Télécharger l’application
69.52% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 203: Bab 203

Chapitre 203: Bab 203

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Awan yang menutupi cahaya matahari perlahan-lahan memudarkannya cahayanya di medan perang yang berangin itu. Masa berlalu dengan begitu perlahan sementara angin yang bertiup pada musim luruh itu membawa kesejukan yang luar biasa di dataran luas Yan Bei. Dari tengah malam ke tengah hari, dari tengah hari ke senja, darah-darah yang masih segar mencemari keseluruhan Dataran Huolei. Bunga Huoyun yang kemerah-merahan sedang mekar berkembang mendedahkan kelopaknya yang berwarna merah. Yang tinggal hanyalah jasad manusia yang terbaring bergelimpangan di atas tanah yang sejuk di pagi hari seperti ladang jagung yang dimusnahkan.

Dataran itu telah kehilangan warna asalnya. Burung-burung hering berterbangan mengelilingi langit menunggu peluang untuk menikmati juadah yang jarang ditemui di depan mata mereka. Tentera yang terluka sedang meraung kesakitan seperti serigala yang kematian ibu bapa mereka di atas longgokan mayat dan tulang di atas dataran. Tentera yang cedera parah tidak mampu untuk menjerit bahkan mereka terbaring di atas tanah seperti anjing mati. Mereka dijumpai oleh pasukan penyelamat pertempuran yang mendapati mereka masih hidup kerana mengeluarkan bunyi ketika mereka ditendang oleh para penyelamat itu. Gerimis yang nipis dan sejuk yang turun pada waktu petang menghasilkan lapisan putih nipis di atas mayat-mayat yang sedang dibakar.

Cheng Yuan yang sedang berjalan tiba-tiba tersadung di atas longgokan mayat . Pengalamannya semasa berperang bertambah rumit tahun demi tahun. Wajahnya yang jahat itu memancarkan sebuah cahaya kepastian di mukanya. Kakinya yang telah tercedera oleh anak panah dibalut dengan kain putih dan dia terpaksa berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Di cerun rendah yang tidak jauh dari situ, seorang lelaki sedang berdiri di bawah pokok poplar. Bendera Tentera Helang Hitam sedang berkibaran di atas kepalanya. Rumput layu di bawah kakinya itu berada mengelilinginya. Pandangannya kosong seolah-olah dia sedang termenung jauh daripada medan perang, pertumpahan darah dan lebih jauh daripada awan yang merentasi langit…

Cheng Yuan berdiri tegak, tidak beranjak di tempat itu dengan kebingungan dan dia juga tidak bergerak ke hadapan.

"Itu Cheng Yuan? Mari ke sini." Yan Xun tidak berpaling ketika dia menhuturkan kata-kata itu dengan suara yang tenang, selesa dan tersusun. Ketika Cheng Yuan melangkah ke hadapan, dia membongkokkan sedikit badannya dan melutut di atas tanah dengan sebelah kaki sambil bersuara dengan perlahan, "Tuanku, Tentera Xiuli telah memecah masuk pembentukan kita melalui Tentera Xuanyu di tenggara. Tentera Xuanyu dah sampai di medan perang untuk memberi bantuan kepada askar kita. Mereka telah diserang oleh Jeneral Chu kerana mereka membentuk dan menyusun pasukan dengan tergesa-gesa. Tentera Xiuli cuba untuk mengelakkan konfrontasi secara langsung dengan pihak kita dan memilih untuk menyerang Tentera Xuanyu. Apabila kita cuba untuk menghentikannya, semuanya sudah terlambat. Mereka telah melarikan diri dari arah kiri dan sedang menuju ke barat laut."

Yan Xun mengangguk senyap tanpa berkata apa-apa.

Cheng Yuan menjilat bibirnya yang kering dan terus berkata, "Saya dah memerintahkan Jeneral Gao dan Jeneral Lu untuk menghentikan mereka. Tentera Pertama akan menghantar 30,000 askar untuk menyerang mereka di wilayah barat laut. Sempadan Longyin juga bersedia untuk berperang. Kami telah menutup jalan di laluan air selatan yang membawa ke Tang. Sekalipun Tentera Xiuli mempunyai sayap, kami akan pastikan untuk menembak mereka."

Yan Xun tetap mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengar apa yang Cheng Yuan jelaskan. Cheng Yuan yang mula berasa sedikit gugup menegur, "Tuanku?"

"Teruskan."

"Kita telah mengalami banyak kehilangan dan kecederaan yang berat. Tentera Ketiga dan Ketujuh telah dihapuskan sepenuhnya. Ketua Tentera Keempat, Kelapan dan Kesebelas juga telah mati dalam pertempuran, setengah dari pasukan mereka turut terkorban. Jeneral Du Ruolin dari Tentera Ketiga belas enggan menyertai peperangan dan kita dah masukkan dia ke dalam penjara namun pasukannya masih juga enggan mematuhi kita. Mereka tidak berguna kepada kita tapi kita masih perlu menghantar pasukan untuk menjaga mereka dalam pengawasan…"

Yan Xun berpaling sedikit lalu mengangkat keningnya dan dengan suara yang perlahan dia bertanya, "Mereka enggan ikut berperang?"

"Y..ya," Cheng Yuan menelan kata-katanya. Dengan nada lembut dia menyambung, "Semua askar dari Tentera Ketiga belas daripada Tanah Tinggi Shangshen."

Angin sejuk yang bertiup melewati Yan Xun menyebabkan hujan memercik di wajahnya. Dia mengangguk perlahan tanpa bersuara.

"Tuanku, untuk menghentikan Tentera Xiuli, kita hanya perlukan sedikit masa. Saya ada kebimbangan yang lain, tetapi saya tak tahu sama ada saya perlu mengatakannya ataupun tidak."

Yan Xun menjawab tanpa sebarang emosi, "Katakanlah."

"Baiklah. Tuanku, jika tentera kita berjaya menangkap Jeneral Chu, bagaimana kita harus menyerang dia? Kita perlu menyerang mereka dengan habis-habisan atau hanya mengelilingi mereka sahaja? Kita perlu membunuh mereka atau membiarkan mereka hidup? Tuanku, tolong jelaskan kepada saya."

Angin di sekitar telinga Yan Xun mula bertiup kuat. Dia berdiri di sana dengan senyap ketika angin menghembus masuk ke badan dan lengan bajunya. Di medan perang yang tidak jauh dari situ, kelihatan percikan api yang berterusan menyala. Selepas pertempuran yang berlangsung sepanjang hari, kepekaan tentera mula memudar. Kini, keadaan mereka sangat penat dan lambat untuk bertindakbalas malahan baju mereka juga telah koyak rabak. Keseluruhan tentera 20,000 orang yang digabungkan dengan 30,000 orang tentera bantuan telah kalah dengan Tentera Xiuli walaupun mereka telah berundur dipertengahan jalan. Chu Qiao dan 9000 orang tenteranya berjaya mengalahkan pasukan mereka dengan mudah dan mencapai 30,000 kekuatan Tentera Huoyun yang mereka tidak dapat lakukan. Yan Xun terpaksa mengakui dan tidak dapat mempertikaikan Ah Chu seorang genius dalam peperangan ketenteraan. Malah dia sendiri tidak dapat membandingkan dirinya dengan cara Chu Qiao menangani situasi dengan yakin dan kedudukannya di dalam tentera.

Dia menghembuskan nafas perlahan-lahan, sebuah perasaan berat tiba-tiba muncul di dalam hatinya. Pada masa ini, dia tidak pasti untuk berasa gembira bagi pihak Chu Qiao kerana akhirnya dia berjaya melarikan diri dan menewaskannya tanpa melibatkan sebarang perasaan. Dia juga tidak pasti sama ada dia perlu berasa sedih kerana Chu Qiao telah pergi meninggalkannya.

Sebuah perasaan yang berupa sindiran tiba-tiba muncul di hatinya lalu menyebabkan dia ketawa dengan kuat. Dia melihat Cheng Yuan dan berkata, "Cheng Yuan, kamu tahu kenapa saya menghargai kamu walaupun orang lain minta supaya saya tidak berbuat begitu?"

Cheng Yuan yang sedang melutut di atas tanah terkejut dan menjawab, "Saya tak boleh membalas kebaikan Tuanku walaupun saya mati banyak kali."

"Sebab kamu seperti diri saya yang dulu."

Cheng Yuan memandang Yan Xun dengan rasa terkejut tetapi dia tidak berkata apa-apa.

"Saya tahu keluarga kamu mati di medan perang. Isteri dan kakak kamu ditangkap oleh askar Xia untuk dijadikan pelacur. Abang kamu seorang komander Da Tong tetapi dia telah dibunuh oleh orang dalam."

Mata Cheng Yuan perlahan-lahan berubah menjadi merah. Dia melutut di atas tanah tanpa berkata apa-apa sambil bibirnya memucat.

"Saya tahu apa yang akan kamu katakan. Sama seperti saya, saya tahu apa yang saya fikirkan."

Yan Xun mendongak untuk melihat awan yang gelap dan kelihatan merah akibat matahari yang sudah mula terbenam sebelum tersenyum dan bersuara dengan perlahan, "Seseorang boleh mempunyai banyak hasrat. Bagaimanapun, dia mesti bertahan untuk hidup terlebih dahulu. Kalau dia mati, tak akan ada satu pun hasratnya yang boleh dicapai."

Mata Cheng Yuan terasa hangat ketika bergelinangan air matanya. Lelaki itu yang telah dihina dan digelar tikus oleh rakyat Yan Bei, mengepalkan penumbuknya dan menundukkan kepalanya.

Burung-burung putih besar berterbangan di atas langit melintasi pemandangan Yan Xun. Pemuda itu lantas memandang haiwan tersebut sebagai titik fokus di hadapannya yang perlahan-lahan menghilang. Dia mendiamkan diri buat seketika sebelum berkata, "Tentera Xiuli itu tentera yang lengkap dan hebat. Agak sukar untuk berhadapan dengan mereka. Buka sempadan dan bocorkan berita kepada Zhao Yang dan Wei Shuye. Musim salji akan tiba. Mari kita gunakan Ah Chu untuk memecahkan kebuntuan pertempuran ini."

Wajah Cheng Yuan yang kebiasaannya beriak tenang itu juga tidak mampu menahan daripada menunjukkan reaksi terkejut. Selepas beberapa ketika, dia berbisik, "Tentera Xia di Laluan Yanming semuanya ialah pasukan berkuda berat. Tentera Jeneral Chu pula semuanya pasukan berkuda ringan. Saya risau tentera Xia tak berjaya menghentikan Jeneral Chu."

"Kalau begitu lewatkan perjalanan mereka," Yan Xun berpaling dan berjalan ke arah Kota Beishuo dengan kuda pertempuran hitam di sebelahnya. Matahari yang terbenam bersinar ke arahnya lalu membentuk sebuah bayangan yang panjang. Suara yang rendah bergema perlahan di telinga Cheng Yuan seperti angin yang sedang bertiup di dataran. "Maklumkan kepada rakyat yang tinggal berhampiran daerah Beishuo, Shangshen dan Gunung Huihui yang Jeneral Xiuli akan meninggalkan Yan Bei."

Angin yang bertiup menyebabkan lengan bajunya berkibaran di udara dan pedang di pinggangnya memancarkan pantulan merah terang. Langkah lelaki itu terasa berat ketika dia berjalan perlahan-lahan ke arah bandar megah yang gelap gelita itu. Secara kiasannya, dia kelihatan seperti telah diikat dek rantai emas di kakinya. Asap hitam yang tebal perlahan-lahan kelihatan dari jauh seolah-olah menangisi kesakitan dan lantas bergema di ruang langit Dataran Huolei.

'Ah Chu, saya telah cakap perkara ini sebelum ini. Sesiapa sahaja boleh mengkhianati saya kecuali awak. Awaklah satu-satunya sumber cahaya bagi saya. Awaklah matahari yang menerangi langit saya yang gelap.

Sekarang, sumber cahaya saya telah hilang.

Awak akan fikirkan tentang saya apabila awak dikelilingi oleh musuh, dikepung dan tidak dapat melarikan diri, tak?

Ah Chu, saya akan memerhatikan awak dari belakang.'

Tiba-tiba, peperangan itu berlanjutan hingga ke darat. Pelbagai pasukan Yan Bei tidak bergerak ketika mendengar perkhabaran ketibaan mereka. Pada mulanya, Chu Qiao menjangkakan Yan Xun tidak sanggup untuk berlawan dengannya dan memilih untuk melepaskannya pergi. Bagaimanapun, di luar Sempadan Longyin, ketika dia melihat rakyat-rakyat jelata bersama anak-anak mereka serta harta benda mereka, hatinya terus meluluh kerana harapannya telah musnah sepenuhnya.

Pada waktu siang, orang ramai mula berkumpul. Setengah dari mereka menolak gerabak berat yang berisi harta benda mereka manakala setengah dari mereka melambai cambuk untuk mengarahkan haiwan ternakan mereka. Sesetengah wanita pula memegang dan menyusukan anak-anak mereka yang sedang menangis. Orang lain pula memegang karung guni yang berisi ubi keledek dan jagung sambil berhenti makan setelah berjalan untuk jarak yang jauh.

Mereka berasa letih dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan mereka lagi. Bagaimanapun, ketika mereka melihat bendera Tentera Xiuli, semua orang berteriak kegembiraan. Rakyat-rakyat meluru ke hadapan dan menjerit secara serentak, "Jeneral di sini! Jeneral di sini!"

Seorang lelaki tua berambut putih mengheret cucunya ke hadapan, wajah budak itu kelihatan merah akibat kesejukan. Mereka menjerit ke arah Chu Qiao dan bertanya, "Jeneral, ke manakah kita akan pergi?"

"Betul tu. Jeneral, ke manakah kita akan pergi?"

"Tidak kira apa pun, saya akan mengikuti Jeneral. Saya tak akan biarkan Jeneral bersendirian."

"Jeneral, kenapa Jeneral tak memaklumkan hal ini kepada kami terlebih dahulu? Saya belum mengemas barang-barang saya lagi. Nasib baik saya bertindak cepat, kalau tidak, pasti saya tak dapat mengejar Jeneral."

Para pejuang Tentera Xiuli berdiri di atas dataran kosong yang luas itu. Mereka tidak berkata apa-apa sambil memerhatikan Chu Qiao. Wanita ini sedang berjubah hijau sambil terduduk tegak di atas kudanya seperti tombak. Ekspresinya yang kelihatan serius, tidak terkejut mahupun panik apabila menenangkan askar-askarnya ketika mereka berfikir dia telah mempunyai rancangannya tersendiri.

"Jeneral," He Xiao menunggang kudanya ke depan dan memanggilnya dengan lembut.

Chu Qiao berpaling. He Xiao berada sangat dekat dengannya sehinggakan dia dapat mengesan khayalannya kini. He Xiao merasakan hatinya juga turut sakit ketika Chu Qiao juga merasakan yang sama. Sejak mereka telah beriteraksi antara satu sama lain sebelum ini, dia tidak lagi membuta tuli mempercayai keupayaan wanita muda itu. Selama dua tahun, dia telah melihat banyak benda. Dia telah melihat ketika semangat wanita muda itu jatuh ditimpa malapetaka, dia telah melihatnya menangis, kelemahannya dan juga ketika kekalahannya. Dia bukanlah seorang legenda hidup yang tidak merasakan kekalahan dalam pertempuran, tetapi dia hanyalah seorang wanita muda biasa yang berdegil untuk memikul tanggungjawab seluruh dunia di atas bahunya. Walaupun dia menangis, dia terpaksa bersembunyi di suatu sudut di mana tiada sesiapa yang mampu melihatnya. Walau bagaimanapun, kesetiaan pemuda ini terhadap Chu Qiao tidak pernah goyah. Mereka telah terikat dengan cara yang lebih kompleks di mana dia lebih seperti ahli keluarga, seorang abang, orang bawahan dan juga orang kepercayaan.

Pemuda itu lantas menghulurkan tangannya dan menepuk bahu Chu Qiao perlahan sambil berkata dengan suara yang rendah, "Jeneral, saya ada di sini."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C203
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous