Télécharger l’application
48.28% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 141: Bab 141

Chapitre 141: Bab 141

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Li Ce sedang memakai pakaian yang mewah dan renungan matanya kelihatan tenang, langsung tidak menoleh ke arah rakyat jelata, hanya merenung pentas gangsa tersebut sambil melangkah mara ke hadapan.

Pembantu Zhao Chun'er tidak mampu melihat usaha-usaha mereka itu dipersiakan jadi mereka pun bergegas ke hadapan untuk menghalang Li Ce namun sebelum sempat mereka berkata apa-apa dan sebelum sempat orang ramai dapat melihat tindakan Li Ce, leher lelaki tersebut telah pun dipancung sewaktu melakukan perbualannya yang singkat bersama pemuda itu. Mata lelaki itu terbeliak sebelum merebah ke tanah dengan bunyi berdebap yang kuat yang lantas kedengaran bersama habuk yang berterbangan di udara.

Li Ce mengeluarkan sehelai sapu tangan putih miliknya dan terus mengelap tompokan darah di pergelangan tangannya itu sebelum melemparkannya ke tanah. Sapu tangan putih yang sudah dicemari dengan darah itu kemudiannya melayang apabila ditiup angin.

Tiada sesiapa yang berani bersuara, mendongak, berbisik ataupun bernafas pada saat itu.

Li Ce yang selalunya liar dan miang tiba-tiba berubah menjadi orang yang lain. Aura jahat dan amarahnya itu sudah cukup untuk menakutkan binatang buas yang berada ratusan batu jauhnya dan Pasukan Kem Utara yang tidak terkawal itu langsung tidak berani untuk melawan apabila melihat tuan putera mereka sebegitu.

"Berambus!" Laluan tengah jalan raya itu terus dikosongkan, bersama orang-orang suruhan Li Ce yang kelihatan garang datang menerpa dari jauh sambil memegang pisau. Dengan sekilas pandang saja sudah cukup untuk menaikkan bulu roma rakyat jelata.

Mereka ini dikenali sebagai "geng samseng" di tanah besar. Gelaran mereka hanya sekadar hiasan kerana sebelum ini mereka telah tewas kepada Pasukan Kem Utara dalam rumah pelacuran. Mereka semua ini ialah pengawal peribadi Li Ce. Pada saat ini, raut wajah mereka kelihatan begitu serius, berjalan dalam barisan yang kemas bersama pisau di tangan masing-masing. Dengan nekadnya, mereka berjalan ke dalam khalayak ramai.

Li Ce berdiri di pentas gangsa sambil memerhatikan askar dari Pasukan Kem Utara yang sedang memegang obor api. Dia tersenyum sinis lalu berkata dengan nada yang dingin, "Berambus!"

Lelaki itu terkejut dan lututnya mula terasa lembik, kemudiannya cepat-cepat turun dari pentas gangsa itu.

"Maaf, saya lambat." Tatkala angin bertiup, raut wajah Li Ce kelihatan begitu hampa, berkerut apabila melihat wajah gadis yang sudah dipukul itu. Hati Li Ce terasa bagaikan ditusuk-tusuk sahaja apabila pemuda itu membuka ikatan tali gadis itu dan terus memeluknya.

Zhao Chun'er yang sudah kusut masai dengan kesan lebam-lebam di mukanya hanya memandang Li Ce. Dalam sudut hatinya dia berasa gembira kerana terlepas dari kematian.

Adakah dia akan berkahwin dengan orang ini?

Gadis itu terus berasa terpana dan tidak boleh berfikir lagi, hanya tahu dia bakal mati tidak lama lagi tetapi sebaliknya dia telah diselamatkan oleh pemuda yang akan dikahwininya, jadi air matanya itu mula mengalir sebelum dia menangis teresak-esak.

Li Ce berkerut dan kemudiannya dia memimpin gadis itu turun dari pentas.

Zhao Chun'er telah dibebaskan. Dia memegang erat pinggang Li Ce seperti seekor haiwan yang tercedera dan tubuhnya menggeletar namun pemuda yang berpengalaman dalam percintaan itu tiba-tiba menghentikan langkahnya sebelum menatap gadis itu lantas bertinggung dan mendukungnya. Tangannya mengusap rambut gadis yang menutupi wajahnya yang masih terdapat tompokan darah lagi.

Raut wajah Li Ce kelihatan lembut namun berbaur kerisauan jika dia bakal menakutkan sesiapa jadi dengan lembutnya dia bertanya, "Awak? Siapa awak?"

Zhao Chun'er mengeluarkan bunyi yang kurang jelas dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

Li Ce baru sedar yang rahang gadis itu sudah patah jadi dengan cara yang aneh, dia menyentak rahang Zhao Chun'er kembali seperti sedia kala. Air mata gadis itu mengalir deras seperti air pancut. Dia yang masih lagi meraung teresak-esak akhirnya menjawab, "Sayalah Puteri Xia yang Kelapan, Zhao Chun'er."

Li Ce berasa terperanjat jadi dia pun terus mendongak. Pasukannya sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan Pasukan Kem Utara dan orang ramai pula sudah melutut di atas tanah dengan tubuh yang menggeletar sambil memandang ke arahnya. Langit kelihatan gelap bersama angin yang bertiup dari pelbagai arah.

Li Ce tertawa mesra. Dia memandang wajah Zhao Chun'er dan berkata sesuatu yang tidak difahami oleh gadis itu. "Saya tahu. Siapa sajalah yang mampu menandingi dia itu?"

Seterusnya, Putera Mahkota Tang berdiri tanpa langsung mempedulikan yang seorang puteri cantik yang sedang berada dalam dakapannya itu dan dengan bunyi berdebap, Zhao Chun'er terjatuh ke tanah dan lantas berguling seperti sebuah bola.

Pemuda itu melangkah ke atas Zhao Chun'er dan terus bergegas ke arah dua angkatan tentera yang sedang berperang itu, melambaikan tangannya berlebih-lebihan sambil menjerit ke arah tentera dari Pasukan Kem Utara itu, "Bertenang, semua, bertenang." Dalam sekelip mata sahaja dia sudah berubah menjadi dirinya yang tidak dapat dijangka itu, berdiri di hadapan pasukan tentera tersebut dan berkata sambil ketawa, "Saya dengar ada masalah di sini jadi saya datanglah lihat dengan mereka. Jangan pedulikan saya dan teruskan saja ya! Teruskan!"

Perasaan 50,000 orang tentera di belakangnya mula tenang setelah melihat perubahan wajah tuan mereka. Mereka meletakkan tangan mereka di bahu rakan mereka itu dan bermesra-mesra seperti apa yang berlaku sebentar tadi hanyalah sebuah mimpi sahaja.

Mereka berjalan ke arah pasukan tentera Kem Utara dengan gembira dan menepuk lembut bahu mereka sambil berkata, "Macam mana saudara? Rasa takut tak? Kami dah berlatih selama beberapa bulan tahu. Haha, bagus kan?"

Kemeriahan terus berlanjutan. Sepasukan tentera menerpa ke arah Zhao Chun'er yang rebah di atas tanah.

Gadis itu mendongak dan menjerit dengan nada yang marah, "Saya Puteri Xialah!"

Pegawai-pegawai Xia terdengar suara puteri tersebut. Mereka berasa terperanjat dan terus bergegas ke arahnya lalu memburukkan lagi keadaan.

Zhao Chun'er telah dibantu oleh pegawai-pegawai Xia untuk berdiri. Dalam khalayak ramai itu, dia ternampak Li Ce yang sedang bersembang mesra bersama beberapa orang askar-askar di sana dan langsung tidak menampakkan yang dia seorang putera. Setelah memikirkan kata-kata dan perbuatannya tadi, hatinya terasa seperti ditusuk-tusuk sahaja. Zhao Chun'er kemudian membenarkan orang suruhannya menutupinya dengan permaidani. Dia mengetap bibirnya sehingga menyebabkan darah mengalir keluar dari bibirnya itu.

'Chu Qiao, Chu Qiao, macam manalah aku tak benci kau?'

Kedukaan yang tertanam dalam hati gadis ini telah melemahkan kekuatannya. Air matanya sudah kering apabila dia mendongak perlahan-lahan untuk melihat awan gelap di langit,langsung tidak bertenaga untuk menjerit lagi.

"Hari ini, di tempat ini, saya bersumpah atas nyawa saya yang saya akan menyaksikan pengasingan kamu dari dunia ini. Saya akan saksikan kamu kehilangan segalanya, lihat kamu mati dengan menyedihkan. Kalau tak, aku bukan manusia!"

Tatkala angin bertiup, peristiwa dramatik itu pun melabuhkan tirainya.

Apabila Li Ce mencari di seluruh bandar, Chu Qiao tidaklah begitu jauh daripadanya. Wanita itu hanya berada lebih kurang 300 langkah dari kediaman Sun Di sahaja.

Di halaman yang digunakan untuk menyambut tetamu itu berasa tenang sahaja dengan cahaya bulan kelihatan pudar. Bangunan yang dibina cantik ini terletak indah di antara deretan pokok epal. Jendela buluh bangunan itu dibiarkan buka sedikit. Zhuge Yue terduduk di sebuah meja belajar dan kelihatan seperti sedang berfikir panjang, merekatkan sampul surat lalu menyerahkannya kepada Yue Qi yang berdiri di sampingnya. Dia melihat lelaki itu dengan ekor matanya dan berkata, "Siapa yang berani mempersoalkan perintah ini? Panggil dia masuk untuk jumpa saya sekarang."

Wajah Yue Qi terus berubah pucat. Dia menundukkan kepalanya dan berdiam diri. Dia mendapat mesej tersebut: Kalau ada sesiapa masuk, nahaslah dia.

Zhuge Yue menundukkan kepalanya lalu berkata dengan acuh tidak acuh, "Pergilah."

Yue Qi membuka pintu dan segera beredar dari bilik itu.

Setelah itu, bunyi berdesir kedengaran dari luar dan Zhuge Yue meletakkan berusnya dan menoleh. Pada saat itulah dia melihat Chu Qiao yang sedang berdiri di pintu yang berbentuk sabit bilik itu, sedang memakai sehelai baju putih dan memegang pintu tersebut. Tubuhnya kelihatan kecil dan wajahnya pula pucat, hanya berdiri di situ tanpa berkata apa-apa manakala rambutnya memang kusut-masai.

"Awak dah bangun pun," Ujar Zhuge Yue sebelum menuding jarinya ke arah meja dalam bilik dan mengujar lagi, "Ada makanan hangat di situ. Pergilah makan." Setelah melihat Chu Qiao yang tidak bergerak, dia pun berkerut dan menambah lagi, "Awak itu tak pulih lagi. Pergi balik, baring dan berehat."

Chu Qiao memang tidak berganjak. Tirai sutera yang berwarna hijau itu kelihatan dingin dalam cuaca sejuk seperti ini, angin meniup pokok-pokok di luar yang lantas menghasilkan bunyi desiran seperti hujan renyai. Chu Qiao hanya menatap pemuda itu tanpa mengujar sepatah kata pun.

Zhuge Yue berdiri dan berjalan ke arah meja itu. Apabila dia melewati wanita tersebut, dia meraih pergelangannya yang kurus itu. Dia berkerut lalu mengheret gadis itu ke dalam.

"Zhuge Yue," Chu Qiao berbisik dan suaranya kedengaran seperti merayu-rayu.

Zhuge Yue menghentikan langkahnya namun masih tidak menoleh. Suara Chu Qiao dapat didengari dari belakangnya, "Saya kena pergi."

Angin yang bertiup menyebabkan baju Chu Qiao mengepak-ngepak. Walaupun wanita ini agak tinggi, namun baju Zhuge Yue masih kelihatan besar padanya. Zhuge Yue mengabaikan kata-katanya dan mengujar, "Di luar itu bahaya dan saya tak ada pakaian wanita buat masa ini. Awak boleh pakai baju ini dulu."

"Zhuge Yue, saya betul-betul kena pergi sekarang."

Zhuge Yue menoleh tetapi masih lagi mengabaikan kata-kata wanita itu tadi. "Awak dah makan ubat yang doktor suruh awak makan itu? Kalau demam awak tak kebah lagi, pergilah berehat."

"Zhuge Yue, saya betul-betul…"

"Kalau awak tak nak makan makanan ini, saya akan suruh orang lain masak makanan lain."

"Dengarlah cakap saya…"

"Awak dah lama di sini. Awak pernah keluar tak sebelum ini? Ada beberapa restoran yang masak makanan yang enak. Aku akan suruh seseorang pergi beli sesuatu untuk awak."

"Zhuge Yue, dengarlah cakap saya," Chu Qiao memegang pemuda itu dan berkata dengan tegas, "Saya memang berterima kasih sebab awak dah selamatkan saya, tapi saya kena pergi sekarang. Saya kena cari Yan Xun. Yan Bei itu tak stabil lagi jadi saya kena pergi sekarang. Saya…"

Apabila dia bercakap, Zhuge Yue menepis tangan wanita itu lalu menoleh untuk beredar.

Chu Qiao yang terkejut itu cepat-cepat meraih tangannya kembali dan berkata dengan kuat, "Zhuge Yue, saya…"

"Zhuge Yue, Zhuge Yue! Awak tak habis cakap lagi ke? Saya hutang awak duit ke? Perlu ke awak panggil saya dengan nama penuh?" Lelaki itu menoleh dan mengangkat keningnya. Bibirnya merah dan matanya berkerlipan seperti bintang di langit. Dengan rengusnya dia berkata, "Yan Xun, diri awak dan Yan Bei. Otak awak itu penuh dengan orang lain saja. Pernah tak awak fikir pasal diri awak selama ini? Pernah tak awak fikir pasal saya?"

Chu Qiao berasa terpana. Zhuge Yue merenung wanita ini dengan bengis seolah-olah matanya berbentuk api Pada saat itu, mereka hanya bertukar pandangan buat seketika dan membenarkan perasaan tersembunyi mereka diluahkan sedikit demi sedikit. Suasana terasa dingin dan tiada sesiapa yang mampu memecah kesunyian tersebut.

Setelah sekian lama, Chu Qiao mengelak dari topik yang membuatkan dirinya tidak selesa, lantas berbisik, "Habis itu awak nak saya panggil awak apa? Tuan Keempat Zhuge? Zhuge? Yue?" Setelah dia menghabiskan kata-katanya, meremang pula bulu romanya. Dia pun menambah lagi, "Tak akan awak nak saya panggil awak Abang Keempat?"

Zhuge Yue langsung tidak memandang wanita itu sebelum berpaling untuk beredar dari tempat ini.

Setelah melihat pemuda itu bakal beredar, Chu Qiao pun terus mengejarnya namun disebabkan kecuaiannya, wanita itu telah terpijak sehelai pelapik meja menyebabkan sup terus tertumpah ke atas badannya.

Chu Qiao mendengus kasar sebelum terjatuh ke atas permaidani. Zhuge Yue yang menoleh serta-merta meletakkan sup panas itu ke tepi dan baru perasan tangan Chu Qiao sudah melecur akibat terkena sup panas itu. Namun begitu, wanita ini masih tidak berkata apa-apa.

Raut wajah Zhuge Yue kelihatan seperti dia ingin membunuh seseorang apabila dia mendukung Chu Qiao dan bergerak pantas untuk keluar dari bilik itu, memecut dan melewati dua buah koridor sebelum terus masuk ke dalam bilik mandi. Tanpa mempedulikan jika bajunya basah kuyup, dia mencedok air sejuk dan terus menuangkannya ke atas tangan Chu Qiao yang cedera.

"Sakit tak?"

Chu Qiao mengetap bibirnya sambil menggeleng kepalanya tanpa berkata apa-apa.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C141
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous