Télécharger l’application
7.64% Perceraian Ke-99 / Chapter 70: Masanya Telah Tiba

Chapitre 70: Masanya Telah Tiba

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng merenung ke arah Su Qianci dan membetulkan bajunya. Wajahnya sungguh dingin sehingga Su Qianci tidak menyedari sesuatu sedang menegak. Sebaik sahaja lelaki itu dia duduk, barulah Su Qianci ternampak bonjolan pada seluarnya. Pipi Su Qianci sekali lagi bertukar merah. Dia berdiri lalu meletakkan telefon bimbit di atas sofa dan berundur menjauhi Li Sicheng. "Saya tidak akan dan tidak pernah melakukannya."

'Dia sedang menjauhkan diri. Adakah dia takut disentuh oleh aku?' Li Sicheng menyedari kelakuan Su Qianci dan berasa agak kecewa. Dia terus mendekatinya dan menarik lengan perempuan itu. Su Qianci memandang ke arah lain, kelihatan cuba mengelak daripada mata mereka bertembung. Li Sicheng merenung Su Qianci seolah-olah bertanya: Jika kau tidak lakukannya, mengapa kau begitu takut dengan aku?

Namun, sebelum sempat Su Qianci berkata apa-apa, Li Sicheng melepaskan lengannya dan berkata, "Kotor betul," sebelum terus berjalan naik ke tingkat atas. Su Qianci berasa seperti seseorang telah menusuk sebilah pisau ke dalam hatinya. 'Kotor? Dia kata saya kotor? Tapi saya tak buat apa-apa pun.'

Su Qianci pulang ke biliknya dengan fikiran bercelaru. Dia melihat wajah kecewanya dalam cermin dan menggenggam tangannya. Li Sicheng sentiasa menghakimi dan menghina dirinya dengan cara yang paling tidak berhati perut. Selesai mandi dan berpakaian, dia mengambil kontrak yang kelihatan cop firma guaman Sheng Ximing.

Masanya telah tiba untuk melaksanakan rancangan ini.

Pada masa yang sama, Li Sicheng yang berada di dalam biliknya termenung sendiri. Dia tidak pernah hilang kawalan seperti hari ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak pernah meniduri mana-mana wanita lain. Jika Tang Mengying berbogel di hadapannya sekalipun, dia tidak akan berasa apa-apa. Mengapa tiba-tiba dia menjadi amat bernafsu kepada Su Qianci? Satu suara dalam dirinya menjerit setiap masa: Lakukannya!

Namun, apabila teringat gambar menjijikkan yang dia terima tadi, Li Sicheng tidak dapat meneruskan niatnya. Sungguh kotor! Li Sicheng berasa amat jijik sebaik memikirkan perempuan itu mungkin telah berasmara dengan lelaki lain. Dia membuka pakaiannya dan melangkah ke bilik air untuk mandi. Setelah fikirannya lebih tenang sedikit, dia keluar dari bilik air itu.

Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat satu susuk tubuh ramping sedang duduk di atas katilnya. Apabila cahaya menyinari wajah perempuan itu, dia kelihatan amat mempesonakan. Su Qianci menyedari bunyi bilik air dibuka dan memandang ke arahnya. Matanya sedikit sembab kerana telah menangis. Akan tetapi, renungan Su Qianci telah mencetuskan semula rasa ghairah yang telah sedaya upaya ditahannya. Li Sicheng menahan dirinya daripada menunjukkan sebarang reaksi dan menggenggam tangannya. Urat biru timbul di wajahnya, membuatkan dia kelihatan agak menakutkan.

Jantung Su Qianci berdegup laju sebaik melihat Li Sicheng, dan dia terasa mahu berhenti daripada meneruskan niatnya. Perasaan yang sama lagi.

Tetapi lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan diri daripada melakukan sesuatu. 'Adakah dia sedang cuba menahan diri daripada memukul saya?' fikir Su Qianci.

Li Sicheng hanya memakai tuala di sekeliling pinggangnya. Tubuh badannya yang tegap masih basah dan dia berjalan perlahan-lahan ke arah Su Qianci. Walaupun dia tahu Li Sicheng seorang lelaki yang berpelajaran dan tidak akan memukul seorang wanita, Su Qianci tidak mampu menahan dirinya daripada berundur. Kemudian dia cepat-cepat berkata, "Encik Li, saya rasa kita perlu berbincang."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C70
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous