidak jauh. Li Sicheng dan Su Qianci berjalan beriringan. Walaupun hujan telah berhenti, jalan masih lagi basah. Selepas berjalan seketika, Su Qianci mencubit perlahan tangan Li Sicheng dan berbisik, "Encik Li, ada orang sedang ekori kita."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C368
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous