Télécharger l’application
26.85% Perceraian Ke-99 / Chapter 246: Ujian DNA

Chapitre 246: Ujian DNA

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tang Mengying menjadi semakin teruk dan menangis sekuat hati. Tiada apa dalam dunia yang lebih melukakan hati selain ditolak oleh orang yang dicintai. Tiada juga perkara lain dalam dunia ini yang lebih mengerikan selain dimalukan di hadapan orang ramai. Dia sedang mengandungkan anak Li Sicheng! Saat Tang Mengying menangis, beberapa wanita yang lembut hati terus rasa kasihankan dia.

Namun…

"Sesiapa yang kasihan sebegini memang dibenci." Seseorang berkata di khalayak ramai itu.

Tang Mengying menangis dengan lebih kuat, "Abang Sicheng, tak apalah kalau Abang tak mahu mengaku. Tapi, bayi yang saya kandungkan ini ialah darah daging keluarga Li, anak Abang! Tak kiralah betapa bencinya Abang pada saya, tapi itulah hakikatnya. Ini ialah anak lelaki sulung Abang!"

Su Qianci memegang lengan Li Sicheng dengan lebih erat sambil dia rasa tak senang hati memandangnya. Betulkah kata-kata Tang Mengying?

Li Sicheng ternampak Su Qianci memandang ke arahnya dan memegangnya dengan erat sambil berbisik, "Awak percayakan saya tak?" Suaranya sangat perlahan dan hanya boleh didengari mereka berdua. Melihat wajahnya yang tenang, Su Qianci rasa bingung. Dalam fikirannya, suara yang penuh menggoda dalam panggilan telefon itu masih terngiang-ngiang…

Kalau diikutkan obsesi Tang Mengying terhadap Li Sicheng, sukar untuk dipercayai yang dia akan tidur dengan orang lain. Su Qianci yakin tentang hal itu. Namun, Li Sicheng menyatakan perkara yang berbeza…

Siapa yang berkata benar? Adakah dia akan percayakan suaminya? Patutkah dia percaya?

Pandangan Li Sicheng suram.

Selepas beberapa saat, Su Qianci mengangguk. "Saya percayakan awak." Dia perlu percayakannya. Su Qianci memegang erat tangan suaminya dan memandang Tang Mengying sambil berkata dengan kuat, "Mari kita buat ujian DNA."

Ujian itu akan mendedahkan kebenaran. Tiada yang lebih meyakinkan selain kebenaran.

Luo Zhan terdengar kata-kata itu dan bertepuk tangan. "Ujian darah! Kita akan tahu segera selepas ujian itu. Kalau abang aku ada perasaan pada kau, kenapa dia berkahwin dengan Su Qianci?"

Kebenaran itu paling menyakitkan. Tang Mengying memandang Su Qianci dan Li Sicheng berpegangan tangan dan rasa penuh cemburu dan iri hati. Su Qianci yang sepatutnya dimalukan di hadapan orang ramai.

"Anak kesayanganku!" Mrs. Tang berkata. "Apalah yang kamu nampak pada lelaki itu? Perangainya teruk. Sanggup dia tinggalkan kamu selepas tidur bersama. Tak tahu malu!"

"Mak Cik tak boleh memutarbelitkan kebenaran macam ni." Ou Ming akhirnya berkata. Dia berjalan ke tengah-tengah orang ramai itu dan bertanya, "Aku kenal sangat dengan Li Sicheng ni. Adakah Mak Cik berani biarkan anak perempuan Mak Cik buat ujian DNA tu?"

"Dia mesti takut."

"Dia mengandungkan anak orang lain dan cuba menyalahkan Li Sicheng. Li Sicheng mesti rasa teraniaya."

"Saya memang tahu Cik Tang rasa begitu terhadap Encik Li…"

Sambil tangannya memegang perut, Tang Mengying menangis dengan lebih kuat. "Li Sicheng, kalau awak tak mahukan bayi ni, saya tetap akan jaganya."

"Apa maksud dia?"

"Adakah dia takut?"

"Dia mesti risau yang penipuannya akan terbongkar."

Dengan mata yang berair, Tang Mengying merenung Su Qianci dan menjerit, "Macam mana kita nak buat ujian kalau bayi tu belum lahir?"

Su Qianci memandangnya dengan dingin dan berkata, "Boleh, kalau buat amniosentesis."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C246
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous