Télécharger l’application
14.41% Perceraian Ke-99 / Chapter 132: Menghadapi Agenda Tang Mengying

Chapitre 132: Menghadapi Agenda Tang Mengying

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas memukul cucunya, Kapten Li jelas kelihatan lebih gembira. Dia duduk di sebelah Su Qianci dan bertanya dengan lembut, "Qianqian, Li Sicheng layan kamu dengan baik?"

"Dia bagus."

"Betul?" Kapten Li memandang Li Sicheng dan mengerutkan keningnya ke arah wajah yang tenang itu. "Kamu ingat saya tak kenal cucu saya? Tidur di hotel lebih sebulan itu cara yang bagus untuk menjaga rumah tangga?"

Perkara itu belum diketahui oleh Qin Shuhua dan Li Beixing, jadi mereka berdua terkejut dan terus menoleh ke arah Li Sicheng. Walau bagaimanapun, Li Sicheng seperti tidak menyedari yang dia telah menjadi tumpuan. Dia mengambil secawan teh dan menghirupnya perlahan.

"Kamu tidur di hotel lebih sebulan?"

"Kamu berdua bergaduh?"

Qin Shuhua dan Li Beixing berkata serentak. Seorang dengan nada terkejut, dan seorang lagi kedengaran agak teruja.

Su Qianci menoleh ke arah Qin Shuhua dan tidak pasti sama ada ia hanya ilusinya, tetapi ibu mertuanya itu kelihatan lega. Hati Su Qianci terasa seperti dirobek. Qin Shuhua mungkin masih mengidamkan Tang Mengying untuk menjadi menantunya.

"Abang Sicheng, kamu sudah pulang?" kedengaran suara lembut di luar pintu.

Encik dan Puan Tang berjalan masuk bersama Tang Mengying dan Tang Mengqing sambil tersenyum. Sebaik menyedari Li Sicheng ada di situ tadi, Tang Mengying berasa terkejut bercampur gembira. Walau bagaimanapun, keterujaannya tidak diendahkan Li Sicheng. Tang Mengying berasa sedikit malu apabila soalannya tidak terjawab.

Ayah Tang Mengying, Tang Zhengbao dengan segera bertindak untuk menyelamat. "Beixing, pulang juga kamu akhirnya. Berapa lama kamu akan pulang kali ini?" Sewaktu Tang Zhenghao masih muda, dia juga berada dalam pasukan tentera. Selepas dia berhenti menjadi tentera, dia memulakan perniagaannya sendiri. Dia menaruh harapan yang tinggi terhadap Li Beixing sejak anak jirannya itu masih kecil lagi. Disebabkan keluarga mereka berjiran, Tang Zhenghao melayan Li Beixing seperti anaknya sendiri. Jika bukan kerana Tang Mengying menyukai Li Sicheng, Su Qianci yakin Tang Zhenghao akan mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Li Beixing.

"Hanya tiga hari. Cuma untuk berehat sebentar."

"Itu dah bagus. Waktu saya muda dulu, kami hanya dapat cuti sehari, jadi saya tak dapat pulang ke rumah." Tang Zhenghao sudah berusia lebih 50 tahun, dan lebih tua beberapa tahun daripada ayah Li Sicheng.

Tang Zhenghao kemudian menoleh ke arah Su QIanci dan berkata, "Ini isteri Li Sicheng?"

"Gembira bertemu kamu, Pakcik Tang."

Tang Zhenghao dengan pantas tersenyum dan berkata, "Bagus." Walau bagaimanapun, dia tidak lagi berkata apa-apa kepada Su Qianci dan terus memandang Kapten Li. "Jom. Dah lama keluarga kita tidak keluar bersama."

Sebaik mendengar ajakan itu, Li Sicheng mengerutkan dahi lalu memandang datuk dan ibunya, "Ke mana kita akan pergi?"

Li Beixing kelihatan keliru. Qin Shuhua menjelaskan, "Tang Zhenghao dah ajak kita makan malam bersama sejak beberapa hari yang lepas lagi. Tapi ayah kamu ke luar negeri beberapa hari ini, jadi kita kurang seorang lagi."

"Kamu semua pergilah. Saya dah terlalu tua untuk makan makanan di restoran," kata Kapten Li.

Daripada perbualan mereka, Su Qianci mendapat tahu Tang Mengying yang membuat tempahan makan malam itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Gerak hatinya ternyata tepat. Sewaktu mereka duduk bersama di meja makan, Tang Mengying menghulurkan buku menu kepada Su Qianci dan memintanya untuk membuat pesanan. Su Qianci membuka menu itu dan menyedari ia dalam Bahasa Jerman. Adakah Tang Mengying sedang cuba untuk memalukannya?


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C132
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous