Télécharger l’application
94.17% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 275: Bab 275

Chapitre 275: Bab 275

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Chu Qiao berkerut sebelum menumbuk dada bidang milik pemuda itu dengan lembut, "Awak berani ke?"

"Awak patut bekerja dengan lebih keras sebelum saya ambil seorang lagi gundik." Zhuge Yue melepaskan rambut Chu Qiao yang telah terikat sebentar tadi sebelum jari-jemarinya melirik pada leher wanita tersebut. Lalu, pemuda itu telah membuat satu jejak kucupan di sekeliling leher Chu Qiao sementara jari-jarinya pula segera membuka baju wanita itu. Pakaiannya lantas terjatuh ke kaki di bawah sinaran cahaya lampu samar-samar, mempamerkan kulitnya yang putih mulus.

Zhuge Yue berpaling untuk mengendong wanita itu menuju ke arah katil besar milik mereka. 

Ternyata, dengan tidak menjamah jamuan malam, kesan buruk telah datang menjemput. Apabila malam semakin larut, Chu Qiao berdiri akibat terasa kesakitan yang amat di bahagian belakangnya dan juga di sendi-sendinya, menyebabkan dia menyeludup beberapa jenis makanan untuk dijamah. Namun, dia baru mengambil dua langkah sebelum dia tersadung. Dia lantas berkerut dan mengusap-usap belakangnya, mencuba sedaya-upaya untuk kekal berdiri sambil memandang raut wajah pemuda yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil tersebut.

Kesakitan yang dirasainya tidak dapat ditanggung lagi. Bahkan, Chu Qiao sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia lantas membuka matanya dengan lebih luas untuk melihat wajah lelaki di atas katil itu. Semua ini perlu ke dilakukan setiap kali? Bagaimanakah dia akan mengajar Zhou'er cara-cara untuk menggunakan pedang esok? Adakah pemuda itu suka melihat dirinya diejek oleh anaknya?

Walaupun teh di dalam cawan sudah bertukar sejuk, perutnya yang berkeroncong itu membawa maksud yang makanan ringan yang dibawanya masih terasa sedap seperti selalu. Tiba-tiba, ketawa yang ditahan dapat didengari datang dari katil. Chu Qiao yang terduduk di atas sofa itu lantas berdiri dan mengelap mulutnya, bertanya, "Awak masih terjaga?"

Bulan telah memancarkan cahayanya melalui jendela-jendela istana sementara pemuda yang masih berbaring itu menggamit supaya wanita itu mendekatinya, "Mari ke sini."

Chu Qiao mendengus sebelum membalas, "Tak nak."

Zhuge Yue tersenyum. "Ini untuk kebaikan awak juga. Sekarang ini, awak tak pakai apa-apa, jadi saya risau yang awak akan terkena selesema."

Wajah Chu Qiao lantas berubah kemerahan sebelum dia bergegas untuk mencari sehelai pakaian. Namun, dalam sekelip mata, dia dapat merasakan sepasang tangan yang melilit di sekeliling pinggangnya sebelum menarik badannya ke dalam dakapan pemuda itu.

"Penat?" Tanya Zhuge Yue semasa dia melilitkan sehelai selimut di sekeliling dada wanita itu. Bahunya yang masih terdedah buat pandangan Zhuge Yue itu tidak dapat lari daripada ciuman pemuda tersebut.

Chu Qiao membalas dengan tersipu, "Sedikit."

"Lapar? Saya akan suruh seseorang untuk bawa makanan ke sini."

"Tak, tak," Chu Qiao tergesa-gesa membalas. Kalau dia makan pada waktu sebegini, dia pasti akan ditertawakan oleh Li Qingrong dan anak-anak kecil yang lain.

Pasangan yang sedang berpelukan itu kemudiannya mengambil tempat di atas tikar sebelum Zhuge Yue menyuapkan beberapa potongan kecil kek kepada Chu Qiao. Masa pantas berlalu semasa kedua pasangan tersebut berborak mengenai kehidupan seharian mereka. Sekitar kawasan istana yang membisu itu telah mempamerkan lagi kemesraan mereka berdua.

"Xing'er, Quanrong dah bertarung sehingga ke Sempadan Beishou. Apa pendapat awak?"

Chu Qiao mengeluh dan berfikir sejenak sebelum bertanya, "Zhuge Yue, awak percayakan saya ke?"

Zhuge Yue segera meraih keningnya dan mengekeh. "Awak nak saya hantar pasukan-pasukan saya untuk menolong Yan Xun ke?"

"Bukan untuk tolong dia, tapi untuk tolong diri kita sendiri." Chu Qiao menggelengkan kepalanya. "Kita berdua tahu yang Quanrong tak akan dapat apa-apa dalam konflik ini. Mungkin, pada mulanya, mereka telah menggunakan elemen kejutan untuk memberatkan dacing kemenangan ke arah mereka. Tapi, semua itu akan berakhir apabila Yan Bei tersedar dari khalayan mereka itu. Bila semua ini akan terjadi, saya pun tak tahu. Perbezaan dalam peperangan ini ialah betapa dahsyatnya kemusnahan yang Quanrong akan lampiaskan pada Yan Bei. Lagipun, mereka itu cukup kejam dalam medan pertempuran. Tapi, tanpa sebarang strategi ketenteraan yang lengkap, segala usaha mereka akan menjadi sia-sia saja. Mereka itu beroperasi lebih seperti sebuah pengisar daging berbanding sebuah kumpulan askar yang lengkap." Zhuge Yue memeluk wanita itu, mendengar segala kata-kata yang diujarkannya.

Chu Qiao menyambung, "Quanrong pernah memecah masuk ke dalam Sempadan Meilin semasa tahun ke-13 kepimpinan Maharaja Tangming. Dalam masa sebulan, seluruh wilayah di bahagian Barat telah ditukarkan menjadi tanah tandus. Semua bangunan-bangunan bersejarah di sana telah dirobohkan manakala hampir 1,000,000 rakyat jelata telah dibunuh. Perkara-perkara itu sahaja sudah mampu untuk memundurkan sesebuah negara. Kalau bukan disebabkan itu, Tang pasti tak akan memberi sebarang ruang buat Xia untuk mengambil kesempatan supaya memusnahkan mereka."

"Kalau perang-perang itu sudah melemahkan pasukan ketenteraan Yan Bei, bukan ke ia bermaksud kita akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk menakluki kembali daerah-daerah kita?"

Chu Qiao tersenyum lembut dan memandang wajah pemuda itu. "Awak pun tahu apa yang bakal terjadi, tapi awak masih nak bertanya saya. Boleh ke saya bertanya kenapa Raja Qinghai kita ini berasa sangsi dengan dirinya sendiri?"

Zhuge Yue mengekeh sebelum mengucup wanita itu. "Saya tahu yang Yan Xun pasti tak akan melepaskan saya begitu saja. Kalau dia nampak saya tak bergerak, siapa tahu, mungkin dia yang akan menyuruh Quanrong untuk menyerang Qinghai."

"Itu hujah yang baik. Lagipun, memang personalitinya sebegitu."

"Tak mengapalah," Zhuge Yue membalas dan menyambung, "Daripada membuka pintu gerbang Qinghai supaya mereka boleh memasukinya sesuka hati, apa kata kalau kita menghantar pasukan-pasukan kita untuk membantu dia dalam menghalang mereka daripada memasuki Beishou? Kalau begitu, pasti tak akan ada sebarang kekacauan di sini. Rakyat-rakyat di sini pun baru saja ingin menyesuaikan diri ke kehidupan lama mereka. Kalau mereka datang ke sini dan memulakan kekacauan, bagaimana pula rakyat akan bersemangat untuk bekerja keras?"

Chu Qiao bertanya, "Bila awak bercadang untuk menghantar askar-askar awak?"

"Dalam masa beberapa hari. Saya sedang menunggu berita daripada Zhao Che. Sekarang, dia sepatutnya sudah berada di daerah-daerah utara untuk memulakan kekacauan. Yan Xun akan menghantar beberapa pasukan tenteranya untuk bertembung dengan Quanrong. Kita boleh membenarkan dia mengambil secebisan daripada pai kemenangan itu. Saya akan bergerak sebaik sahaja dia dah melancarkan rancangannya, sementara meminta beberapa jenis dana ketenteraan daripada Maharaja Yan."

Chu Qiao membalas, "Awak berdua ini memang tak takut akan kesan buruk yang akan terjadi, ya? Awak tak rasa memalukan ke apabila awak berdua menghantar pasukan tentera awak sendiri?"

Zhuge Yue terkekeh. "Selepas bertarung dengan sesama sendiri selepas bertahun-tahun, kita berdua sudah mula memahami cara pemikiran dan juga taktik masing-masing sehingga tiada siapa yang mampu menentukan pemenang di antara kita berdua. Dengan situasi politik di dua buah negara ini sudah mula stabil, kedua-dua belah pihak tidak mampu merisikokan pencetusan sebuah lagi peperangan. Lagipun, peperangan itu bukanlah satu jalan penyelesaian buat semua masalah. Akan ada satu tahap di mana sebuah rundingan murni diperlukan. Meng Barat ini sudah berkelahi buat lebih sedekad, mungkin inilah masanya untuk kita berdamai."

Chu Qiao mengeluh sebelum mengetatkan lagi dakapan tangan Zhuge Yue, membalas ringan, "Harap-haraplah."

Rakyat Quanrong bergegas daripada luar Sempadan Meilin untuk melampiaskan amarah mereka pada rakyat jelata Benua Meng Barat. Mereka tidak tahu yang walaupun dengan pertumpahan darah dan pembunuhan kejam yang sering berlaku, mereka juga telah mengurniakan secebisan harapan dan juga peluang sebenar ke arah kedamaian yang kekal.

Beishou… Beishou… Sudah berapa tahun wanita ini telah meninggalkan tempat itu? Dia tidak terfikir yang suatu hari nanti dia akan pulang ke sana.

Tahun 788 dalam kalendar Baicang mungkin boleh dikatakan sebagai tahun yang paling seiras dengan hari kiamat yang mengorbankan seluruh populasi sesebuah benua. 

Musim bunga pada tahun itu, seperti biasa, Yan Xun telah bertempur dalam sebuah pertembungan kejam dengan pemimpin daerah utara, Zhao Che dan juga pemimpin Qinghai, Zhuge Yue. Tanah Song yang kini telah berada di bawah jajahan Yan, telah bertembung dengan Tang buat beberapa kali. Ini telah membawa kehuru-haraan ke seluruh pelosok ruang Benua Meng Barat. Semua negara telah terjerumus ke dalam kancah konflik dalaman sehingga mereka tidak menyedari akan sebuah kuasa jahat yang telah muncul daripada jauh di sudut empayar Yan.

Tahun itu, pada hari kesembilan bulan keempat, sebuah berita yang menggoncangkan dunia telah membuatkan rakyat jelata Benua Meng Barat terpana pada ulang tahun keenam kedamaian mereka. Putera Jingan, pemberontak Tang, telah mengetuai sekumpulan tentera berkuda seramai 3,000 orang untuk menyelinap masuk ke dalam Sempadan Meilin secara rahsia. Seluruh pasukan tentera seramai 28,000 orang askar yang bertugas di Sempadan Meilin semuanya telah dibunuh demi mempertahankan empayar mereka.

Pada masa yang sama, sebuah lagi berita telah merebak ke seluruh benua bagai api yang membaham pantas. Puteri Jingan sebenar telah mengisytiharkan identiti dirinya sebagai Puteri Xia yang telah berada di bawah perlindungan rakyat Quanrong. Wanita tersebut telah menggunakan pasukan tentera Quanrong untuk berarak ke arah timur atas alasan demi mengukuhkan nama baik Empayar Xia dan juga demi membalas dendam untuk mantan maharaja mereka.

Pada ketika itu juga, Khan Quanrong yang bernama keluarga Nayan telah menuju ke arah timur dengan bersemangat juang yang tinggi sambil mengumumkan yang mereka bakal "mempertahankan suku kaum diraja dan menghancurkan setiap pengkhianat lain".

Ini merupakan kali ketiga Zhao Chun'er telah menempah namanya dalam sejarah benua tersebut.

Kali pertamanya jatuh pada hari ke-20 bulan kelima pada tahun 775, sewaktu perkahwinan berdarah di Zhen Huang itu berlaku. Wanita tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka semua orang yang juga telah mencemuhnya kerana dia merupakan tunang Yan Xun. Dia baru sahaja meningkat usia 16 pada tahun itu. 

Kali keduanya merupakan pada hari pertama bulan kesembilan tahun yang sama. Setelah pemberontakan Yan Xun dan juga pengisytiharan kemerdekaan Yan Bei, Xia yang pada masa itu berada dalam keadaan darurat telah memutuskan untuk membina sebuah pakatan perkahwinan dengan Tang. Namun, Li Ce telah mengusir puteri kesembilan Xia tersebut. Zhao Chun'er terpaksa mengembara ke Tang berseorangan untuk mengahwini salah seorang kerabat diraja Tang. Selepas itu, disebabkan oleh rancangannya untuk mendatangkan perselisihan faham di dalam Pasukan Tentera Utama, wanita tersebut telah dibuang negeri dari Tang. Namun, dia tetap tidak berputus asa dengan rancangannya untuk memulakan rampasan kuasa bersama Raja Luo berdekatan daerah Meishan dengan pertolongan Zhong Peng iaitu salah seorang jeneral utama Tang. Akan tetapi, rancangan sulit mereka itu telah dibongkar oleh Li Ce. Semenjak itu, tiada berita mengenainya yang telah tersebar di serata benua.

Sehinggalah hari ini, setelah 13 tahun berlalu, Zhao Chun'er telah menampilkan diri sebagai Putera Jingan yang kembali untuk membuka pintu gerbang Sempadan Meilin. Dia telah memimpin 80,000 orang tentera daripada pelbagai puak secara sendirinya, membenarkan rakyat-rakyat Quanrong memporak-perandakan seluruh dataran.

Peperangan akan sentiasa diingati sebagai salah satu bencana alam yang terburuk walaupun bertahun-tahun telah berlalu semenjak hari pertumpahan darah tersebut. Malah, pemimpin-pemimpin termasyhur seperti Zhuge Yue, Yan Xun dan juga Zhao Che pasti tidak akan menjangkakan situasi tersebut bakal bertambah teruk dengan begitu mendadak. 

Lagipun, tanggapan pertama yang terlintas di fikiran Zhuge Yue sewaktu berita itu tersebar, 'Daripada membenarkan mereka semua memasuki pintu rumah kita, lebih baiklah kalau kita menghancurkan mereka dahulu. Kita mungkin boleh dapat beberapa manfaat daripada Yan Xun.'

Tiada sesiapa yang benar-benar mengetahui betapa peperangan itu boleh membinasakan.

Rakyat-rakyat Quanrong telah dididik untuk menjadi orang gasar, dengan otot yang banyak namun akal yang kecil. Buat beribu-ribu tahun, puak tersebut telah berkeliaran di sekitar luaran Sempadan Meilin. Mereka berkeliaran bersama sekawanan kuda yang telah hidup secara nomad tanpa sebarang daerah mahupun bandar tetap untuk bertapak. Mereka juga tidak mempunyai sebarang sistem politik yang bersatu, tiada teknologi peperangan dan sudah pastinya tanpa seorang pemimpin elit. Pertempuran bersama mereka secara dasarnya bermaksud mengarahkan sekumpulan kuda-kuda ke barisan hadapan, di mana pihak musuh seringkali akan bertarung dengan askar-askar lemah sementara yang lain melarikan diri daripada askar-askar hebat.

Jadi, setiap kali nama mereka disebut oleh para pemimpin ketenteraan di seluruh kawasan timur, mereka pasti akan mencemuh puak tersebut dan menggelarkan mereka sebagai orang-orang gasar.

Akan tetapi, tiada sesiapa yang benar-benar telah memikirkannya. Semenjak kemerdakaan Yan Bei pada tahun 775 sehinggalah kehancuran Xia pada tahun 782, ditambahkan lagi dengan pertempuran-pertempuran kecil semenjak enam tahun lalu, Benua Meng Barat telah mengharungi kehuru-haraan selama 13 tahun. Sebaliknya pula, orang-orang gasar Quanrong telah melalui kehidupan yang aman dan damai selama 13 tahun berturut-turut tanpa sebarang konflik besar pun. 


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C275
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous