Télécharger l’application
47.26% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 138: Bab 138

Chapitre 138: Bab 138

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pasukan Kem Utara memang sudah naik gila, para tentera daripada keturunan bangsawan yang mungkin tidak pernah membunuh walaupun seekor ayam sebelum ini masih lagi berani untuk menghunus pedang mereka dan menyerang bagaikan sekumpulan belalang. Memijak badan rakan seperjuangan mereka yang telah terkorban, mereka meluru ke hadapan dengan sungguh berani!

Seekor helang yang berterbangan di udara meringkik kuat, dan langit yang mencerah sebentar tadi kini sudah pun menjadi mendung dek kepulan awan gelap yang menandakan hujan bakal membasahi bumi sebentar lagi. Rakyat jelata yang ketakutan cuba untuk melarikan diri, namun jalan itu sudah terlalu sesak dengan tentera, jadi mereka memang tidak dapat ke mana-mana.

Para lelaki hanya mampu berteriak dengan kekecewaan, memijak sesama sendiri semasa cuba untuk mencari keluarga mereka dengan memanggil namanya. Dalam masa yang singkat sahaja, jalan yang makmur itu telah bertukar menjadi huru-hara!

Dan kini, Li Ce baru sahaja meluru ke Istana Jin Wu dengan tentera maharajanya. Putera Tang yang dikenali sebagai seorang yang langsung tidak tahu cara menunggang itu kini mampu menunggang kudanya dengan cekap, meluru di sepanjang jalan dengan jubahnya yang berkepak-kepak ditiup angin. Anak matanya kelihatan begitu tajam seolah-olah ia mampu menikam apa sahaja halangan di hadapannya.

"Putera Mahkota," Beberapa orang peninjau menghampirinya dan memanggil, "Jalan utama itu dah dikepung oleh rakyat jelata. Tentera Maharaja tak dapat nak tembus untuk bergerak ke posisi mereka."

"Dikepung?" Li Ce meraih keningnya, sebelum mengarahkan dengan dingin, "Kalau kita tak boleh nak rempuh, kita akan pijak mayat mereka. Siapa yang halang jalan kami akan dibunuh!"

"Tuanku?" Peninjau itu terkejut apabila mendengar perintah yang kejam itu dan berkata, "Mereka itu rakyat jelata empayar kita…"

"Rakyat…" Li Ce mengecilkan matanya dan membalas kata tentera yang teragak-agak itu, "Lagi lambat kita rempuh, lagi banyak kematian yang akan berlaku disebabkan peperangan di antara Tentera Maharaja dan juga Pasukan Kem Utara. Tentera-tentera itulah khazanah Empayar Tang ini yang sebenar!"

Peninjau itu berasa teruja apabila mendengar kata Tuan Putera tersebut, dan memahami maksud pemuda itu yang sebenarnya sebelum berkata, "Saya faham! Sila tunggu sebentar. Hamba Tuanku ini akan pimpin pasukan kita untuk bentuk sebuah laluan buat Tuanku."

Li Ce pun membalas, "Terima kasih! Sun Di, pergi ke Jabatan Tentera segera dan arahkan 50,000 Tentera Serigala ke dalam bandar untuk kurangkan rusuhan ini. Lagi satu, nyalakan signal asap dan laporkan kepada Garison Utara untuk kerap meninjau apa-apa pergerakan yang dibuat oleh Tentera Xia! Dan…" Pemuda itu teragak-agak buat seketika sebelum bergelut untuk menyatakan kata-kata seterusnya, "Hantar peninjau ke Sempadan Selatan! Dalam masa 24 jam yang seterusnya, tinjau Laluan Air Sempadan Selatan untuk berjaga-jaga terhadap serangan daripada Yan Bei!"

Sun Di yang terkejut apabila mendengar perintah terakhir itu terus bertanya, "Yan Bei? Yan Bei akan mulakan peperangan dengan Empayar Tang ke?"

"Awak fikir yang mereka takkan buat begitu ke?" Li Ce mendecit, nada suaranya kedengaran lebih dingin daripada salji di musim sejuk apabila dia menempik, "Kalau dia mati secara tak sengaja di tanah Empayar Tang ini, kita kena buat persediaan untuk berhadapan dengan kemarahan Yan Xun. Dan…" Li Ce perlahan-lahan memejamkan matanya, dan lantas wajah seorang wanita yang berkulit seindah pari-pari, dengan beberapa kuntum bunga teratai yang memekar di bawah bulan yang terang sebagai latar belakangnya tiba-tiba terlayar di minda pemuda itu sekali lagi. Suaranya lantas menjadi lembut sehingga dia berbisik, dengan keningnya yang berkerut sehingga wajahnya dironyokkan, pemuda itu berkata perlahan namun boleh didengari setiap bait katanya itu, "Saya pun takkan maafkan seorang pesalah."

"Baiklah, hamba Tuanku ini akan menurut perintah."

"Satu lagi perkara! Tolong periksa benda ini untuk saya selepas awak hantar mesej itu!" Li Ce membuka matanya, dan anak matanya yang tadi lembut dan kepenatan itu kini digantikan dengan kemarahan. "Saya nak semua data mengenai latihan senaman Pasukan Kem Utara! Saya nak semua maklumat termasuklah maklumat sulit! Tak kira tahap pangkat, tahap kesulitan, ataupun kemustahakan! Saya nak tahu siapa mereka jumpa beberapa hari lepas, ke mana mereka pergi, kalau mereka ada cirit-birit dan lebih kerap pergi ke tandas pun saya nak tahu. Saya nak tahu segalanya!"

Minda tajam Sun Di terus memahami motif di sebalik perintah Tuannya ini, dan wajahnya terus berubah pucat, bertanya seolah-olah tidak percaya, "Tuanku rasa yang segala kekecohan yang berlaku ini bukan kebetulan semata-mata ke?"

"Kemungkinan?" Li Ce menoleh untuk merenung Sun Di, dan berkata dengan dingin, "Zhao Chun'er dirogol di dalam bilik tidur dia sendiri, dan hampir keseluruhan pegawai-pegawai atasan Empayar Tang berpendapat untuk tolong Empayar Xia berbanding empayar kita ini sendiri. Kem Utara terletak betul-betul bersebelahan dengan Zhao Chun'er semasa dia buat keputusan untuk bunuh diri. Macam mana anak-anak lelaki para bangsawan itu semua boleh terpengaruh dengan senang sebegitu? Mereka juga tahu tentang jadual Tie You dengan tepat, di mana Chu Qiao sedang berada di dalam gerabak itu. Terlalu banyak kebetulan yang berlaku pada masa yang sama, awak tak boleh nampak ke yang ini semua dah dirancang orang?"

Mulut Sun Di ternganga kerana pemuda itu tidak mampu menyangkal akal logik tuan putera tersebut, lantas raut wajah Li Ce bertambah suram apabila dia memberitahu, "Dari awal lagi saya tak terima apa-apa maklumat. Orang tua Dou Minge yang memang selalu menjauhkan diri dari hal politik ini pun nampaknya macam tahu sesuatu. Kita kena terus berusaha untuk mencari apapun penyelesaian kepada masalah ini! Strategi yang dah dirancang dengan baik, pelaksanaan rancangan yang sangat berhati-hati, perkembangan situasi yang sangat kejam, awak betul-betul fikir yang semua ini kebetulan ke?"

Pekikan demi pekikan berlaung dengan semakin kuat semasa angin kencang terus menghentam pokok-pokok yang melambai bersama pasukan tentera yang sudah mula mengejar para rakyat jelata sambil menarik tali busur mereka dan melepaskan das tembakan kepada khalayak ramai yang sedang berlari-lari tanpa sebarang arah tujuan. Adegan tersebut kelihatan seperti sebuah sandiwara jadi Sun Di dan Li Ce pun menoleh ke arah sesama sendiri, semakin sukar untuk menghalau perasaan tidak sedap hati yang semakin bergelora di dalam jiwa mereka.

Li Ce pun lantas mengangguk, "Betul itu, ajal maut tak pernah sedekat ini dengan kita sebelum ini. Seseorang mesti dah menyediakan jaring muslihat semasa kita tak perasan dan dah menyelinap masuk ke dalam Kem Utara, Ibu Negara kita, dan termasuklah Istana kita juga!"

"Mungkin ke mereka itu orang-orang Empayar Xia? Ataupun orang-orang Empayar Song?"

"Nalan Hongye tak ada bersama para pegawai yang lain, dan dia itu mesti tak nak terlepas pertempuran hebat macam ini. Bagi Zhao Chun'er pula, paling dahsyat pun dia dah lakukan sesuatu di dalam kawasan istana, tapi tindakan yang memerlukan tahap kelincahan sebegitu mesti bukan tanggungjawab dia."

"Jadi siapa orangnya?" Sun Di bertanya sambil berkerut?"

"Siapa?" Li Ce tersenyum dingin dan meraih wajahnya sambil merenung kepulan-kepulan awan hitam itu sebelum menggeleng kepalanya, berbisik, "Saya harap saya salah."

Sebatang anak panah membelah udara di dalam medan pertempuran tersebut bagaikan cakaran burung yang tajam yang menunggu masanya untuk merampas nyawa pihak musuh pada masa yang paling tepat. Seluruh pasukan tentera tersebut berhenti dalam beberapa saat itu hanya untuk melihat seorang wanita muda yang memakai sepasang gaun kuning terang yang sedang berdiri di atas sebuah gerabak yang berhenti betul-betul di Dataran Mawar, memegang sebuah busur berwarna kuning keemasan yang disasarkan ke arah tengah-tengah kekecohan berdarah di tengah-tengah dataran tersebut. Dahinya dibaluti sehelai kain putih dan boleh dilihat kesan darah yang menyelinap ke permukaan kain pembalut itu. Anak panah tersebut terus menikam dada Chu Qiao dengan sebuah bunyi whoosh!

Pada masa yang sama, Tie You tersadung untuk melindungi wanita itu, dan dengan bunyi tikaman yang mengerikan, anak panah tersebut tertikam ke dalam lengannya.

"Tie You!" Chu Qiao berlaung, berniat untuk bergerak ke hadapan untuk menolong pemuda itu apabila tembakan demi tembakan dilepaskan kepada wanita tersebut lantas menghalangnya daripada Tie You.

Wanita di atas gerabak perlahan-lahan bergerak ke bawah dan langsung tidak mengendahkan tentang kasutnya yang bersih itu daripada memijak tanah yang berlumpur dengan darah, lantas tersenyum apabila tiba ke platform di mana berdirinya Chu Qiao. Wanita itu pun berkata dengan lantang, namun suaranya hanya dapat didengari oleh Chu Qiao dan pengawal-pengawalnya yang berada di sebalik timbunan mayat, "Awak marah ya? Tapi itu tak cukup!" Dengan itu, dia pun merentap sebilah pedang milik pengawalnya dan terus menghunuskannya ke dalam perut Tie You yang sememangnya lemah tidak berdaya itu.

Darah lantas terpercik keluar dari mulut Tie You! Lututnya gemalai dan terus pemuda itu terjatuh berdentum ke atas tanah.

"Awak bukan ke ada sifat untuk menegakkan keadilan? Awak tak berasa sedih ke bila ada seseorang yang mati untuk awak? Jadi, apa kata awak mati sekarang? Selepas awak mati, saya akan lepaskan dia ini."

Mengetap bibir bawahnya, Chu Qiao pun berkerut apabila berhadapan dengan wanita yang mempunyai raut wajah bak lautan yang membeku, langsung tidak memberi sebarang respons kepadanya.

Wanita yang bagaikan telah dirasuk itu tersenyum dingin sebelum menghayunkan pedangnya sambil berlaung, "Saya memang dah tak boleh tahan dengan sikap hipokrit awak itu!"

Anak mata Chu Qiao penuh berbaur dengan perasaan ingin membunuh apabila wanita ini menggenggam pedangnya dengan lebih erat sehingga tangannya menggeletar. Dia langsung tidak berasa takut, namun daya ketahanannya tang semakin lemah itu membuatkan dia tidak mempunyai sebarang daya untuk mengumpul kekuatannya. Namun pada saat seterusnya, pergerakan Chu Qiao amat lincah, selincah seekor harimau bintang, dan dengan satu libasan pedang pada bahagian dada pihak musuh, dia mampu memaksa wanita tersebut untuk berundur!

Namun ia kelihatan seperti lawan Chu Qiao itu langsung tidak berniat untuk menjatuhkan pedangnya apabila para pengawalnya pula yang meluru ke hadapan. Berpura-pura untuk tersadung jatuh, kain gaunnya yang berwarna kuning terang itu terus terpercik dek darah segar. Wanita itu meraih kepalanya sebelum melepaskan sebuah pekikan yang memekakkan telinga, "Sebagai seorang wanita yang akan berkahwin dengan Putera Mahkota Empayar Tang, saya ini tak suci lagi! Biar saya korbankan diri saya buat negara! Bunuh saya!"

Para tentera yang sudah terdiam kini mengamuk sekali lagi. Melihat ratusan pedang yang sedang meluru ke arahnya, Chu Qiao tidak mampu bertahan lagi dan terus terkulai layu ke atas tanah, jatuh pengsan.

Jika dia diberi peluang sekali lagi, apakah mungkin dia akan membuat segala pilihan yang sama? Apakah mungkin dia masih akan melepaskan kedua-dua beradik itu untuk pulang dengan selamat tidak lama dahulu? Namun sayangnya, angan-angannya itu tidak mungkin akan menjadi realiti.

Sebaik sebelum Chu Qiao terjatuh ke tanah, wanita ini terlihat Tie You yang sudah bangkit semula, dan juga kata-katanya apabila pemuda itu menggumam, "Putera Mahkota perintahkan kepada saya untuk melindungi Cik."

'Bodohnya…' Setitis air mata bergugusan jatuh dari hujung mata Chu Qiao apabila dia terjatuh di tengah-tengah Dataran Mawar, lantas wanita ini terus terkenangkan saat-saat di mana gadis di hadapannya itu sedang menangis teresak-esak di dalam sebuah gua keji.

"Bunuh mereka! Bunuh mereka! Bunuh mereka!" Tangisan kekecewaannya masih lagi terngiang-ngiang di rongga telinganya. Hari ini, wanita tersebut telah benar-benar berjaya melakukannya.

Setelah terlelap entah buat berapa lama, Chu Qiao akhirnya tersedar apabila sebaldi air dicurahkan ke muka wanita itu, dan lantas wajah Zhao Chun'er terus muncul dalam penglihatannya.

"Mana Tie You?" Suara lemah Chu Qiao kedengaran serak dan bagaikan wanita ini bakal meletup pada bila-bila masa saja.

Zhao Chun'er lantas terkekeh, dan menjawab dengan bersahaja, "Dia mungkin dah mati. Nampaknya dia dah dikerat ke beberapa bahagian oleh tentera Pasukan Kem Utara itu. Pelik, kan? Saya ada terdengar khabar angin di Bandar Zhen Huang mengenai tentera Tang yang lemah dan senang dikalahkan, tapi nampaknya kebenaran itu betul-betul berlainan dari khabar angin, kan?"

Chu Qiao memejamkan matanya perlahan dan cuba untuk menelan segala kesedihan yang menyelubungi hatinya, lantas wanita itu pun mengangguk kepalanya ringan sebelum berkata perlahan, "Awak akan terima balasan untuk tindakan awak hari ini."

"Betul ke?" Zhao Chun'er memperlekehkan ancaman tersebut. "Tapi awak takkan hidup untuk tengok hari itu terjadi."

Chu Qiao lantas membuka matanya untuk merenung anak mata Zhao Chun'er dengan tajam, memberitahunya sepatah demi sepatah, "Yan Xun akan balas dendam untuk saya."

"Jangan ingatkan saya kepada dia!" Zhao Chun'er berdiri dengan sungguh tegas sehingga kerusinya itu terus terjatuh. Dia pun membalas renungan Chu Qiao yang sedang diikat di tiang itu dengan pandangan yang berapi-api, lantas menengking, "Kalau awak cakap satu lagi perkara mengenai dia, saya akan bunuh dia!"

Chu Qiao langsung tidak mengendahkan wanita itu, riak wajahnya berbaur dengan sedikit perasaan teruja, "Awak takut, ya?"

Chu Qiao yang berhadapan dengan Zhao Chun'er yang diselubungi dengan kebencian itu mengecilkan matanya seperti seekor kucing, bertanya dengan suara yang dalam, "Apa rancangan awak selepas membunuh saya?"

Zhao Chun'er pun membalas sambil tersenyum dingin, "Itu bukan masalah awak. Tapi saya gembira untuk beritahu awak apa yang bakal terjadi sebab awak mesti takkan dapat menyaksikan perkara itu dengan mata kepala awak sendiri. Sayanglah kalau awak tak tengok apa yang saya akan lakukan."

"Awak tahu tak yang Empayar Tang itu akan berpecah, dan Li Ce akan mati. Seluruh majlis pentadbiran akan dibina semula, dan pegawai-pegawai lama akan dihapuskan. Pasukan tentera Xia dah pun mengepung Yan Bei. Dengan musim sejuk yang bakal datang, kamu semua tiada duit ataupun makanan, jadi macam mana awak akan dapat bertahan dengan musim sejuk ini? Pasukan tentera gabungan antara Empayar Xia dan Empayar Tang akan menyerang Yan Bei bersama-sama sementara pasukan tentera awak berlapar, dan kuda-kuda pertempuran awak yang kebuluran dan sejuk. Apa yang terjadi selepas itu, rakyat jelata Yan Bei yang akan ditanam hidup-hidup ke dalam salji, dan tentera Yan Bei akan dihapuskan dengan mudah. Tanah Yan Bei itu akan berlumuran dengan darah. Sesiapa yang menghalang kami, tak kiralah Kesatuan Da Tong ataupun Tentera Helang Besi Yan Bei sekalipun, semuanya akan tunduk kepada kuasa empayar-empayar itu!"

"Kami akan beri balasan pedang kepada sesiapa sahaja yang memilih untuk mengkhianati empayar kami!" Anak mata Zhao Chun'er kemerahan dan kedengaran tidak keruan apabila dia meneruskan monolognya, "Bila masanya tiba, saya akan dapatkan Yan Xun untuk melutut di hadapan saya dan merayu-rayu demi belas kasihan saya. Saya akan korek mata dia, patahkan kaki dia, dan seksa dia sebaik mungkin! Saya akan musnahkan apa saja yang awak dah bina! Apa yang awak rasa? Tak takut lagi ke?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C138
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous