Télécharger l’application
76.36% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 223: Bab 223

Chapitre 223: Bab 223

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Menjelang tengah malam, banjaran gunung itu kelihatan seperti sebuah dataran berumput yang rata. Penunjuk jalan ada menyebut kawasan ini telah dinamakan Dataran Youyou dan di hadapannya adalah Pergunungan Matahari Terbenam. Selepas Pergunungan Matahari Terbenam, mereka akan sampai di bandar yang paling besar di barat daya iaitu Bandar Qiufeng. Jika Bandar Qiufeng dijadikan titik rujukan, Tang Jing terletak di arah timurnya manakala Sempadan Baishui terletak di utara dan Wilayah Xia terletak di luar Sempadan Baishui.

Kumpulan ini telah mengembara di sepanjang banjaran gunung buat beberapa hari ini. Akhirnya, wajah-wajah mereka semua terur bertukar ceria apabila mereka melihat dataran yang rata tersebut. Pemandangannya yang rata itu kelihatan masih sama bertemankan sebuah pokok yang jelas kelihatan dari jauh. Walaupun jaraknya selalu dianggap tidak jauh, namun ia tetap akan mengambil masa selama hampir sehari juga untuk sampai ke sana dengan menunggang kuda. Selepas mengembara di Sempadan Youyou hampir dua hari, akhirnya mereka sampai di Pergunungan Matahari Terbenam.

Nama gunung ini secantik pemandangannya. Beberapa puncak gunung berdiri megah antara satu sama lain yang dihiasi, dihiasi dengan pokok-pokok hijau yang subur dan dipenuhi oleh bunga-bungaan. Air terjun yang mengalir ke bawah dari atas puncak gunung itu lantas membentuk sebuah aliran berwarna putih. Wap air yang memercik ke ruang udara di kawasan itu sekaligus memberikan aura seakan-akan syurga kepada para pengunjung. Disebabkan Bandar Qiufeng yang terletak berdekatan, jalan-jalan di atas gunung cukup luas untuk menampung dua kereta kuda yang bergerak secara bersebelahan. Ketika matahari terbenam, pemandangan di hutan dan bunga bertukar menjadi cahaya berwarna merah cerah. Pemandangan itu sangat cantik seperti namanya.

Pada malam itu, Chu Qiao mengarahkan pasukannya untuk mendirikan tapak perkhemahan mereka di kaki bukit. Apabila mereka mendengar arahan wanita itu, mereka semua bersorak kegembiraan setelah berasa tersangatlah letih kerana telah berjalan tanpa henti selama beberapa malam tanpa tidur. Sebelum mereka tertidur, kedengaran bunyi lolongan serigala liar tidak jauh dari situ yang telah menaikkan bulu roma setiap telinga yang mendengar.

Wajah Jingjing bertukar pucat ketakutan lalu dia merapatkan badannya ke tubuh Meixiang di dalam khemah. Dia mencuba menutup matanya untuk tidur namun tidak berjaya. Chu Qiao berasa sedikit bimbang. Serigala-serigala kelaparan di barat daya ini memang terkenal dengan kekejaman mereka. Pada masa ini, wanita itu tidak mempunyai pasukan yang besar bersamanya dan kebanyakan daripada orang bawahannya ialah pengawal peribadi, pengendali pengangkutan serta para wanita. Jika mereka terserempak dengan sekumpulan serigala tersebut, perkara-perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku. Oleh itu, dia memanggil Pingan dan memberikannya beberapa arahan. Kemudian, dia memberitahu semua orang untuk mempersiapkan diri mereka sebelum dia melonggarkan pengawasannya sedikit.

Ketika menjelang lewat malam, lolongan serigala-serigala tersebut menjadi semakin kuat yang diiringi dengan lolokan lantang beberapa orang lelaki. Hal ini telah menyebabkan Chu Qiao memakai jubahnya dan meluru keluar sebelum mengarahkan beberapa orang untuk mengawal tapak kem. Chu Qiao, Pingan dan lebih daripada sepuluh orang pengawal lantas bergerak menuju ke arah bunyian tadi. Namun, ketika mereka baru sahaja melepasi cerun yang pertama, bau hanyir darah serta-merta berlegaran di udara dan menyusup ke dalam setiap rongga hidung mereka. Mereka semua memandang ke hadapan dengan teliti dan lantas terlihat sekumpulan 100 lebih ekor serigala sedang menyerang sekumpulan lelaki di atas kuda mereka di lembah bawah. Walaupun jumlah mereka kurang daripada jumlah serigala tersebut, pergerakan mereka lebih tangkas dan teratur. Jelasnya, mereka ini sekumpulan manusia yang tidak boleh dipandang remeh. Walau bagaimanapun, sekumpulan serigala tadi juga bertindak dengan sangat ganas apabila mereka menunjukkan gigi mereka yang putih dan tajam itu. Ketika binatang-binatang buas tersebut berkumpul bersama, mereka seakan-akan bertambah kejam sekaligus dengan semangat mereka, langsung tidak berasa takut untuk bertempur dengan manusia.

Bau hanyir darah semakin kuat ketika darah memercik di merata-rata tempat. Manakala, tangisan kesakitan bergema lantang di ruangan udara dan sekali lagi membuatkan semua orang menggigil ketakutan.

"Kakak?" Pingan mengerutkan keningnya sambil bercakap dalam nada yang berat, "Banyak sangat serigala. Kalau mereka ini pun tak mampu mengalahkan mereka, apatah lagi kita ini."

Chu Qiao mengangguk lalu mengarahkan, "Semua orang bersiap sedia." Pasukannya terdiri daripada para pejuang yang berpengalaman. Walaupun mereka tidaklah sehebat seorang tentera, namun mereka tetap pasukan yang berani dan gagah. Mereka lantas menyediakan busur dan anak panah mereka sambil mengambil posisi masing-masing, menunggu arahan daripada Pingan untuk menyerang.

"Serang!" Satu barisan anak panah berapi yang disirami dengan minyak pinus terbang melayang dari busur mereka. Dalam sekelip mata, lebih daripada sepuluh ekor serigala jatuh merebah ke atas tanah sambil meraung kesakitan kerana telah diserang dari belakang secara tiba-tiba.

Kejadian itu telah menaikkan amarah para serigala yang lain apabila mereka berpaling sebelum bergegas ke arah pasukan Chu Qiao. Dengan kelajuan yang sangat pantas, beberapa ekor serigala telah berlari tepat di hadapan mereka.

Pingan bertindak dengan pantas ketika dia mengambil sebaldi minyak dan menuangkan kandungannya ke atas tanah di hadapannya. Lalu, remaja itu lantas melemparkan obor api ke atas tanah yang lembab itu, menyebabkan api menyala setinggi 30 kaki di hadapan gunung. Beberapa ekor serigala kelaparan yang tidak sempat berhenti lantas terjatuh ke dalam api yang sedang membara itu lalu melolong lantang.

Sekumpulan serigala tersebut mula berundur kerana mereka takut akan api yang sedang marak itu. Sekumpulan lelaki yang berada di atas kuda melihat saja sekutu tidak dikenali yang telah datang untuk membantu mereka itu terus berlari ke hadapan dan menggunakan perang mereka untuk membunuh serigala-serigala yang menghalang laluan mereka.

Sekumpulan serigala tersebut memang sangat ganas kerana mereka hanya berundur selepas pertempuran yang sengit selama lebih dua jam. Sebelum mereka melarikan diri, mereka meraung dalam kemarahan seperti memberi isyarat mereka akan membalas dendam.

Seorang lelaki menjerit dari bawah lembah itu, "Siapa di sana? Tuan kami berterima kasih kerana telah memberi pertolongan!"

Pingan sedikit terkejut ketika mendengar ayat itu. Dia lantas berpaling untuk melihat namun pandangannya dihalang oleh sebatang pokok. Tambahan pula penglihatannya tidak begitu jelas pada waktu malam. Dia tiada pilihan lain lalu terus menjerit, "Iu Saudara Cao ke? Kita berjumpa di Sungai Qingheng sebelum ini."

Pihak lagi satu terdiam beberapa ketika sebelum dia ketawa dan menjawab, "Oh, itu Saudara Du. Susah bagi saya sekarang tetapi saya akan membalas jasa awak nanti."

Pingan berkata, "Tolong aturkan satu perayaan, Saudara Cao. Awak terluka ke? Ada ubat sapu tak?"

"Hanya luka ringan saja, tiada apa yang serius. Terima kasih atas keprihatinan awak."

Chu Qiao dapat mendengar kecurigaan suara daripada pihak di sana. Wanita itu lantas menarik lengan baju Pingan dengan lembut sambil menunjukkan ke arah kem mereka sendiri.

Pingan yang menyedari niat wanita itu terus berkata, "Saya pergi dahulu. Jaga diri, Saudara Cao."

Apabila mereka kembali ke kem, Jingjing melompat dengan cemas. Dia meluru ke arah Chu Qiao dengan tergesa-gesa dan bertanya, "Kakak tercedera ke?"

"Tak." Chu Qiao menggeleng kepalanya sambil berpesan kepada Pingan dan yang lain, "Sentiasa berjaga-jaga apabila kamu semua tidur malam ini. Pastikan obor sentiasa menyala. Sediakan anak panah berapi, sulfur dan juga tong minyak. Serigala tadi tak akan lepaskan kita begitu sahaja. Berhati-hatilah dengan mereka."

Semua orang mengangguk ketika Chu Qiao mula bergerak ke khemahnya. Meixiang lantas membuka jubah milik wanita itu sambil berkata dengan lembut, "Cik Puan boleh saja membiarkan Pingan pergi seorang diri. Kenapa Cik Puan ikut mereka?"

Chu Qiao menggeleng kepalanya sambil mengerutkan keningnya lalu berkata, "Saya berasa tak sedap hati beberapa hari ini. Saya tak tahu jika ada sesuatu yang akan berlaku."

"Cik Puan, Cik Puan mesti sedang risaukan tentang Maharaja Tang. Jangan risau. Dia seorang yang cerdik. Penjahat-penjahat itu tak akan dapat memperbodohkannya."

Chu Qiao mengeluh sambil mengambil secawan teh ginseng yang hangat dari Meixiang. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat memanaskan tangannya yang sejuk.

"Saya pun berharap begitu."

Semasa dia sedang memikirkan mengenai sekumpulan lelaki berkuda tadi, tiba-tiba dia merasakan satu lagi petanda buruk yang akan datang menimpa mereka. Secara tidak sedar dia menggumam, "Meixiang, kamu masih ada lagi ubat sapu yang kita beli di Dewan Xinglin sebelum ini?"

Meixiang terkejut lalu bertanya dengan panik, "Siapa yang tercedera? Cik Puan tercedera ke?"

"Tak." Chu Qiao menggelengkan kepalanya dengan cepat. "Tiada sesiapa yang tercedera." Dia berbaring di atas tikar dengan perasaan kecewa yang membukam di dada. Meixiang melihat wanita itu dengan penuh tanda tanya jika dia dibohongi. Apa yang sudah berlaku? Chu Qiao mengerutkan dahinya sambil berfikir.

Keesokan paginya, Chu Qiao dan yang lain meneruskan perjalanan mereka. Mereka baru sahaja bertolak apabila mereka melihat sekumpulan lelaki sedang berbaring di atas kuda mereka dan menunggu di hadapan. Mereka orang-orang yang berlawan dengan serigala malam tadi.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan tiga puluhan berjalan dan berbual ringkas dengan Pingan. Kemudian, dia melangkah ke arah gerabak kuda Chu Qiao lalu menunduk sambil berkata, "Tuan saya berterima kasih atas pertolongan Cik. Saya tak seharusnya mengganggu Cik tapi saya telah diajar untuk mengingati jasa orang lain. Boleh saya tahu nama Cik? Tolong maafkan kecuaian saya."

Chu Qiao mengerutkan dahinya sambil menjawab dengan nada yang berat, "Memang Itulah yang sepatutnya saya lakukan. Tak perlu berterima kasih pada saya lagi."

Lelaki itu agak terkejut lalu dia terus mengarahkan perbualan kepada motifnya. "Saya masih tak tahu nama Cik."

"Kamu ini peliklah. Tuan kamu hantar kamu ke sini maksudnya dia tidak mahu mendedahkan identitinya kepada saya. Kenapa kamu pula mahu bertanya mengenai latar belakang saya? Kita hanya orang asing yang saling membantu. Normallah kalau kita berhati-hati dengan satu sama lain kerana kita tidak saling mempercayai dan mempunyai perkara sendiri yang harus diselesaikan. Kenapa kamu masih berdiri di sini dan berbual mengenai perkara yang sia-sia dan bukannya bergegas untuk meneruskan perjalanan kita sendiri?"

Lelaki itu benar-benar terkejut kerana dia langsung tidak menjangkakan yang Chu Qiao sebegitu jujur. Selepas daripada itu, dia terus berundur dari situ senyap-senyap. Kumpulan di hadapan mereka kemudiannya terus menghilang dalam sekelip mata.

Jingjing berasa kagum, "Kakak ini sangat hebat!lah"

Chu Qiao mengeluh sambil bersandar pada kusyen. Dia tidaklah sehebat mana, cuma wanita ini hanya tidak mahu membazir masa dengan mereka sahaja. Hari demi hari telah bersilih ganti dan kerisauannya bertambah kuat. Sekumpulan orang tadi membuatkan dirinya berasa tidak selesa dan marabahaya. Dia dengan jelas merasakan mereka ini bukanlah orang-orang yang biasa. Pada masa ini, lebih baik mereka berjalan dengan berhati-hati kerana lagi sedikit masalah lagi baik.

Walau bagaimanapun, hanya hampir setengah hari sahaja yang berlalu sebelum mereka menemui halangan seterusnya. Pada masa ini, Jingjing yang lembab itu pun turut merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beberapa batang pokok dan timbunan tanah lumpur serta batu telah berselerakan di sepanjang laluan sempit berbatu di gunung. Batu-batu tersebut setinggi manusia yang menghalang laluan untuk mereka meneruskan perjalanan. Semuanya sangat jelas. Walaupun naluri utama mereka mengatakan yang kejadian itu merupakan tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat beberapa hari yang lalu, namun tiada sesiapa yang akan mempercayai kemungkinan ini. Mereka semua telah menyaksikan banyak kejadian kebetulan yang telah berlaku sepanjang perjalanan mereka.

Seperti yang dijangkakan, sekumpulan lelaki tadi sedang menunggu mereka di depan kuda mereka untuk menyapa pihak Chu Qiao dengan aura permusuhan. Pingan dan yang lain membalas dengan kerutan di kening sambil tangan mereka dibawa ke sisi untuk bersiap sedia menghunuskan pedang.

Cuaca di langit kelihatan terang dengan biru keunguan. Burung-burung berterbangan mengelilingi langit ketika cahaya matahari yang hangat menyinari tanah. Ia seperti kiasan apabila suasana yang gelap terhasil daripada kecerahan. Kedua-dua pihak hanya saling berpandangan menjangkakan pertempuran tanpa memulakan apa-apa tindakan.

"Kebetulan betullah," Lelaki yang bernama Cao itu ketawa dingin semasa dia bercakap.

Pingan mengangkat keningnya sambil menjawab dengan nada yang sama digunakan oleh lelaki itu, "Memang kebetulan apabila kita selalu terserempak dengan Saudara Cao dalam situasi hidup dan mati beberapa hari ini. Walaupun saya tak percayakan pada takdir, saya tak ada pilihan lain melainkan mempercayainya kali ini."

"Pada pendapat saya, takdir itu sampah. Saya risau yang seseorang ada niat buruk."

Pingan menjawab dengan marah, "Siapa yang kamu maksudkan?"

Lelaki yang bernama Cao itu mengejek dengan dingin, "Siapa kamu? Dedahkan siapa identiti kamu yang sebenarnya!"

"Kamu lebih kelihatan seperti penjahat!" Pingan berteriak dalam kemarahan sambil menghunuskan pedangnya yang berkilauan dalam kecerahan. Dia mengambil langkah ke hadapan, bersedia untuk menyerang.

Pihak lawan yang berasa terancam juga mengeluarkan pedang mereka. Tiba-tiba, satu cahaya kilauan berwarna perak melayang di hadapan wajah Pingan lalu menjatuhkan pedangnya ke atas tanah. Suara seorang wanita yang tajam bergema, "Pingan, jangan bertindak terburu-buru."

Suasana yang tegang itu hampir terpadam. Keadaan sekeliling menjadi sangat sunyi sehinggakan bunyi nafas juga dapat didengar. Angin yang bertiup melintasi mata semua orang dan menyebabkan daun-daun di kejauhan bergeseran. Burung-burung bercicipan ketika mereka terbang merentasi langit lalu mengembalikan suasana terang yang bersesuaian dengan cuaca.

Swoosh! Sebuah bunyi yang lembut tiba-tiba bergema seperti bunyi but yang sedang berjalan di atas laluan berbatu. Ketika angin mengangkat tirai kereta kuda tersebut, pemuda yang bernama Cao dan kumpulannya berkata dengan terkejut, "Tuan?" Lelaki tersebut mendiamkan diri sambil terus berjalan menuju ke arah kereta kuda Chu Qiao.

Pingan mengangkat keningnya sambil menjerit, "Berhenti di sana!"

Lelaki tersebut hanya mengabaikannya. Pingan memegang pedang di tangannya sambil bersedia untuk menyerang lagi.

Clank! Pedang itu baru keluar separuh daripada sarungnya apabila lelaki tersebut menepisnya jatuh ke atas tanah dengan ketangkasan yang hebat.

Wajah Pingan bertukar menjadi kemerahan kerana marah lantas bergegas menuju ke arah lelaki tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut langsung tidak menunjukkan ketakutan sambil terus mempercepatkan langkahnya menuju ke arah kereta kuda Chu Qiao lalu mengangkat tirainya.

Whoosh! Angin segar bertiup masuk ke dalam kereta kuda itu. Cahaya matahari tengah hari itu amat menyilaukan. Chu Qiao memegang senjata kecil di tangannya lalu diarahkan ke pintu kereta kudanya. Walau bagaimanapun, dia membeku apabila cahaya matahari memasuki ke dalam anak matanya.

Pingan bergegas ke arah mereka dari belakang kereta kuda sambil tangannya berbentuk seperti cakar dan menuju ke arah leher lelaki tersebut. Dengan mudahnya dia dapat membunuh musuhnya pada masa ini setelah berada di bawah bimbingan Chu Qiao selama tiga tahun. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut tidak mengelak. Dia berpakaian serba putih ketika dia berdiri di tempat asalnya sambil memandang Chu Qiao dengan wajahnya yang tampan. Pada masa itu, dia tidak tahu untuk berasa gembira atau sedih. Pelbagai emosi melonjak dari dalam yang menyebabkan dia berasa terpukul.

Swoosh! Anak panah yang dilepaskan dari busur melepasi telinga lelaki itu dan lengan Pingan dengan kelajuan yang menakutkan, membawa aura membunuh yang menghentikan pergerakan semua orang.

"Pingan, ke tepi," Chu Qiao memerintahkan dengan nada rendah tanpa sebarang kemarahan tetapi nadanya cukup mengancam.

Pingan menjawab dalam kekeliruan, "Kakak?"

Chu Qiao mengangkat keningnya lalu melihat ke arah Pingan tanpa berkata apa-apa.

Pingan berundur perlahan-lahan ke belakang sambil melihat ke arah lelaki tersebut yang sedang berdiri di hadapan kereta kuda dengan penuh kemarahan.

Angin yang bertiup itu terasa sangat memukau, diiringi dengan cuaca juga baik. Sekumpulan burung oriole mendarat di atas sebatang dahan pokok bercabang yang tidak jauh dari situ sambil berkicauan gembira. Banyak bunga yang tumbuh memekar di atas pokok-pokok di dalam hutan tebal lalu menampilkan sebuah pemandangan yang sangat cantik.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C223
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous