Télécharger l’application
66.43% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 194: Bab 194

Chapitre 194: Bab 194

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ia terasa seperti masa telah mengundur ke sembilan tahun yang lalu di mana dia memilih untuk berdiri di sebelah Yan Xun tanpa ragu-ragu di dataran salji yang luas di luar bandar Zhen Huang. Dia memandang kanak-kanak yang sombong itu dengan penuh kebencian. Sembilan tahun kemudian iaitu pada hari ini, takdir sekali lagi membentangkan perkara yang sama di mana dia masih lagi membuat pilihan yang sama. Manusia berubah tetapi satu-satunya perkara yang tetap sama adalah cuaca sejuk yang melanda negara ini. Semua bunyi terhenti ketika salji jatuh ke muka yang dikenalinya.

Jari Chu Qiao mencucuk ke dalam kulitnya semasa dia mengepalkan penumbuk namun dia tidak merasakan kesakitan itu walaupun kukunya terbenam dalam kulitnya.

Yie Jiu mengenalinya dan dengan mata yang kemerahan dia menjerit, "Awak memang perempuan yang tak tahu bersyukur! Tuan kami telah datang ke sini demi awak tetapi awak dah menyerang dia! Selagi Pengawal Yue masih hidup, kami bersumpah akan pastikan awak terima balasan atas apa yang telah awak lakukan hari ini!"

"Sombong betul," Yan Xun berkata dengan bersahaja lalu dia mengarahkan, "Pergi, hancurkan mereka."

"Baik!" Para pengawal menurut perintahnya lantas melangkah pergi. Tiba-tiba bunyi bising sekumpulan kuda yang sedang berlompat kedengaran tidak jauh dari situ. Mereka yang sedang menunggang kuda tersebut memakai pelbagai jenis pakaian yang terdiri daripada peniaga, petani, penjaga stor, sarjana dan juga pegawai Yan Bei! Kesemuanya menunggang kuda dan membawa pelbagai jenis pedang dan pisau. Dengan pantas mereka berkumpul di sisi Zhuge Yue.

"Tuan!" Seorang lelaki dalam pertengahan umur 40 tahun bergegas ke hadapan. Dia sedang memakai pakaian seragam rasmi pentadbiran Piawaian Pangkat ke 5 dan bersenjatakan sebilah pedang yang besar bersamanya. Lelaki tersebut melompat turun dari kudanya dan bergegas mara ke hadapan sambil menjerit, "Yue Da terlambat sampai! Ah Jiu, bawa Tuan ke tempat yang selamat! Yang lain, serang bersama saya!"

Sembilan tahun yang lalu, apabila Yan Shicheng telah mati dan Yan Xun terperangkap di ibu kota, Zhuge Yue dengan penuh berhati-hati telah menubuhkan pasukannya di Yan Bei. Jelas sekali pemuda itu tidak menyangka yang situasi sebegitu akan berlaku. Pada mulanya, dia hanya mengumpulkan mereka untuk menyelinap masuk ke Yan Bei jika suatu hari nanti mereka terpaksa berhadapan dengan keluarga terhormat dari Empayar Xia dan dia boleh mendapatkan pertolongan. Namun, apabila Yan Xun melarikan diri dan memberontak, orang-orangnya yang telah menjadi sumber maklumat untuk disampaikan kepadanya. Ketika pertempuran di Cao Qiu, dia berjaya menyelamatkan dirinya kerana bantuan yang telah diberikan oleh pasukannya ini.

Sebuah pertempuran telah tercetus dan bunyi pisau bersentuhan antara satu sama lain kedengaran sekali lagi bersama kilauan pedang yang memenuhi seluruh medan perang.

He Xiao dengan penuh berhati-hati menghampiri Chu Qiao dan bertanya, "Cik Puan, perlu ke kita berjuang demi Tuanku?"

Chu Qiao memandang medan perang itu dengan fikiran yang sepi dan kosong. Pelbagai emosi dan pemikiran melintas di dalam fikirannya. Di antara semua orang, hanya wajah Zhuge Yue dan Yan Xun yang sedang berlegar-legar di ruang matanya. Dia tidak tahu di mana silapnya. Seluruh tubuhnya berasa lemah. Marah, sakit hati, penyesalan, rasa bersalah dan banyak lagi emosi yang terbuku di hatinya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Wanita ini berasa terlalu penat seolah-olah mata, hidung dan matanya seperti disekat oleh sesuatu, sememangnya terlalu penat sehinggakan dia boleh jatuh koma dan mati.

"Cik Puan? Cik Puan?" Suara He Xiao kedengaran di telinganya yang membawa dia kembali ke dunia realiti.

Dengan rasa gementar, dia mengambil pedang He Xiao dan melompat turun dari kudanya sambil menjerit, "Ikut saya!"

Pasukan Tentera Xiuli lantas mengikuti di belakang Chu Qiao sambil nafsu dan keinginan mereka untuk bertempur semakin membara. Namun, ketika mereka baru sahaja mahu menuju ke pasukan Xia, pedang Chu Qiao telah membelah dada tentera Yan Bei sehingga darah yang terpercik ke wajahnya membuatkan susuk tubuhnya kelihatan tegak seperti pokok yang tinggi dan tegap.

Seorang, dua, lima, sepuluh…

Semua orang terdiam apabila melihat Chu Qiao menyerang mana-mana tentera Yan Bei yang cuba menghampirinya dan kejadian itu hanya mampu dilihat oleh pengawal Zhuge Yue walaupun jarak mereka agak jauh. Para tentera Yan Bei memandang wanita ini dengan penuh terkejut yang membuatkan setiap seorang daripada mula berundur, malah para tentera Xiuli juga sangat terkejut sehinggakan mereka berdiri kaku di atas tanah, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Ah Chu, apa yang awak tengah lakukan ini?" Yan Xun melangkah ke arahnya. Dia memerhati Chu Qiao dengan pandangan yang tidak puas hati lalu bertanyakan soalan tersebut.

Chu Qiao tidak membalas malah hanya memegang pedangnya sambil melirik ke arah lelaki itu yang telah mensia-siakan semua usahanya untuk membantu dan mengikuti pemuda tersebut. Tiba-tiba dia merasakan seolah-olah seluruh kehidupannya seperti mimpi yang singkat, seperti boneka yang hanya bertindak di atas arahan orang lain.

Beberapa orang tentera Yan Bei cuba menghampirinya namun pedang Chu Qiao lebih pantas bertindak membuatkan darah memercik di ruang langit dalam sekelip mata sahaja apabila askar-askar itu rebah jatuh ke atas tanah di hadapan mata semua penonton, menggelupur seperti anjing gila yang sedang bertarung nyawa untuk hidup. Tanpa pergerakan yang rumit, dia menunjukkan bilah pedangnya dengan tenang ke arah musuh-musuhnya, berdiri seorang diri di atas dataran salji yang luas itu.

"Chu Qiao! Apa yang awak lakukan ini?" Yan Xun menjerit di tengah-tengah dataran bersalji itu. Setelah melihatkan ketegangan antara mereka berdua, Yue Da dengan pantas memaklumkan kepada pasukannya supaya berundur tetapi Yan Xun dengan dingin mengarahkan supaya mereka tidak berbuat demikian. Pasukan Yan Bei terus mula mengejar namun Chu Qiao yang sungguh cekap itu telah bergerak pantas dengan memintas segala pergerakan serangan mereka. Tentera Yan Bei yang sememangnya telah meletakkan seluruh jiwa dan raga mereka dalam pertempuran ini terus mula menyerang Chu Qiao juga setelah melihat yang wanita itu sedang menghalang mereka. Melihatkan keadaan itu, He Xiao lantas mengambil pedangnya dengan penuh rasa amarah lalu bersuara, "Saudara-saudara! Lindungi Cik Puan!"

Pertempuran itu telah menjadi huru-hara dan mustahil untuk membezakan di antara rakan dan musuh. Chu Qiao berasa terkejut kerana pakaiannya dipenuhi dengan percikan darah, tangannya juga menggigil namun dia masih enggan berundur. Zhuge Yue telah dibawa pergi oleh pengawalnya yang diiringi bunyi lompatan kuda-kuda yang berlalu pergi. Selepas bunyi itu hilang, kedengaran pula bunyi helang hitam yang sedang berteriak di atas dan juga bunyi angin yang bertiup di sebelah telinga mereka. Pertempuran terus berlaku dengan jumlah yang kecil dalam suasana yang penuh dengan kesengsaraan dan kematian.

Semuanya bertukar menjadi sunyi sepi selepas beberapa masa yang lama. Chu Qiao memegang pedangnya seperti tongkat dan bau besi yang melekat di badannya menusuk terus ke hidung wanita itu. Yan Xun berdiri di hadapan Chu Qiao sambil menatapnya dengan sepasang mata yang dingin dan kaku, sekaligus wanita ini merasakan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini seperti seseorang yang tidak dikenalinya, bagaikan mereka tidak pernah mengenali satu sama lain. Dia tidak mahu bercakap apa-apa dan juga tidak mahu bertanya apa-apa. Dia membawa dirinya yang lemah dan kepenatan itu untuk meninggalkan kawasan perang tersebut.

"Berhenti di situ," Kedengaran suara yang garau bersuara. Yan Xun berjalan dengan perlahan menuju ke arahnya. Askar lain memberikan laluan kepadanya kecuali He Xiao yang sedang berdiri di hadapan Chu Qiao dan hanya merenung ke arah Raja Yan Bei itu dengan tajam.

"Berambus," Arah Yan Xun dingin. Jeneral muda itu mengangkat kepalanya dan tanpa rasa takut dia memandang Yan Xun dengan tajam. He Xiao perlahan-lahan menjawab dengan bahasa isyarat badannya.

Tiba-tiba, Yan Xun menghunuskan pedangnya dan pada masa yang sama, Chu Qiao juga menghayun pedangnya untuk menepis pedang Yan Xun. Bertahun-tahun telah dihabiskan bersama-sama untuk berlatih membuatkan wanita ini tidak perlu melihat untuk mengetahui bagaimana Yan Xun menggerakkan pedangnya. Pertembungan ganas antara dua bilah pedang menghasilkan percikan api yang berterbangan dan mengejutkan mata yang memandang.

Yan Xun tersenyum. "Jadi awak sanggup menghunuskan pedang ke arah saya demi orang bawahan ini? Saya ingatkan awak hanya sanggup berbuat demikian demi Zhuge Yue sahaja."

Chu Qiao mengangkat kepalanya lalu melihat ke arah sepasang mata yang amat rapat dengannya suatu ketika dahulu namun, wanita ini tidak lagi dapat melihat keserasian mata itu milik seorang budak kecil yang baik dan kacak pada suatu masa dahulu dengan pemuda di hadapannya itu. Kini, Yan Xun yang sedang berdiri di depannya akhirnya terlepas keluar dari kenangannya. Realiti sangat kejam sehinggakan utopia dalam fikirannya akhirnya berkecai dan musnah, tidak dapat bercantum semula.

"Yan Xun, awak dah tipu saya."

Yan Xun sedikitpun tidak menunjukkan rasa penyesalan lalu dia berkata dengan tenang, "Kalau saya tak tipu awak, macam mana saya nak perangkap dia?"

Dia merasakan seolah-olah beribu anak panah telah menusuk ke dalam jantungnya sekaligus. Chu Qiao tersenyum pahit namun tiada air mata yang keluar. Dengan keletihan yang tidak dapat dibayangkan dan kesengsaraan yang dirasainya, dia memandang Yan Xun dalam kekeliruan dan menggelengkan kepalanya. "Yan Xun, sejak bila awak mula berubah dengan sebegitu banyak?" Suaranya kedengaran seperti bunyi burung yang kehilangan sarangnya. Dia bukan lagi seorang jeneral yang tidak dapat dikalahkan, bukan lagi seorang ahli strategi yang berbakat dan juga bukan lagi seorang yang bijak dan tegas. Kini, dia hanya seorang wanita yang perasaannya telah dipermainkan. Usaha dan emosinya selama bertahun-tahun seolah-olah menjadi sia-sia.

Yan Xun menjawab dengan tegas, "Ah Chu, awak cakap saya dah berubah. Hakikatnya, awak juga sudah berubah. Jeneral Xia dengan senyap-senyap telah memasuki Yan Bei tetapi awak tak bagitahu saya malah sekarang ini awak menentang saya pula. Sebagai seorang Raja Yan Bei, salah ke saya membunuh tentera Xia? Kalau saya tak dapat membaca reaksi awak, kenapa saya perlu membazirkan usaha saya untuk menipu awak? Saya dan Yan Bei tak dapat menandingi Zhuge Yue dalam hati awak ke?"

Chu Qia merenung pemuda itu dengan tubuh badan yang menggigil. Setelah sekian lama, dia ketawa dengan terbahak-bahak. "Yan Xun, kalau suatu hari nanti Yan Bei memulakan peperangan dengan Empayar Song, awak akan tipu rakan awak di Empayar Song dan membunuh dia ke?"

Yan Xun terkejut dengan soalan itu lalu dia mengerutkan dahi. "Apa yang awak cuba sampaikan ini?"

"Yan Xun, awak cakap saya tak jujur dengan awak, tapi beritahu saya, awak percayakan saya tak?"

Raut wajah Yan Xun bertambah kerut lantas dia menjawab, "Saya lakukan semua ini demi awak. Saya mahukan awak berada di bahagian belakang dan tidak menyertai peperangan."

"Awak bunuh rakan-rakan dan tentera saya, paksa saya tinggalkan semua kepercayaan yang saya perjuangkan selama ini, halang saya dari bidang penguasaan dan halang saya dari menyertai peperangan yang saya sendiri tangani. Awak mengesyaki saya, mengawal saya di bawah pengawasan awak dan juga menggunakan saya demi kepentingan awak sendiri. Awak cakap ini semua demi saya?" Mata Chu Qiao bercahaya seperti batu kristal walaupun angin bertiup kencang. Kata-katanya seperti belati tajam yang menusuk ke dalam kegelapan yang mengelilinginya. Kesedihan yang selama ini dipendam olehnya kini dilepaskan semuanya.

"Ah Chu, awak ini wanita milik saya. Kenapa awak tidak tunggu saya di barisan belakang sahaja dan sambut kepulangan saya apabila saya berjaya nanti seperti wanita-wanita lain?"

Chu Qiao terkejut lantas dia tertawa. Wanita itu ketawa dengan kuat sehinggakan badannya menggeletar dan air matanya keluar. Tangannya memegang dadanya dan kepalanya digelengkan sambil menjawab dengan penuh kepahitan, "Oh, begitu rupanya ciri-ciri wanita yang awak idamkan selama ini."

Dia memandang tepat ke mata Yan Xun dengan matanya yang sejernih kristal dan suaranya yang serak bergema di Kawasan perang itu, "Kalau begitu, kenapa awak perlu mencari saya? Yan Xun, awak boleh bunuh Zhuge Yue, tetapi awak tak patut menggunakan saya dan lebih teruk lagi, awak tak patut menggunakan persahabatan saya dengan dia untuk melaksanakan rancangan awak untuk memerangkapnya."

Kekecewaan yang mendalam jelas terpancar di mata Yan Xun. Dengan suara yang dalam dia berkata, "Cheng Yuan dah lama memberitahu saya yang awak mempunyai hubungan dengan Zhuge Yue namun, saya masih mempercayai awak. Tetapi hari ini, awak sendiri yang telah mengakuinya."

Chu Qiao hampir ketawa sekali lagi apabila dia mendengarnya. Cheng Yuan? Yan Xun lebih percayakan lelaki hina itu dari dirinya sendiri? Dia telah bersusah payah menjalani kehidupan bersama lelaki itu, berusaha sedaya upaya mengembalikan kuasa kepadanya dan telah mengikutinya selama ini. Tetapi akhirnya, dia tidak dapat menandingi lelaki hina yang selalu memberikan pujian kepadanya sepanjang hari itu? Wanita ini berfikir yang Yan Xun hanya akan tertipu buat sementara waktu dan dikaburi dengan kebencian, tetapi sekarang dia mula berputus asa. Yan Xun telah menjadi seorang ahli politik semata-mata yang gilakan kuasa. Apa sahaja impian dan kepercayaan yang lelaki tersebut pernah ungkapkan serta janjinya untuk membuat Chu Qiao bahagia kini hilang kerana ketamakan lelaki itu untuk mendapatkan kuasa yang lebih besar. Dia mencipta pelbagai alasan untuk mencapai matlamatnya dan dia juga percaya kepada semua perkara yang boleh memberi kemanfaatan kepadanya. Dia sanggup membuang semua semua orang yang cuba menghalangnya tidak kira sama ada orang itu adalah gurunya, teman, rakan seperjuangan, orang bawahan dan juga cinta hatinya…


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C194
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous