Télécharger l’application
80.13% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 234: Bab 234

Chapitre 234: Bab 234

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Qiu Sui melangkah ke depan dan dengan rasa hormat, dia menegaskan, "Cik Puan, selepas Cik Puan berangkat pergi, Tuanku mula membina tempat ini dan selepas dua tahun baru ia siap."

Ramai orang gaji yang sedang berlutut di atas tanah, bersujud hormat ketika melihat Chu Qiao sampai.

Chu Qiao berjalan untuk melihat yang istana itu telah dibina menggunakan kayu cendana manakala lampu-lampu pula dilitupi dengan kristal berserta dengan bau wangian yang semerbak yang merebak keluar daripada dinding. Kain langsir yang bergoyang itu kelihatan seperti sebuah gelombang di lautan dan kristal-kristal yang besar diletakkan di dinding, memancarkan cahaya lemah seperti bulan purnama di malam hari. Terdapasebuaht ukiran burung yang berwarna-warni di tiang tengah, dihiasi dengan serbuk emas dan berkilauan apabila disinari cahaya lilin. Di sisinya terdapat sebuah lukisan bunga Yulan di mana ia mungkin telah direndamkan ke dalam aroma minyak Yulan kerana haruman bunga tersebut dapat dihidu di seluruh kawasan itu. Tiba-tiba dia teringatkan pada suatu malam itu, apabila pemuda tersebut merampas aksesori kepala pembantu kediaman wanita dan meletakkannya di celah bunga di atas kepalanya.

'Dengan ini beta bertitah yang awak, Cik Puan Chu, atas ketekunan, kebijaksanaan, kelakuan yang mulia bersama dengan kebaikan dan kemurahan hati awak. Beta mengurniakan kepada awak gelaran (___). Semoga awak sentiasa diberkati selamanya.'

Di bawah skrip itu terdapat tanda cap mohor Li Ce dan gelaran itu dibiarkan kosong.

Sun Di berjalan lalu memberitahu dengan tegas, "Pada hari itu, Tuanku tak membuat keputusan lagi untuk gelaran itu. Selepas berbincang dengan yang lain-lain untuk beberapa kali, malah Jabatan Adat Istiadat juga turut memberikan cadangan, Tuanku masih tidak berkenan dan hasilnya gelaran itu telah dibiarkan kosong. Siapa yang sangka selepas menundakannya, Tuanku tak berpeluang lagi untuk mengisi gelaran itu buat selamanya."

Chu Qiao berdiri di sana dengan senyap dan cahaya lembut menyinari wajahnya yang pucat. Dia menggigit bibir sambil jarinya memegang kuat sehelai kertas sehingga buku jarinya bertukar menjadi warna putih.

Di dalam bilik itu terdapat pelbagai jenis barangan kemas yang telah disediakan untuknya. Jelas sekali semua barang itu sudah disimpan di sini untuk masa yang lama.

Kelenjar air matanya mula terasa panas dan keningnya berkeringat. Suaranya dalam dan dengan sedikit rasa gementar dia berkata dengan tenang, "Disebabkan saya tidak dikurniakan dengan gelaran itu, hal ini patut dibiarkan begitu sahaja. Jangan sebut mengenainya lagi."

Sun Di mengangguk, "Cik Puan ini memang seorang yang bijak. Sekarang sudah agak lewat. Rehatlah, saya akan keluar dahulu." Selepas pemuda itu menghabiskan ayatnya, dia terus beredar pergi.

Pintu merah itu ditutup dengan kuat lantas menghasilkan sebuah bunyi dentuman seperti bunyi kilat dari jauh yang menggegar lantai kediaman.

Meixiang melangkah sambil membawa surat di tangannya sambil berkerut, "Cik Puan, Tuan Zhuge menghantar surat lagi."

Ekspresi wajah Chu Qiao menjadi lembut. Dia mengambil surat itu lalu menggenggamnya, namun wanita ini langsung tidak membukanya untuk membaca isi kandungan yang tersurat. Peluh sejuk di tapak tangannya meresap masuk ke dalam surat itu lalu menjadikannya sedikit lembab.

Meixiang mengerutkan dahi lalu mengingatkannya, "Cik Puan, ini surat kesembilan yang telah dihantar Tuan Zhuge. Kalau Cik Puan tak membalasnya, Tuan Zhuge pasti akan berasa risau."

Chu Qiao mengambil tempat duduk tanpa memberi sebarang tindak balas kepada wanita itu. Matanya menatap cahaya lilin di tingkap seolah-olah dia sudah tenggelam jauh ke dalam pemikirannya.

Yan Bei dan Empayar Xia masih meneruskan lagi peperangan mereka. Sudah ada empat pertempuran di bawah Sempadan Yanming. Barisan hadapan sudah melangkau sehingga sepanjang jalan ke bahagian selatan tanah Batuha.

Zhao Yang bersama dengan keluarga Mu di Ling Nan dan tuan muda Jing, Jing Han telah memerintahkan semua anggota tenaga Pasukan Tentera Barat Daya untuk menentang Pasukan Tentera Utara Zhuge Yue dan Zhao Che di Menara Phoenix. Situasi di Xia sangatlah tidak menentu seolah-olah mereka boleh kalah pada bila-bila masa.

Maharaja telah jatuh gering terlalu lama dan tidak hadir ke mahkamah selama lebih setahun. Wei Guang juga mendakwa dia jatuh sakit dan membawa dirinya jauh daripada perhatian politik. Siapalah yang tahu apakah yang bakal dirancang oleh musang tua yang licik ini. Pada masa ini, situasi di Empayar Xia boleh dikatakan seperti serbuk senapang di mana jika ada sesiapa yang menyerang walaupun satu pertempuran, ia akan meletupkan bola api huru-hara.

'Perkara ini sesuatu yang boleh difahami wanita itu dengan mudah, jadi bagaimana pula pemuda itu tidak dapat memahaminya?'

Meixiang tidak dapat menahan dirinya selain bertanya, "Cik Puan, apa yang kita patut lakukan sekarang?"

Pandangan Chu Qiao beralih ke arahnya dengan pandangan yang dingin. Chu Qiao meludahkan satu perkataan dengan perlahan-lahan dan dingin, "Tunggu."

Upacara pertabalan Maharaja yang baru akan diadakan pada keesokan harinya.

Di dalam istana yang besar itu, seorang anak muda sedang terduduk di atas takhta naga yang besar. Di sebalik kain langsir yang terletak di belakang takhta itu, terdapat dua orang wanita yang berpakaian kemas. Merekalah ibu kepada Maharaja, Maharani Yuan dan Permaisuri Bangsawan Zhan.

Di dalam istana yang luas itu, Zhan Ziyu sebagai Raja Shezheng mengambil tempatnya dengan senyap bersama tubuhnya yang kelihatan agak tegang. Pakaian jet hitamnya dihiasi dengan sulaman enam ekor naga dan bibirnya mengukir sebuah senyuman yang amat ringan sehingga ia hampir tidak dapat dikesan berserta keyakinan diri yang penuh.

Li Ce tidak pernah mengisytiharkan Maharani utamanya mahupun mempunyai adik-beradik lain dan kemangkatannya pula terlalu mendadak bahkan Maharani Bonda juga telah mangkat. Jadi, pihak istana tidak ada pilihan lain selain melantik putera sulung Li Xiuyi sebagai Maharaja baharu empayar tersebut. Bonda putera sulung tersebut, Cik Puan Yuan, berasal daripada sebuah keluarga bangsawan kelas bawahan dan tidak mempunyai darah biru diraja yang memenuhi syarat penuh untuknya menyertai sesi persidangan pagi. Oleh itu, Cik Puan Ming telah menjadi ibu tiri kepada Maharaja muda tersebut dan akan mengawasi sesi persidangan pagi tersebut.

Maharaja baru sahaja berusia enam tahun. Kedua-dua wanita tersebut mendengar urusan negara dan ia menjadi jelas yang orang lain telah memegang kuasa yang sebenar. Permaisuri Yuan tidak mempunyai keluarga jadi seluruh kuasa berada di dalam tangan adik-beradik Zhan yang telah diasingkan ke luar Empayar Tang.

Perubahan dalam arus politik berlaku dengan begitu cepat dan kejam sama seperti arus deras di bawah laut yang dalam. Tiada siapa yang dapat melihatnya datang namun mereka pantas dan membunuh.

Orang bawahan yang setia dengan maharaja yang sebelum ini telah ditindas dengan teruk. Kebanyakan daripada mereka dikurung oleh pihak istana dan disiasat berdasarkan syak wasangka kerana membantu Raja Luo ketika pemberontakannya dahulu. Semua hamba yang berada di sisi Li Ce ketika kemangkatannya telah dipenggal dan semua wanita di harem telah dihalau keluar dari istana malah dipaksa untuk menjadi biarawati.

Para penguasa yang baru telah membuat kacau dengan memecahbelahkan Empayar Tang seperti sebuah ribut taufan. Pedang kematian digantung di rambut di atas seluruh Empayar Tang dan sesiapa sahaja yang berani menentang undang-undang baru itu akan dibunuh.

Di bawah pemerintahan yang kejam ini, ramai pegawai lama yang teragak-agak telah mengubah sisi mereka. Selepas sesi persidangan pagi, mereka akan berkumpul di Kediaman Raja Shezheng seperti sekumpulan serigala.

Apa yang memeranjatkan Chu Qiao di dalam keadaan yang begitu ialah orang pertama yang bangun dan menentang semua ini adalah Ahli Terhormat Liu yang telah berulang kali menentang Li Ce.

Pada awal bulan September di hadapan pintu Istana Jinwu, Ahli Terhormat Liu telah mengamuk dan menyatakan adik-beradik Zhanlah yang telah merancang segala-galanya dan pembunuhan pertama yang penuh dengan petunjuk yang mencurigakan. Zhan Ziyu dan Zhan Ziming pengkhianat yang sepatutnya dibunuh mati. Selepas berkata demikian, dia membuang dirinya ke arah bilah pengawal sambil menjerit nama Maharaja Li Ce lantas mati di tempat kejadian.

Zhan Ziyu duduk di dalam kereta kudanya dan tidak keluar walaupun sekali. Dia hanya keluar apabila badan Ahli Terhormat Liu telah diangkut pergi. Dia membuang sejumlah wang dan memberitahu saudara-saudara Liu untuk menggunakan duit tersebut untuk pengebumiannya.

Chu Qiao sedang menjamah selera ketika dia mendengar khabar tersebut. Pingan memaklumkan kepadanya dengan berhati-hati dan selepas Chu Qiao mendengarnya, tangannya menggigil sehinggakan separuh supnya tertumpah dari sudu. Selepas itu,dia memikirkan kejadian itu untuk masa yang lama.

Sebuah pergolan besar telah berlaku selepas kejadian mengenai Ahli Terhormat Liu itu tersebar di seluruh Empayar Tang. Semua cendekiawan berkumpul di Tang Jing. Para akademik yang berasa marah telah menulis artikel-artikel panjang untuk disebarkan ke istana untuk meminta jabatan penguatkuasa undang-undang menyiasat kejadian tersebut dengan teliti.

Dua hari kemudian, Zhan Ziyu telah melakukan penindasan yang kejam terhadap para cendekiawan itu. Buat seketika, penjara kerajaan telah dipenuhi dengan teriakan dari orang-orang yang berasa marah. Penyelia penjara tersebut mengerutkan dahinya sambil bertanyakan Zhan Ziyu apa yang perlu dilakukan. Raja muda Shezheng dengan santainya berkata, "Bukan ke kita masih ada tempat di bukit Huangquan di luar bandar itu?"

Penyelia tersebut berasa seram sejuk sehingga ke tulang belakangnya. Bukit Huangquan merupakan sebuah tempat perkuburan yang besar jadi secara tidak langsung dia memahami maksud Raja muda Shezheng itu.

Pada waktu petang di hari yang sama, penjara itu terbakar dengan tidak sengaja dan kebanyakan tahanan di dalamnya tercedera dan terbunuh, badan-badan mereka dibakar hidup-hidup. Mayat-mayat itu dilemparkan ke dalam kubur tanpa sebarang perlindungan lalu dijadikan makanan untuk binatang. Kejadian di penjara itu ditamatkan dengan penangkapan dua orang pengawal penjara yang telah mabuk semasa sedang bertugas.

27 September merupakan hari yang berangin pada musim luruh.

Sesi persidangan pagi pada hari ini berbeza dari biasa kerana ia telah dikendalikan sepenuhnya oleh Raja Shezheng, Zhan Ziyu. Hanya Zhan Ziming sahaja yang berada di belakang tirai sambil mendengar. Doktor kerajaan empayar telah memberitahu Maharaja gering sedikit dan Maharani Bonda sedang menjaganya, menyebabkan mereka tidak dapat hadir.

Sebelum orang ramai mempunyai masa untuk bertindak balas, sebuah takhta keemasan tiba-tiba diangkat keluar dari belakang istana utama. Terdapat ukiran seekor naga berekor sembilan di atas kerusi tersebut dan berkibar dengan megahnya seperti takhta Maharaja yang mewah.

Seorang utusan yang selalu membaca mandat diraja memuji Zhan Ziyu tanpa rasa malu sebelum membaca mandat diraja dan mengumumkan kerusi itu telah ditempah oleh Maharaja sendiri. Memandangkan perlembagaan Zhan Ziyu yang lemah, Maharaja berharap Zhan Ziyu dapat duduk di atas kerusi tersebut. Bukan itu sahaja, Istana Lingxiao yang terletak di Istana Jinwu juga akan diberikan kepada Raja Shezheng untuk mengurangkan waktu perjalanannya setiap hari.

Zhan Ziyu kelihatan seperti dia enggan menerima penghormatan ini pada awalnya tetapi selepas diyakinkan oleh orang ramai untuk sementara waktu, akhirnya dia duduk juga di atas takhta baru tersebut. Sekilas pandang, sukar untuk membezakan takhta sebenarnya.

Selepas Chu Qiao meletakkan surat yang baru sahaja dibacanya pada malam itu, dia menghela nafas sebelum memberitahu Tie You, "Pulanglah dan jaga Maharaja. Masanya sudah hampir."

Di tengah malam tiga hari kemudian, satu kekacauan yang lantang telah tercetus di Istana Jinwu. Mereka yang sedang terlena dibuai mimpi tiba-tiba dikejutkan apabila para pegawai dan orang awam bergegas keluar mencari sumber bunyi tersebut. Apa yang didapati mereka sesaat mereka melihat ke arah Istana Jinwu adalah langit yang berwarna merah cerah disebabkan oleh cahaya api, bunyi pergaduhan yang tercetus di semua tempat dengan raungan dan teriakan yang kedengaran di merata tempat.

Pada masa itu, semua orang berasa terkejut. Beberapa orang lelaki pengecut dengan cepat membawa keluarga mereka masuk ke dalam rumah dan menutup semua pintu serta tingkap dengan rapat kerana takut ditangkap dalam konflik tersebut. Hanya beberapa orang pegawai sahaja yang menyaksikan dan melihat ke arah istana sambil merungut, "Nampaknya kuasa akan berubah tangan lagi."

Pada tengah malam, pintu pagar istana telah dibuka dan Lu Yunxi dengan pakaiannya yang berlumuran darah bergegas keluar bersama dengan 3000 askar elit untuk memberitahu Chu Qiao yang sedang berdiri di hadapan Pintu Gerbang Tai'an, "Cik Puan, kami telah mengambil alih Istana Lingxiao."

Berlatarbelakangkan langit yang gelap, pakaian merah gelap Chu Qiao kelihatan seperti bersatu dengan cahaya malam. Di atas pakaiannya terdapat sulaman emas itik mandarin dan kulitnya yang seperti jed menyerlah di dalam kegelapan tersebut, bentuk wajahnya yang cantik bersinar melalui kabus malam seperti rumah api. Di belakang wanita itu terdapat 10,000 tentera Xiuli. He Xiao sedang terduduk tegak dengan tenang di atas kuda perangnya dan mengawal di sisi Chu Qiao. Bendera putih yang mempunyai awan merah di atasnya berkibar tinggi di atas kepala semua orang. Awan mendung yang menjulang tinggi di atas kepala melindungi cahaya bulan dan bintang. Walaupun cahaya dari lampu suluh menyinari wajah Chu Qiao, wanita itu kelihatan seperti sebilah pedang yang tidak bernyawa dan bersedia untuk menyerang.

"Masuk." Suaranya yang dingin kedengaran lembut namun tegas dan menusuk masuk ke dalam telinga semua orang.

Angin yang bertiup kuat mengibarkan baju Chu Qiao. Dia lantas mendongak, menampakkan dagunya yang tajam sebelum mengecilkan matanya lalu mengetuk lembut perut kuda tersebut dengan kakinya, memberi isyarat kepada kuda tersebut untuk masuk ke dalam istana agung.

Neraka yang dipanggil istana barat itu akhirnya telah dimusnahkan ketika pengawal terakhir di Istana Xiaoling itu rebah. Du Pingan mengetuai sekumpulan tentera dengan sinaran keazaman di matanya. Ia seolah-olah dalam satu malam ini dia telah menjadi matang sebagai seorang lelaki.

Selepas semua pasukannya disatukan, lebih 10,000 orang tentera berdiri di belakang Chu Qiao dengan obor mereka yang menerangi seluruh langit bersama dengan sejumlah badan yang tidak terhitung banyaknya berselerakan di istana yang menakjubkan itu.

Kuda Chu Qiao memijak tangga marmar putih. Sepanduk yang mempamerkan tempat bersemayamnya Raja Shezheng di mana orang biasa tidak berani untuk melihatnya kini telah dimusnahkan ke atas tanah. Kuda itu memijak sepanduk tersebut sehingga hancur berkecai dan menghasilkan bunyi tajam serpihan pecah.

Seorang gaji yang peka dalam segala situasi yang berlaku itu mara ke hadapan dan memuji wanita tersebut dengan lantang sebelum menyambut kedatangan marsyal yang hebat itu. Chu Qiao yang melihat lelaki tersebut terus memijak belakangnya tanpa ragu-ragu dan menggunakan dia sebagai tangga untuk menuruni kudanya lalu berjalan menuju ke istana.

Tiba-tiba pintu istana terbuka dan dia disambut dengan tiupan angin yang sejuk dan berbau setanggi. Mantelnya yang berwarna merah berkibaran ditiup angin. Pedangnya yang tergantung di pinggang bersinar dengan kesejukan yang membawa maut serta menembus jauh ke dalam hati pihak musuh. Di dalam dewan kosong itu, Zhan Ziyu sedang terduduk bersendirian dan mereka berdua bagaikan dilontarkan kembali ke suatu masa di mana seorang lelaki berpakaian hijau sedang terduduk di atas kerusi roda kayu sambil menghadap gelombang sungai yang terhempas. Chu Qiao masih ingat dengan jelas mata lelaki tersebut yang jelas seperti kristal dan suaranya yang dalam ketika dia bertanya, "Siapa di sana?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C234
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous