Télécharger l’application
10.91% Perceraian Ke-99 / Chapter 100: Kegilaan untuk Bersaing

Chapitre 100: Kegilaan untuk Bersaing

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Haha, janganlah begitu kejam walaupun ia memang benar."

Sebaik mendengar kata-kata tersebut, semua orang menoleh ke arah gadis di belakang Liu Anan. Rambutnya yang pendek kelihatan agak bergaya, tetapi wajahnya yang besar dan tidak matang langsung tidak sepadan dengan rambut itu. Gaun yang dipakainya jelas sekali luar biasa. Ia berwarna hitam elegan dan mempunyai batu yang berkilauan di sekelilingnya, dan bahagian lehernya disulam dengan renda.

Tetapi kulit gadis itu agak gelap dan tidak sesuai dengan gaunnya itu. Dia kelihatan seperti seseorang yang datang dari sebuah pekan kecil dan baru sahaja menjadi kaya. Penampilannya menunjukkan dia tiada citarasa yang bagus. Semua orang berbisik tentangnya, ada yang menghina dan ada juga yang bersimpati.

"Bukankah itu Lin Wanting? Saya masih ingat wajahnya yang cantik sebelum ini. Nampaknya dia dah berubah."

"Betul. Kami hampir tak kenal siapa dia tadi."

"Liu Anan dah jadi lebih cantik dan elegan, tapi Lin Wanting…"

Semua perbualan tersebut didengari oleh dua gadis itu. Mata Lin Wanting kelihatan kemerahan akibat marah dan jarinya mencengkam kulitnya. Dia mahu mencengkam gaunnya tetapi ia terlalu mahal. Jika dia merosakkannya, dia tidak akan dapat menjualnya semula bagi mendapat kembali sekurang-kurangnya separuh daripada nilai gaun itu.

Sebaliknya, Liu Anan kelihatan gembira dan tersenyum. Dia menoleh ke arah Lin Wanting dan berkata sopan, "Ayuh masuk bersama, Wanting."

Majlis yang dipanggil pertemuan semula rakan sekolah itu sebenarnya hanyalah tempat untuk mereka saling menunjuk-nunjuk. Mereka tidak berada di sana untuk mengeratkan hubungan, tetapi untuk merasakan kepuasan dan bangga diri apabila melihat rakan-rakan lama yang tidak mempunyai kehidupan sebagus mereka.

Liu Anan masih menjadi perhatian semua yang berada di situ. Gaun birunya itu membuatkan dia kelihatan tinggi dan cantik. Fu Lengbing membetulkan rambutnya sebelum berjalan ke arah Liu Anan dengan segelas minuman di tangannya. Walau bagaimanapun, belum sempat dia mendekati gadis itu, beberapa orang lelaki lain telah mula mengusik Liu Anan.

"Liu Anan, lama tak jumpa."

"Ya. Kamu dah semakin cantik."

Langkah Fu Lengbing terhenti dan dia mula berasa tidak puas hati. Gadis itu sangat menawan, dan dia berpisah dengannya atas sebab yang tidak munasabah! Rugi betul! Ketika dia sedang menyesali apa yang berlaku, tiba-tiba kedengaran riuh-rendah sekali lagi dari arah pintu masuk. Fu Lengbing melihat ke arah pintu itu dan terkejut.

Wanita itu memakai gaun berwarna merah yang mendedahkan bahunya yang putih melepak. Rambutnya sangat menawan dan dia memiliki bentuk tubuh yang cantik. Dia tersenyum dan berkata, "Lama tak jumpa, kawan-kawan. Kamu semua masih ingat saya?"

"Ya!" Fu Lengbing menjawab pantas tanpa sedar dan menyebabkan semua orang menoleh ke arahnya. Dia menundukkan kepalanya dengan rasa sedikit malu. Sekarang Fu Lengbing berasa lega kerana tidak sempat menarik perhatian Liu Anan. Dia berjalan ke arah Yu Lili dengan gelas di tangannya.

Liu Anan berasa geram. Pada mulanya, dia mahu membuatkan Fu Lengbing berasa cemburu dan merayu agar Liu Anan kembali kepadanya. Walau bagaimanapun, Yu Lili telah muncul secara tiba-tiba. Apa yang tidak dijangka oleh Liu Anan seseorang yang lebih hebat lagi akan muncul dan membuatkannya lebih terkejut.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C100
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous