Télécharger l’application
4.14% Perceraian Ke-99 / Chapter 38: Saya Akan Gantikan Kamu

Chapitre 38: Saya Akan Gantikan Kamu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Di tengah malam, tidur Li Sicheng terganggu dengan tangisan Su Qianci. Dia sememangnya mudah untuk terjaga. Mendengar tangisan Su Qianci, dia terus membuka matanya.

"Li Sicheng!"

Dahi Li Sicheng berkerut dan dia menatap wajah isterinya itu. Su Qianci telah menggulungkan dirinya seperti bola dengan selimut di kedua-dua tangannya. Dia berpeluh dengan banyak. Matanya tertutup rapat tetapi nafasnya sangat kencang.

"Bukan saya… Bukan..."

Saya tidak mengkhayalkan kamu. Saya tidak memulakan api. Saya tidak membunuh datuk. Ia bukan saya...

Dalam mimpi Su Qianci, Tang Mengying telah menolaknya sambil memegang tangan Li Sicheng. Perempuan itu ketawa terbahak-bahak dan menjerit, "Aku akan gantikan kau dan jadi isterinya! Su Qianci, mereputlah di neraka!"

Li Sicheng sedang berdiri tanpa menunjukkan apa-apa perasaan di sebelah Tang Mengying dan berkata, "Su Qianci dan anjing tidak dibenarkan masuk ke dalam." Setiap perkataan seperti peluru, menembusinya dengan kasar. Ia sangat menyakitkan, terlalu menyakitkan. Tiba-tiba dia dikelilingi air.

"Tolong, tolong saya..."

Su Qianci kelihatan sedang cuba untuk bernafas. Tangannya bergelut seperti seseorang yang sedang lemas, sambil cuba menggapai sesuatu. Sangat terdesak dan menyedihkan... Melihat pergerakannya, Li Sicheng cuba untuk menyedarkan dia. Sebaik tangannya menghampiri Su Qianci, isterinya itu tiba-tiba memegangnya. Tiba-tiba, Su Qianci kelihatan lega, seolah-olah dia baru sahaja terlepas dari saat-saat antara hidup dan mati. Li Sicheng keliru. Su Qianci masih dipenuhi dengan peluh. Dia memegang tangan suaminya dan kemudian memeluk pinggang lelaki itu. Li Sicheng mengerutkan dahi. Apabila dia menyangka perempuan itu melakukannya dengan sengaja, dia tiba-tiba mendengar Su Qianci mula bernafas normal.

Dia kembali tertidur nyenyak... Li Sicheng berasa malu dan cuba menolaknya. Walau bagaimanapun, Su Qianci yang tidak sedar dengan perlakuannya sedang memeluknya dengan sangat erat. Li Sicheng menolaknya dan dia dipeluk lebih erat.

"Ia bukan saya..." dia berbisik dalam tidurnya.

Li Sicheng berhenti bergerak. Dia boleh melihat wajah isterinya itu ketakutan, seperti rusa di hadapan pemburu.

Betul. Ia bukan kamu. Ia tidak mungkin kamu.

Pada pagi keesokannya, Su Qianci merasakan tidurnya semalam ialah yang terbaik yang telah lama tidak dirasakan. Ketika sedang menggeliatkan tangannya, dia terpandang Li Sicheng yang kembali dari tandas. Dia masih amat kacak walaupun lingkaran hitam telah terbentuk di sekeliling matanya. Su Qianci mula berasa agak janggal. Malam semalam…

Walau bagaimanapun, Li Sicheng tidak sedikit pun memandangnya sebelum dia pergi. Su Qianci berasa lega setelah dirinya tidak dihiraukan. Selepas selesai mengemas, dia mengambil begnya dan pergi. Li Sicheng tidak pernah mendengar kata ibu bapanya. Tetapi dengan datuknya, dia sangat taat dan penuh hormat. Li Sicheng mematuhi arahan datuknya yang meminta dia tinggal di rumah lama itu tiga hari pertama selepas pernikahan. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan sebelum ini, tiga hari selepas mereka berkahwin, Li Sicheng telah berpindah kembali ke rumahnya sendiri dan ia menjadi detik permulaan perpisahan mereka.

Dan hari ini merupakan hari tersebut, iaitu hari Li Sicheng berpindah. Seperti dijangka, Yang, pemandu Li Sicheng sedang menunggu di pintu pagar. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Su Qianci terus masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ia nombor yang tidak dikenali dari Kingstown.

"Helo?"

"Puan Li, ini balai polis. Liu Anan telah ditahan selama lima belas jam. Keluarga Tang sedang cuba untuk mengeluarkan dia. Kamu punya apa-apa untuk dikatakan?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C38
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous